• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:57 pm
  • 30/03/2026
  • Komen
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia kini memperkenalkan dua model baharu dalam siri Galaxy A, iaitu Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G. Kedua-duanya merupakan telefon kelas pertengahan yang membawa ciri Galaxy AI seperti model flagship, tetapi pada harga lebih mampu milik.

Menariknya, Samsung turut menawarkan sokongan sehingga 6 tahun untuk kemas kini sistem operasi dan keselamatan.



Harga Samsung Galaxy A57 & A37 di Malaysia

Pratempahan untuk Galaxy A57 5G dan A37 5G kini sudah dibuka. Berikut adalah harga rasmi di Malaysia berserta harga selepas rebat pelancaran:

Samsung Galaxy A37 5G



  • 8GB + 256GB – RM1,899 (selepas rebat: RM1,799)
  • 12GB + 256GB – RM1,999 (selepas rebat: RM1,899)

Samsung Galaxy A57 5G

  • 12GB + 256GB – RM2,399 (selepas rebat: RM2,249)
  • 12GB + 512GB – RM2,699 (selepas rebat: RM2,399)

Dari segi warna, Galaxy A37 hadir dalam pilihan Awesome Lavender, Awesome Charcoal dan Awesome Graygreen. Manakala Galaxy A57 pula ditawarkan dalam Awesome Navy, Awesome Gray dan Awesome IcyBlue.

Untuk penjimatan tambahan, pelanggan juga boleh menikmati rebat tambahan RM100 untuk A37 dan RM200 untuk A57 apabila membeli di kedai terpilih menggunakan Kad Debit/Kredit Maybank, Kad Debit/Kredit CIMB, atau Shopee PayLater. Tawaran ini terhad kepada 10,000 unit sahaja.

Spesifikasi Samsung Galaxy A57 5G

Galaxy A57 5G hadir dengan skrin 6.7″ FHD+ Super AMOLED+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dilengkapi Vision Booster untuk paparan lebih jelas di bawah cahaya terang.

Dikuasakan cip Exynos 1680 (4nm), ia dipadankan dengan RAM 12GB serta storan sehingga 512GB (tanpa sokongan kad microSD). Menariknya, badan A57 kini lebih nipis pada 6.9mm, lebih nipis berbanding Galaxy S26.

Untuk kamera, ia mengekalkan konfigurasi tiga kamera belakang terdiri daripada kamera utama 50MP, ultralebar 12MP, dan makro 5MP, serta kamera selfie 12MP. Tiada kamera telefoto pada model ini.

Walaupun tiada perubahan besar pada perkakasan kamera, Galaxy A57 kini mendapat ciri Galaxy AI terkini melalui One UI 8.5 termasuk Voice Transcription, AI Select, Object Eraser, Best Faces, Circle to Search dengan Google, dan Bixby. Prestasi fotografi malam juga dipertingkat melalui teknologi Nightography yang dipadankan dengan pemproses imej baharu.

Galaxy A57 5G mengekalkan pembesar suara stereo, rintangan air dan debu IP68, bateri 5,000mAh, dan pengecasan pantas 45W melalui USB-C. Ia berjalan pada Android 16 dengan One UI 8.5 sejurus keluar kotak.

Spesifikasi Samsung Galaxy A37 5G

Galaxy A37 pula merupakan pilihan lebih mampu milik, tetapi masih mengekalkan banyak ciri yang sama. Ia dilengkapi skrin 6.7″ jenis Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi FHD+. Perbezaan utama berbanding Galaxy A57 terletak pada cip, memori dan kamera.

A37 dikuasakan cip Exynos 1480 (sama seperti Galaxy A55), dengan pilihan RAM 8GB atau 12GB, serta storan 256GB.

Dari segi kamera, sensor ultra-lebar diturunkan kepada 8MP berbanding 12MP pada A57, manakala konfigurasi lain kekal sama dengan kamera utama 50MP, makro 5MP dan kamera hadapan 12MP.

Selebihnya, spesifikasi adalah hampir serupa dengan A57, termasuk bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W, sistem operasi One UI 8.5 berasaskan Android 16, serta jaminan sokongan kemas kini sehingga 6 tahun.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Galaxy A57 dan A37 

Tags: samsungSamsung Galaxy A37Samsung Galaxy A57Stor online Samsung Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN