• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco X8 Pro & X8 Pro Max kini rasmi: Prestasi flagship, bateri hingga 8,500mAh bawah RM2,000

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:35 pm
  • 18/03/2026
  • Komen
Poco X8 Pro & X8 Pro Max kini rasmi: Prestasi flagship, bateri hingga 8,500mAh bawah RM2,000
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi kini melancarkan Poco X8 Pro dan Poco X8 Pro Max di Malaysia. Kedua-dua model ini merupakan telefon kelas pertengahan terbaru Xiaomi yang menawarkan prestasi setara flagship dengan bateri besar pada harga bawah RM2,000.

Selain itu, terdapat juga edisi khas Iron Man yang hadir dengan reka bentuk unik dan RAM yang lebih besar berbanding model standard.



Harga Poco X8 Pro dan X8 Pro Max di Malaysia

Poco X8 Pro dan X8 Pro Max kini boleh dibeli melalui Shopee dan Lazada. Berikut adalah harga rasmi berserta harga promosi pembelian awal. Jika anda beli sekarang, anda juga boleh jimat sehingga RM400 berbanding harga asal.

Poco X8 Pro



  • 8GB + 256GB – RM1,499 (promo: RM1,299)
  • 8GB + 512GB – RM1,699 (promo: RM1,499)

Poco X8 Pro Max

  • 12GB + 256GB – RM1,999 (promo: RM1,699)
  • 12GB + 512GB – RM2,199 (promo: RM1,799)

Bagi yang mahukan sesuatu yang lebih unik, Poco turut menawarkan Poco X8 Pro Iron Man Edition:

Poco X8 Pro Iron Man Edition

  • 12GB + 512GB – RM1,899 (promo: RM1,699)

Siri Poco X8 Pro ini boleh dibeli secara dalam talian melalui Shopee dan Lazada. Untuk lebih penjimatan, pengguna juga boleh menikmati rebat RM110 apabila membuat pembelian melalui Mi.com dengan menggunakan kod promo mediapocox8 apabila membeli Poco X8 Pro dan Poco X8 Pro Max.

Spesifikasi Poco X8 Pro

Walaupun Poco X8 Pro model leih rendah dalam barisan, ia menawarkan spesifikasi yang cukup menarik untuk harganya. Ia dilengkapi skrin AMOLED 6.59″ dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi Full HD+, serta tahap kecerahan puncak sehingga 3500 nits. Ia juga menyokong PWM dimming 3840Hz untuk keselesaan mata.

Dari segi prestasi, peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8500-Ultra, dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 12GB serta storan UFS 4.1 sehingga 512GB. Menyalurkan tenaga pada telefon adalah bateri 6,500mAh yang menyokong pengecasan HyperCharge 100W dan pengecasan terbalik 27W.

Screenshot

Untuk kamera, ia menggunakan setup dua kamera, terdiri daripada kamera utama 50MP Sony IMX882 dengan OIS dan kamera ultralebar 8MP, serta kamera selfie 20MP di hadapan.

Selain itu, Poco X8 Pro turut dilengkapi lampu RGB pada modul kamera yang boleh menghasilkan kesan visual untuk panggilan masuk, notifikasi, pengecasan dan banyak lagi. Ia juga hadir dengan pensijilan IP69/IP69K untuk ketahanan air dan debu. Dari segi sambungan, peranti ini menyokong 5G, Bluetooth 6.0, WiFi 6 serta NFC.

Poco X8 Pro boleh didapatkan dalam tiga pilihan warna putih, hitam dan hijau.

Spesifikasi Poco X8 Pro Max

Jika anda mahukan prestasi lebih tinggi serta bateri lebih besar, Poco X8 Pro Max adalah pilihan yang lebih sesuai. Ia hadir dengan skrin AMOLED lebih besar bersaiz 6.83″ dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan sehingga 3500 nits dan PWM dimming 3840Hz.

Peranti ini dikuasakan cip lebih berkuasa, iaitu Dimensity 9500s, bersama RAM 12GB LPDDR5X dan storan sehingga 512GB UFS 4.1. Ia juga dilengkapi kapasiti lebih besar 8,500mAh, bersama sokongan pengecasan pantas 100W HyperCharge dan pengecasan terbalik 27W.

Di bahagian fotografi, ia menggunakan kamera utama 50MP Light Fusion 600 dengan OIS dan kamera ultralebar 8MP, serta kamera hadapan 20MP. Sama seperti model Pro, ia turut hadir dengan lampu RGB di bahagian kamera.

Dari segi sambungan, model Pro Max dinaik taraf dengan sokongan WiFi 7, selain kekal menyokong 5G, Bluetooth 6.0 dan NFC, bersama pensijilan kalis air dan debu IP68/IP69K. Pengimbas cap jari ultrasonik terdapat dalam skrin dan ia akan menjalankan sistem operasi HyperOS 3 berasaskan Android 16.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Poco X8 Pro Max iaitu putih, hitam dan biru.

Tags: PocoPoco X8 ProPoco X8 Pro Maxxiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Poco X8 Pro & X8 Pro Max kini rasmi: Prestasi flagship, bateri hingga 8,500mAh bawah RM2,000

Poco X8 Pro & X8 Pro Max kini rasmi: Prestasi flagship, bateri hingga 8,500mAh bawah RM2,000

18 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN