• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Find N6 dilancar 17 Mac, tampil dengan skrin hampir tanpa kesan lipatan dan kamera 200MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:36 pm
  • 09/03/2026
  • Komen
Oppo Find N6 dilancar 17 Mac, tampil dengan skrin hampir tanpa kesan lipatan dan kamera 200MP
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo telah mengesahkan bahawa peranti boleh lipat generasi baharu mereka, OppoFind N6, akan dilancarkan tidak lama lagi. Pelancaran global telefon ini dijadualkan berlangsung pada 17 Mac 2026 pada jam 7 malam di Binhai Bay Campus, China.

Salah satu kelainan yang Oppo bawa pada telefon lipat mereka kali ini adalah, ia akan menampilkan skrin tanpa kesan lipatan ketara yang dipanggil “Zero-Feel Crease”. Menurut Oppo, pendekatan ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman skrin yang lebih imersif dan lancar, selain membantu memastikan paparan kekal rata walaupun selepas bertahun penggunaan.



Dari segi reka bentuk, Oppo memaklumkan bahawa Find N6 akan menjadi antara telefon lipat gaya buku paling nipis di pasaran, walaupun dimensi sebenar peranti masih belum didedahkan. Sebagai perbandingan, model sebelumnya mempunyai ketebalan sekitar 4.21mm apabila dibuka dan 8.93mm apabila dilipat.

Walaupun mengekalkan reka bentuk yang nipis, Find N6 turut dilengkapi sistem kamera yang dipertingkat, termasuk kamera utama 200MP yang ditala bersama Hasselblad. Selain itu, peranti ini juga menyokong Oppo AI Pen, iaitu stylus dengan ciri pintar yang direka untuk membantu pengguna memanfaatkan skrin besar dengan lebih produktif.



Find N6 akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Stellar Titanium dan Blossom Orange. Untuk varian Blossom Orange, Oppo tmenggunakan kemasan Gold Hinge Trim pada bahagian engsel yang diperbuat daripada aloi titanium.

Promosi pratempah Oppo Find N6

Setakat ini, tarikh ketibaan Find N6 ke Malaysia masih belum diumumkan. Namun, Oppo Malaysia telah pun membuka tempahan awal untuk Find N6 dari 9 hingga 19 Mac 2026. Pelanggan yang membuat tempahan dalam tempoh ini boleh menikmati rebat tukar beli RM500, bersama hadiah bernilai sehingga RM2,297, termasuk OPPO Watch S atau robot vakum LeFant M320, kit OPPO AI Pen, serta keistimewaan My OPPO Members’ Privileges.

Pengguna boleh pratempah di stor online Oppo dengan meletakkan bayaran deposit RM200. Untuk platform lain, tempahan bleh dibuat bermula 8 malam pada 17 Mac di Lazada dan Shopee.

Tags: Find N6oppoOppo Find N6OPPO Malaysiatelefon lipat
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Oppo Find N6 dilancar 17 Mac, tampil dengan skrin hampir tanpa kesan lipatan dan kamera 200MP

Oppo Find N6 dilancar 17 Mac, tampil dengan skrin hampir tanpa kesan lipatan dan kamera 200MP

9 March 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN