• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

18 bank Malaysia uji penggunaan MyDigital ID untuk mudahkan pembukaan akaun

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:10 pm
  • 26/01/2026
  • Komen
18 bank Malaysia uji penggunaan MyDigital ID untuk mudahkan pembukaan akaun
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak 18 institusi perbankan di Malaysia kini terlibat dalam Sandbox Fasa 2 MyDigital ID, satu inisiatif yang bertujuan membawa sistem identiti digital nasional ke dalam sektor perbankan. Fokus utamanya adalah untuk memudahkan pembukaan akaun bank dan urusan perbankan digital yang lebih selamat.

Langkah ini dilihat penting kerana penggunaan MyDigital ID sebagai sistem pengesahan identiti dipercayai berpotensi membantu bank, terutamanya bank digital, memberi perkhidmatan kepada golongan yang tidak mempunyai akses kepada sistem perbankan .



Menurut Kementerian Kewangan (MOF), Sandbox Fasa 2 memberi tumpuan kepada pengujian pengesahan identiti berasaskan MyDigital ID. Melalui kaedah ini, bank boleh mengesahkan identiti pelanggan secara digital ketika membuka akaun baharu atau melakukan transaksi perbankan yang memerlukan tahap keselamatan tinggi, tanpa perlu proses fizikal yang rumit.

Kerajaan memaklumkan bahawa integrasi ini dilaksanakan oleh MyDigital ID Sdn Bhd dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM). Penekanan diberikan kepada aspek keselamatan sejak peringkat awal, perlindungan privasi pengguna serta tadbir urus yang boleh dipantau dan diaudit.



Dalam jawapan bertulis Parlimen yang diterbitkan pada Khamis, MOF memaklumkan bahawa 10 daripada 18 bank yang terlibat kini sedang dalam proses integrasi, manakala dua bank telah pun menyiapkan integrasi sepenuhnya. Difahamkan Sandbox Fasa 2 ini dijangka tamat pada Mac 2026, selepas itu pelaksanaan yang lebih meluas boleh dipertimbangkan, tertakluk kepada tahap kesiapsiagaan setiap institusi perbankan.

Jawapan itu dikemukakan susulan pertanyaan Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan, yang ingin mengetahui sama ada bank dan institusi kewangan bersedia mengguna pakai MyDigital ID dari segi pensijilan keselamatan, perlindungan data peribadi dan piawaian audit.

MOF turut mendedahkan bahawa di bawah Sandbox Fasa 1, sebanyak 15 institusi perbankan telah mengambil bahagian, dengan fasa tersebut berakhir pada Jun 2025. Daripada jumlah itu, enam bank berjaya melengkapkan integrasi, manakala lapan bank masih sedang menjalankan ujian e-KYC (electronic know-your-customer).

Kerajaan menegaskan bahawa melalui BNM, setiap institusi kewangan perlu mencapai tahap kesiapsiagaan teknikal dan perlindungan data yang tinggi sebelum MyDigital ID boleh digunakan secara menyeluruh dalam sistem perbankan negara.

Walaupun MOF tidak menyatakan secara khusus bahawa MyDigital ID akan digunakan untuk onboarding golongan unbanked, keupayaan untuk mengesahkan identiti secara digital tanpa perlu hadir ke cawangan bank berpotensi mengurangkan halangan kepada pengguna yang ingin membuka akaun buat kali pertama, terutamanya melalui bank digital.

Buat masa ini, terdapat lima bank digital yang beroperasi di Malaysia, iaitu GXBank, Aeon Bank, Boost Bank, KAF Digital Bank dan Ryt Bank.

Kebanyakan bank digital juga ketika ini masih memerlukan pengguna baharu membuat pemindahan wang kecil daripada akaun bank sedia ada yang telah disahkan atas nama sendiri sebagai sebahagian daripada proses pengesahan identiti. Keperluan ini sering dilihat sebagai halangan utama kepada golongan unbanked yang mungkin tidak mempunyai akaun bank tradisional.

Dalam konteks ini, penggunaan sistem identiti digital nasional seperti MyDigital ID dilihat sebagai satu langkah yang berpotensi mengubah cara pengguna baharu mendaftar dan meningkatkan inklusi kewangan. Namun begitu, keberkesanan sebenar inisiatif ini masih bergantung kepada bagaimana ia dilaksanakan oleh bank-bank yang terlibat.

Buat masa ini, MyDigital ID telah digunakan sebagai sistem log masuk tunggal (single sign-on) untuk pelbagai perkhidmatan kerajaan, dan turut digunakan oleh syarikat telekomunikasi sebagai kaedah pengesahan bagi pendaftaran SIM prabayar baharu.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Bank Digitalbank negara malaysiabnmekycKementerian KewanganMOFMyDigital ID
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

18 bank Malaysia uji penggunaan MyDigital ID untuk mudahkan pembukaan akaun

18 bank Malaysia uji penggunaan MyDigital ID untuk mudahkan pembukaan akaun

26 January 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN