• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tune Talk buka akses aplikasi kepada semua, tawar hiburan percuma tanpa langganan atau kad SIM

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:47 pm
  • 06/02/2026
  • Komen
Tune Talk buka akses aplikasi kepada semua, tawar hiburan percuma tanpa langganan atau kad SIM
Share on FacebookShare on Twitter

Tune Talk kini telah membuka akses kepada aplikasi mereka yang diperbaharui secara global, membolehkan pengguna di seluruh dunia menikmati lebih 1,450 judul permainan dan drama tanpa memerlukan kad SIM, pelan mudah alih, atau langganan berbayar.

Langkah ini membuka ekosistem digital Tune Talk kepada pengguna di luar Malaysia, meletakkan syarikat ini sebagai sebahagian daripada platform digital generasi baharu yang disokong syarikat telekomunikasi dalam menawarkan perkhidmatan digital tanpa sempadan.



Menurut Tune Talk, sesiapa kini boleh mengakses aplikasi ini menggunakan hanya nombor telefon dan alamat e-mel, tanpa mengira negara.

Lebih 1 juta muat turun sejak kemaskini Mei 2025

Syarikat telekomunikasi ini berkata peluasan global ini menandakan satu pencapaian penting dalam evolusi Tune Talk daripada penyedia perkhidmatan mudah alih kepada platrom gaya hidup digital. Mereka turut menyatakan perkhidmatan digital tambahan dijangka diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.



Tune Talk menyatakan aplikasi ini telah melepasi 1 juta muat turun sejak kemaskini besar pada Mei 2025. Pengguna dilaporkan menghabiskan purata 36 minit sehari di platform ini untuk menggunakan perkhidmatan hiburan dan digital.

Syarikat itu menambah bahawa dengan akses global kini dibuka, mereka sedang dalam landasan untuk mencapai 3 juta jumlah muat turun gabungan merentas Google Play Store dan Apple App Store.

Terbuka untuk semua pengguna di seluruh dunia

Seiring dengan pelancaran global, proses pendaftaran turut dipermudahkan. Pengguna baharu, termasuk bukan pelanggan Tune Talk, boleh mendaftar menggunakan sebarang nombor telefon tempatan atau antarabangsa, mencipta akaun melalui e-mel, dan mula menggunakan aplikasi serta-merta.

Tune Talk menegaskan bahawa tiada keperluan kad SIM, tiada yuran langganan dan tiada sekatan geografi dikenakan.

Drama mikro, permainan kasual dan perkhidmatan digital

Aplikasi Tune Talk memfokuskan kepada drama mikro dan permainan kasual, selari dengan trend global hiburan format pendek berasaskan peranti mudah alih. Katalog drama merangkumi pelbagai genre seperti romantik, komedi, aksi, saspens dan gaya hidup, serta ditawarkan dalam pelbagai bahasa dengan sari kata berbilang bahasa.

Menurut Tune Talk, platform ini pada masa ini menawarkan lebih 700 judul drama dan lebih daripada 750 permainan. Ia turut menawarkan baucar yang boleh ditebus dan perkhidmatan antarabangsa seperti pemindahan kredit masa udara dan pembayaran utiliti.

Tune Talk juga menyatakan bahawa ciri tambahan termasuk e-dagang dan perkhidmatan eSIM global dirancang untuk diperkenalkan pada masa hadapan.

Sistem ganjaran untuk tingkatkan penglibatan

Bagi menggalakkan penglibatan pengguna, Tune Talk memperkenalkan sistem ganjaran di mana pengguna akan mengumpul mata secara automatik dengan menonton drama atau bermain permainan dalam aplikasi. Mata ini boleh ditebus untuk pelbagai ganjaran dan keistimewaan digital dalam ekosistem Tune Talk.

Menurut Gurtaj Singh Padda, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, inisiatif ini bukan sekadar menyediakan akses hiburan, tetapi bertujuan mentakrif semula cara nilai digital disampaikan. Dengan menyingkirkan keperluan kad SIM, langganan dan sempadan geografi, Tune Talk menyasarkan untuk membina platform yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, di mana-mana.

Aplikasi Tune Talk boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman rasmi Tune Talk.

Tags: Aplikasi Tune Talkprabayartune talk
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Tune Talk buka akses aplikasi kepada semua, tawar hiburan percuma tanpa langganan atau kad SIM

Tune Talk buka akses aplikasi kepada semua, tawar hiburan percuma tanpa langganan atau kad SIM

6 February 2026
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER