• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:53 pm
  • 30/01/2026
  • Komen
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda sedang mencari telefon pintar mampu milik daripada Samsung, jenama Korea Selatan itu baru sahaja melancarkan Samsung Galaxy A07 5G di Malaysia. Model kelas permulaan ini menggantikan Galaxy A06 5G yang diumumkan awal tahun lalu, dengan beberapa naik taraf sederhana termasuk bateri lebih besar dan sokongan ciri AI.

Perlu dijelaskan, ini ialah model 5G, memandangkan Samsung turut menawarkan versi Galaxy A07 4G yang diumumkan sekitar Oktober tahun lalu.



Harga dan ketersediaan Galaxy A07 5G di Malaysia

Galaxy A07 5G boleh didapati di Malaysia mulai 30 Januari 2026, dan ditawarkan dalam dua konfigurasi berikut:

  • Galaxy A07 5G (8+256GB) – RM949
  • Galaxy A07 5G (6+128GB) – RM699

Buat anda yang berminat untuk dapatkan model 8+256GB, menariknya Samsung turut menawarkan rebat RM250 menjadikannya boleh dibeli pada harga RM699. Promosi ini berjalan dari sekarang sehingga 28 Februari, menerusi stor online Samsung, stor Samsung Experince dan pengedar sah Samsung dan platform e-dagang terpilih



Selain itu, pembeli Galaxy A07 5G turut layak menikmati diskaun untuk produk boleh pakai Samsung terpilih, iaitu Galaxy Buds Core pada harga RM179.90 (harga asal RM199) dan Galaxy Fit 3 pada harga RM269.10 (harga asal RM299). Tawaran ini terhad kepada satu unit setiap pembelian dan tertakluk kepada storyang terlibat.

Galaxy A07 5G ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan ungu.

Spesifikasi Samsung Galaxy A07 5G

Sebagai telefon kelas permulaan, Galaxy A07 5G dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 6300 (6nm), dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Telefon ini masih menyokong slot kad mikroSD, membolehkan storan diperluaskan.

Galaxy A07 5G turut hadir dengan ciri AI seperti Gemini dan Circle to Search, serta disokong oleh janji 6 tahun kemas kini Android dan 6 tahun tampalan keselamatan. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan One UI 8.0.

Di bahagian hadapan, peranti ini dilengkapi skrin LCD 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi HD+ (720 × 1600), sama seperti generasi sebelumnya. Panel ini menyokong kecerahan sehingga 800 nits, manakala kamera swafoto 8MP ditempatkan dalam takuk berbentuk U.

Di bahagian belakang pula, Galaxy A07 5G mengekalkan tetapan kamera dwi dengan kamera utama 50MP dan kamera depth 2MP.

Antara naik taraf utama pada Galaxy A07 5G ialah baterinya. Ia kini dibekalkan bateri 6,000mAh, yang menurut Samsung adalah 120% lebih besar berbanding model terdahulu, dan menyokong pengecasan 25W melalui USB-C.

Dari segi ketahanan, telefon ini dilengkapi perlindungan IP54 untuk rintangan percikan air dan habuk. Panel belakang menggunakan bahan Glass Fiber Reinforced Polymer, yang dikatakan lebih tahan terhadap calar dan retakan.

Galaxy A07 5G mempunyai ketebalan 8.2mm dengan berat 199g. Ia turut mengekalkan bicu audio 3.5mm, serta menyokong Bluetooth 5.3, WiFi 5 dan rangkaian 5G.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Galaxy A07 5G.

Tags: Galaxy A07Galaxy A07 5GsamsungSamsung Galaxy A07
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

30 January 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN