• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infobip lancar AgentOS, platform AI untuk automasi interaksi pelanggan

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:28 pm
  • 06/03/2026
  • Komen
Infobip lancar AgentOS, platform AI untuk automasi interaksi pelanggan
Share on FacebookShare on Twitter

Infobip mengumumkan pelancaran AgentOS di asia Pasifik (APAC), platform baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk mengautomasikan interaksi dengan pelanggan secara lebih pintar dan menyeluruh. Pelancaran ini dibuat sempena ulang tahun ke-20 Infobip pada tahun 2026, dan menandakan langkah baharu syarikat itu dalam memperluaskan penggunaan AI dalam pengalaman pelanggan.

AgentOS dibina berasaskan teknologi AI Agents yang diperkenalkan sebelum ini, dan digabungkan dengan Conversational Customer Data Platform (CDP). Dengan ini, ia membolehkan organisasi menyatukan pelbagai fungsi seperti pemasaran, jualan dan khidmat sokongan dalam satu sistem yang sama.



Krešo Žmak, Ketua Pegawai Inovasi Infobip

Menurut Krešo Žmak, Ketua Pegawai Inovasi Infobip, AgentOS berfungsi sebagai lapisan kawalan yang menyatukan AI agents, data pelanggan, saluran komunikasi serta niat pengguna bagi menentukan tindakan seterusnya dalam setiap interaksi.

Infobip berkata platform ini membantu syarikat menyampaikan interaksi pelanggan yang lebih automatik dan diperibadikan dengan memanfaatkan data pelanggan, konteks interaksi serta saluran komunikasi yang sesuai.



Platform ini juga menyokong lebih daripada 15 saluran komunikasi, termasuk SMS, RCS, e-mel, WhatsApp dan panggilan suara. Dengan pendekatan ini, ejen AI boleh menyesuaikan kandungan, saluran dan masa interaksi secara masa nyata berdasarkan tingkah laku dan keperluan pelanggan.

Untuk memastikan sistem ini beroperasi dengan selamat dan berkesan, AgentOS menggunakan pendekatan human-in-the-loop. Dalam model ini, AI digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan mengendalikan sebahagian besar interaksi pelanggan, manakala pakar manusia akan memantau kes yang lebih kompleks serta menambah baik prestasi sistem dari semasa ke semasa.

Selain itu, platform ini menyokong API terbuka serta Model Context Protocol (MCP) yang membolehkan ejen AI berinteraksi dengan sistem pihak ketiga. Ini membolehkan AI melaksanakan tugasan seperti pengesahan identiti, tempahan perkhidmatan atau transaksi secara terus dalam perbualan pelanggan.

Bagi syarikat di rantau Asia Pasifik (APAC), khususnya dalam sektor yang dikawal selia ketat seperti kewangan dan kesihatan, aspek tadbir urus, pematuhan dan kebolehauditan menjadi faktor penting dalam penggunaan AI. Infobip menyatakan AgentOS dibangunkan dengan perlindungan ini secara terbina bagi memastikan organisasi boleh mengautomasikan interaksi pelanggan tanpa menjejaskan kawalan dan keselamatan.

Menurut Ruslana Reznikova, Naib Presiden dan Pengurus Besar Infobip bagi Asia Pasifik dan Eurasia, rantau APAC kini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan syarikat itu. Beliau menambah bahawa rantau ini bukan sahaja menerima pakai AI, malah semakin banyak organisasi mula mengoperasikan teknologi tersebut pada skala besar merentasi pasaran yang kompleks dan mengutamakan peranti mudah alih.

AgentOS memaklumkan bahawa AgentOS akan tersedia bermula 1 April. Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Infobip.

Tags: AgentOSInfobip
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infobip lancar AgentOS, platform AI untuk automasi interaksi pelanggan

Infobip lancar AgentOS, platform AI untuk automasi interaksi pelanggan

6 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN