• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:45 pm
  • 16/03/2026
  • Komen
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna iPhone di Malaysia tidak lama lagi boleh menikmati 5G Standalone (5G SA) dan 5G Advanced untuk rangkaian Yes 5G, selepas sokongan tersebut ditemui dalam kemas kini iOS 26.4 Beta.

Beberapa pengguna yang menjalankan iOS 26.4 Beta dilaporkan sudah dapat mengaktifkan pilihan 5G SA pada iPhone mereka. Ini memberi petunjuk bahawa Apple mungkin akan membuka sokongan ini kepada pengguna awam dalam kemas kini iOS akan datang.



Buat masa ini, hanya dua telco di Malaysia yang menawarkan 5G SA dan 5G Advanced secara rasmi, iaitu Yes 5G dan U Mobile. Namun dari segi keserasian peranti, sokongan setakat ini hanya tersedia untuk beberapa peranti Android terpilih.

Dalam ujian kami menggunakan iPhone Air yang menjalankan iOS 26.4 Developer Beta, perantu berjaya disambungkan ke rangkaian Yes 5G Advanced.



Tetapan 5G SA pada iOS 26.4 Beta

Dalam iOS 26.4 Beta, tetapan Voice & Data memaparkan pilihan baharu iaitu 5G Standalone serta Voice over 5G Standalone. Apabila ciri ini diaktifkan, pengguna boleh membuat atau menerima panggilan suara sambil mengekalkan sambungan 5G sepenuhnya.

Ini berbeza dengan sambungan 5G NSA biasa, di mana sambungan akan turun ke 4G (VoLTE) setiap kali ada panggilan masuk atau keluar.

Sambungan kekal pada rangkaian 5G walaupun ketika panggilan dibuat

5G SA atau 5G Standalone dianggap sebagai 5G sebenar kerana ia beroperasi sepenuhnya pada rangkaian 5G tanpa perlu bergantung pada infrastruktur 4G sebagai sokongan. Ini bermaknapengguna boleh menikmati latency yang lebih rendah, liputan lebih luas serta penggunaan bateri yang lebih efisien.

Bagi rangkaian Yes 5G Advanced, pengguna juga boleh menjangkakan liputan yang lebih luas dan lebih stabil berbanding 5G Non-Standalone (NSA). Ini kerana rangkaian tersebut menggunakan gabungan spektrum 700MHz dan 3500MHz untuk mengendalikan trafik data.

Disebabkan 5G SA beroperasi sepenuhnya menggunakan teras rangkaian 5G, peranti hanya perlu menyambung kepada rangkaian 5G sahaja untuk panggilan dan data. Ini berbeza dengan 5G NSA yang memerlukan peranti mengekalkan sambungan serentak kepada rangkaian 4G dan 5G, yang boleh memberi kesan kepada penggunaan bateri.

Menurut tracker komuniti di GitHub yang memantau sokongan carrier dalam iOS, kemas kini iOS 26.4 dijangka akan mengaktifkan sokongan 5G SA untuk Maxis, U Mobile dan Yes 5G. Sementara itu, CelcomDigi dan Yoodo dilaporkan masih belum disenaraikan sebagai telco disokong buat masa ini.

Ketika artikel ini ditulis, iOS 26.4 masih berada dalam fasa Beta. Apple dijangka akan melepaskan kemas kini ini kepada pengguna umum sekitar akhir Mac atau awal tahun 2026.

Tags: 5g5G Advanced5G SAiOSiOS 26.4iphonemaxisu mobileyes 5g
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN