[Artikel ini dibawakan oleh Yes]
Yes secara rasmi memperkenalkan pelan Jalur Lebar Yes 5g advanced, yang dikatakan sebagai pelan WiFi rumah 5g advanced yang pertama di Malaysia. Menariknya, pelan ini turut digandingkan dengan langganan iQIYI percuma selama setahun, menjadikannya bukan sekadar internet rumah, tetapi juga pakej hiburan lengkap.
Ditawarkan pada harga promosi RM68 sebulan untuk tempoh terhad, pelan ini menyasarkan pengguna yang mahukan sambungan internet rumah yang pantas, fleksibel, dan mudah digunakan, tanpa perlu pemasangan rumit seperti jalur lebar yang lain.
Apakah yang ditawarkan bagi Jalur Lebar Yes 5g advanced?

Pelan Jalur Lebar Yes 5g advanced menawarkan data dan kelajuan 5g advanced tanpa batasan, bersama latensi ultra rendah yang sesuai untuk pelbagai kegunaan harian seperti penstriman, permainan dalam talian, dan kerja dari rumah.
Ia turut direka untuk memberikan liputan dalaman yang lebih kukuh serta liputan luar yang meluas, dengan prestasi yang dikatakan setanding gentian optik, tetapi sepenuhnya tanpa wayar.
Sebagai sebahagian daripada pelan Jalur Lebar Yes 5g advanced, Yes turut menyertakan peranti 5g advanced secara percuma bernilai RM1,199. Peranti percuma ini merupakan peranti WiFi 6 premium yang menawarkan kelajuan lebih pantas, liputan lebih luas dan sambungan lebih stabil, serta direka untuk menyokong pelbagai peranti serentak tanpa gangguan. Ini sekali gus meningkatkan nilai keseluruhan pakej ini, terutamanya untuk pengguna yang ingin beralih kepada internet rumah tanpa wayar.
Pasang dalam beberapa minit, boleh dibawa ke mana-mana!

Salah satu lagi kelebihan utama pelan Jalur Lebar Yes 5g advanced ini ialah konsep Plug & Play. Pengguna hanya perlu sambungkan peranti, dan internet boleh digunakan dalam beberapa minit sahaja, tanpa juruteknik, tanpa tebukan dinding, dan tanpa tempoh menunggu yang lama.
Tidak seperti internet jalur lebar yang biasa, pelan Jalur Lebar Yes 5g advanced ini adalah mudah alih. Anda boleh membawa peranti ke lokasi baharu, dengan mudah tanpa pemasangan semula, menjadikannya pilihan praktikal untuk penyewa, pelajar, atau mereka yang kerap berpindah.

Untuk penghuni kondominium pula, pelan jalur lebar tanpa wayar ini turut memudahkan mereka kerana tidak perlukan kelulusan pemasangan, sekali gus memberi kesenangan apabila ingin mendapatkan sambungan internet rumah.
Percuma iQIYI satu tahun untuk hiburan tanpa gangguan

Tambahan lagi, pelanggan pelan ini akan menerima langganan iQIYI percuma selama setahun, bernilai RM119.90. Dengan data dan kelajuan 5g advanced tanpa batasan dan latensi ultra rendah, pengguna boleh menikmati penstriman drama, filem, dan kandungan eksklusif iQIYI dalam kualiti tinggi dengan lebih lancar. Akses PERCUMA iQIYI akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja pendaftaran selesai tanpa perlu langkah pengaktifan yang rumit.
Bagi peminat drama Asia, gabungan internet pantas dan akses hiburan ini menjadikan pelan ini lebih daripada sekadar sambungan WiFi internet rumah.
Nilai berbanding pelan jalur lebar biasa
Jika dibandingkan dengan pelan jalur lebar yang lain, Jalur Lebar Yes 5g advanced menawarkan beberapa kelebihan utama seperti:
- Data & kelajuan 5g advanced tanpa batasan
- Percuma iQIYI satu tahun bernilai RM119.90
- Peranti 5g advanced percuma bernilai RM1,199
- Tiada pemasangan diperlukan
- Mudah alih dan fleksibel
Dapatkan Jalur Lebar Yes 5g advanced sekarang

Jalur Lebar Yes 5g advanced boleh dilanggan pada harga RM68 sebulan, menjadikannya antara pilihan bernilai bagi pengguna yang mahukan internet rumah pantas tanpa komitmen untuk pemasangan jalur lebar.
Bagi yang sedang mencari alternatif pada pelan jalur lebar, pelan ini sangat menarik untuk dipertimbangkan.Ketahui lebih lanjut atau langgan pelan Jalur Lebar Yes 5g advanced melalui https://www.yes.my/ms/yes5gwirelessbroadband/.






