• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:35 pm
  • 13/03/2026
  • Komen
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah melancarkan Infinix Note 60 Pro beberapa minggu lalu, kini Infinix Malaysia mengumumkan ketibaan model lebih premium, Infinix Note 60 Ultra. Keunikan telefon ini adalah dari segi rekaan, di mana ia dihasilkan dengan kerjasama syarikat reka bentuk terkemuka Itali, Pininfarina. Bukan setakat itu, ia juga hadir dengan spesifikasi menarik seperti bateri besar 7,000mAh dan kamera utama 200MP.

Harga dan ketersediaan Infinix Note 60 Ultra di Malaysia

Tempahan untuk Infinix Note 60 Ultra kini dibuka dari sekarang hingga 20 Mac 2026. Harga jualan rasminya adalah pada RM2,999 untuk satu-satunya varian dengan RAM 12GB dan storan 512GB. Pelanggan yang membuat tempahan awal turut akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,097, bergantung kepada platform pembelian.



Untuk tempahan secara dalam talian, pembeli akan menerima:

  • Infinix AI Glasses bernilai RM599
  • Infinix XWATCH N5 Pro bernilai RM399
  • 30W Magnetic Wireless Charger bernilai RM99
  • Waranti tambahan 1+1 tahun

Sementara itu, bagi tempahan melalui kedai fizikal, hadiah yang ditawarkan termasuk:



  • Diskaun RM100 SPayLater
  • Infinix AI Ring bernilai RM499
  • Infinix XWATCH N5 Pro bernilai RM399
  • 30W Magnetic Wireless Charger bernilai RM99
  • Waranti tambahan 1+1 tahun

Jika anda berminat untuk menempah, ia boleh dibuat menerusi stor rasmi Infinix di Lazada, Shopee, TikTok atau semua pengedar sah Infinix di seluruh negara.

Spesifikasi Infinix Note 60 Ultra

Salah satu perkara yang diketengahkan pada Note 60 Ultra ialah reka bentuknya yang dibangunkan bersama Pininfarina. Menurut Infinix, telefon ini memperkenalkan Uni-Chassis Camera Module pertama di dunia, yang diinspirasikan daripada struktur monocoque chassis yang biasa digunakan pada kereta sport.

Melalui pendekatan ini, modul kamera, paparan Active Matrix dan sistem pencahayaan belakang digabungkan dalam satu panel kaca yang membentuk reka bentuk belakang yang lebih kemas dan unik.

Di bahagian hadapan, telefon ini menggunakan paparan 6.78″dengan kadar segar semula 144Hz dan resolusi FHD+. Panel ini turut menyokong kecerahan puncak sehingga 4,500 nits dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 7i.

Dari segi prestasi, Note 60 Ultra dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8400 Ultimate 5G, dipadankan dengan RAM 12GB dan storan 512GB. Tenaganya pula disalurkan oleh bateri 7,000mAh jenis silikon karbon, yang merupakan antara kapasiti terbesar dalam telefon Infinix setakat ini.

Bateri ini menyokong pengecasan pantas 100W berwayar melalui USB-C serta 50W pengecasan tanpa wayar. Turut disertakan adalah pengecasan terbalik 7.5W dan fungsi Bypass Charging, yang membolehkan kuasa disalurkan terus ke sistem ketika bermain game bagi mengurangkan haba.

Untuk bahagian kamera, telefon ini dilengkapi tiga kamera belakang, terdiri daripada kamera utama 200MP menggunakan sensor Samsung ISOCELL HPE, kamera ultralebar 8MP, serta kamera telefoto periskop 50MP yang menyokong zum optikal 3.5x dan zum digital sehingga 100x. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 32MP untuk selfie.

Satu lagi ciri yang menonjol pada telefon ini ialah sokongan komunikasi satelit dua hala melalui kerjasama dengan Thuraya. Dengan teknologi Direct-to-Cell, pengguna masih boleh membuat panggilan dan menghantar mesej walaupun berada di kawasan tanpa liputan rangkaian selular, sesuatu yang jarang ditemui pada telefon dalam julat harga ini.

Selain itu, telefon ini turut hadir dengan penarafan kalis percikan air dan debu IP64, speaker stereo yang ditala oleh JBL, serta menjalankan Android 16 dengan antara muka XOS 16.

Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix Note 60 Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN