• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony lancar LinkBuds Clip, fon telinga terbuka dengan 3 mod bunyi & bateri 9 jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:04 pm
  • 22/01/2026
  • Komen
Sony lancar LinkBuds Clip, fon telinga terbuka dengan 3 mod bunyi & bateri 9 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Fon telinga terbuka kini semakin popular, dengan Huawei dan Xiaomi sudah pun tampil dengan penawaran masing-masing, iaitu Huawei FreeClip dan Xiaomi Open Stereo. Kini, Sony menyertai segmen ini dengan memperkenalkan LinkBuds Clip, fon telinga yang membolehkan anda menikmati muzik sambil kekal peka dengan persekitaran sekeliling.

Harga dan ketersediaan Sony LinkBuds Clip di Malaysia

Bagi yang berminat, Sony LinkBuds Clip kini sudah boleh dibeli di Malaysia bermula 22 Januari pada harga RM899. Ia ditawarkan dalam empat pilihan warna, iaitu hitam, hijau, ungu (lavender) dan putih (greige).



Kelihatan Sony turut menawarkan promosi, di mana pembeli awal akan terima hadiah kipas tangan Jisulife Pro 1 bernilai RM149 secara percuma sementara stok masih ada, walaupun tiada tarikh akhir diberikan. LinkBuds Clip boleh didapati melalui stor dalam talian Sony, pengedar sah Sony, serta platform e-dagang terpilih.

Sekadar perbandingan, ia sedikit lebih murah dari LinkBuds Open yang dilancar tahun 2024 pada harga RM999.



Spesifikasi Sony LinkBuds Clip

LinkBuds Clip menggunakan reka bentuk klip terbuka berbentuk C yang tidak disumbat ke dalam salur telinga. Sony mengatakan reka bentuk ini membolehkan aliran udara yang lebih baik, sekali gus mengurangkan tekanan pada telinga dan menjadikannya lebih selesa dipakai untuk tempoh yang lama. Sony turut menyertakan Fitting Cushions yang boleh ditukar, membolehkan pengguna mendapatkan saiz yang tepat mengikut keselesaan masing-masing.

Dari segi audio, LinkBuds Clip dilengkapi pemandu bersaiz 10mm dan hadir dengan tiga mod mendengar:

  • Standard Mode – menawarkan bunyi seimbang dengan vokal yang jelas, sesuai untuk pelbagai genre muzik
  • Voice Boost Mode – menguatkan suara, memudahkan pendengaran podcast atau video di persekitaran bising
  • Sound Leakage Reduction Mode – membantu mengurangkan kebocoran bunyi, sesuai digunakan di ruang yang senyap

Walaupun hadir dengan reka bentuk terbuka, Sony mengekalkan fokus terhadap kualiti audio. LinkBuds Clip ditala menggunakan kepakaran audio Sony yang sama digunakan pada siri flagship1000X, menawarkan bunyi yang seimbang dan semula jadi.

Fon telinga ini menyokong DSEE audio upscaling, 360 Reality Audio, serta EQ 10-band yang boleh dilaras melalui aplikasi Sound Connect. Bagi panggilan, LinkBuds Clip menggunakan sensor konduksi tulang dan sistem AI noise reduction untuk memastikan suara pengguna kekal jelas walaupun di persekitaran yang bising.

Dari segi bateri, LinkBuds Clip menawarkan sehingga 37 jam penggunaan bersama bekas pengecas, dengan sekitar 9 jam masa mendengar lagu pada fon telinga dan 4 jam jika digunakan untuk panggilan. Ia juga menyokong pengecasan pantas, di mana hanya 3 minit pengecasan sudah mencukupi untuk kira-kira 1 jam penggunaan, manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 1.5 jam.

Fon telinga ini juga mempunyai penarafan IPX4, serta ciri tambahan lain seperti Multipoint Connection untuk sambungan ke dua peranti serentak, kawalan sentuh, serta tetapan lebih lanjut melalui aplikasi Sound Connect.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Sony LinkBuds Clip.

[Sumber: Sony]

Tags: LinkBuds ClipSonySony LinkBuds Clip
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Sony lancar LinkBuds Clip, fon telinga terbuka dengan 3 mod bunyi & bateri 9 jam

Sony lancar LinkBuds Clip, fon telinga terbuka dengan 3 mod bunyi & bateri 9 jam

22 January 2026
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER