• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Promosi Astro One: Pek Sports untuk RM69.99/bulan & Epic serendah RM138.88/bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:40 pm
  • 10/02/2026
  • Komen
Promosi Astro One: Pek Sports untuk RM69.99/bulan & Epic serendah RM138.88/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk melanggan atau menaik taraf pakej Astro One, ini mungkin masa yang sesuai. Astro kini menawarkan promosi terhad untuk dua pakej mereka, iaitu Pek Sports Astro One dan Pek Epic Astro One, dengan harga lebih rendah berbanding biasa.

Promosi ini berlangsung dari sekarang hingga 30 April 2026, dan terbuka kepada pelanggan baharu serta pelanggan sedia ada yang ingin menaik taraf pelan mereka.



Pek Sports Astro One

Di bawah promosi ini, Pek Sports Astro One ditawarkan pada harga RM69.99 sebulan, turun RM30 daripada harga asal RM99.99 sebulan. Untuk nilai tambahan, Astro turut menyertakan Kids Pack secara percuma bernilai RM9.99 yang merangkumi kandungan seperti Cartoon Network HD, Nick Jr, Blippi & Friends, Nickelodeon HD, Moonbug dan CBeebies.

Melalui pakej ini, pelanggan akan mendapat ebih 115 saluran TV langsung, termasuk 11 saluran sukan, 3 saluran Sports Extra dan 96 saluran asas, serta akses kepada aplikasi penstriman Sun NXT Lite (Full HD), beIN Sports Connect (HD) dan Astro Go (HD). Selepas mengambil kira 8% SST, pakej ini berharga RM75.59 sebulan.



Pek Epic Astro One

Bagi mereka yang mahukan akses hiburan menyeluruh, Pek Epic Astro One turut ditawarkan pada harga lebih rendah. Pakej ini biasanya berharga RM199.99 sebulan, namun kini boleh dilanggan pada harga RM159.99 sebulan sehingga 30 April 2026.

Namun, pelanggan baharu yang mendaftar secara dalam talian sebelum 15 Februari 2026 boleh menikmati harga lebih rendah iaitu RM138.88 sebulan untuk 24 bulan pertama, bersamaan diskaun sekitar 30%.

Epic Pack menawarkan lebih 145 saluran TV langsung, serta akses kepada 8 platform penstriman, termasuk Netflix (HD), HBO Max (HD), Disney+ (Basic), Prime Video (4K UHD), iQIYI (HD), BBC Player (HD), Sun NXT Lite (Full HD), beIN Sports Connect (HD) bersama akses kepada Astro Go+.

Dengan SST 8% diambil kira, harga Epic Pack semasa promosi adalah sekitar RM149.99 sebulan.

Secara default, semua aplikasi penstriman yang disertakan ditawarkan pada pelan standard. Namun, Astro turut memberi pilihan kepada pelanggan untuk menaik taraf ke pelan Premium, yang menawarkan kualiti penstriman lebih tinggi serta sokongan lebih banyak skrin serentak.

Kedua-dua pakej Astro One ini disertakan dengan kotak Astro Plug & Play secara percuma, yang tidak memerlukan pemasangan piring satelit. Ia hanya memerlukan sambungan WiFi rumah, dengan kelajuan internet minimum 30Mbps yang disyorkan untuk pengalaman penstriman yang lancar.

Jika anda masih mahu menggunakan pemasangan satelit, Astro turut menawarkan pemasangan standard dengan caj tambahan RM50.

Seperti biasa, semua pelan Astro One hadir dengan kontrak 24 bulan. Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, anda boleh layari laman web Astro.

Tags: astroastro oneAstro One EpicAstro One Sportspromo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Promosi Astro One: Pek Sports untuk RM69.99/bulan & Epic serendah RM138.88/bulan

Promosi Astro One: Pek Sports untuk RM69.99/bulan & Epic serendah RM138.88/bulan

10 February 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN