• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:10 pm
  • 31/03/2026
  • Komen
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas melancarkan Vivo V70 pada awal Mac lalu, kini Vivo Malaysia memberi bayangan awal tentang kehadiran telefon baharu dalam siri V, yang dikenali sebagai Vivo V70 FE. Nama “FE” di sini merujuk kepada Fashion Edition dan menurut vivo, model ini akan memfokuskan pada rekaan bergaya serta kemampuan fotografi canggih.

Berdasarkan kenyataan rasmi, Vivo V70 FE akan dilengkapi kamera utama 200MP dengan sokongan OIS, bermakna ia memiliki sensor lebih besar berbanding V70. Ia turut menyokong fungsi AI 30x Super Zoom untuk menangkap subjek dari jarak jauh. Bagi tahap zum yang lebih tinggi, ciri AI Telephoto Enhancement membantu mengekalkan ketajaman imej, terutamanya untuk zum melebihi 10x.



Dalam julat 3x hingga 9.9x pula, hasil gambar dikatakan lebih tajam secara automatik, sama ada untuk potret mahupun landskap.

Selain itu, dengan sensor 200MP, V70 FE juga dikatakan menawarkan fleksibiliti dari segi suntingan gambar. Ia akan hadir dengan fungsi Ultra-Clear Photo Crop, membolehkan pengguna memotong atau melaras semula bingkai gambar tanpa menjejaskan kualiti, dan imej juga dikatakan kekal jelas walaupun dizum sehingga 900%. Untuk potret, lensa 85mm turut disediakan bagi menghasilkan kesan latar belakang kabur yang lebih natural.



Namun, sistem pengimejannya dilihat tidak akan menggunakan penjenamaan ZEISS seperti pada Vivo V70.

Dari segi rekaan, Vivo V70 FE dilihat mengekalkan gaya yang hampir sama seperti Vivo V50 Lite 5G, dengan sisi rata serta lampu flash berbentuk bulat di bawah modul kamera. Namun, ia tampil dengan kemasan baharu Muse Purple, iaitu warna ungu yang diinspirasikan daripada keindahan fajar. Kemasan ini memberikan efek pantulan cahaya yang lembut dan elegan dari pelbagai sudut.

Dalam masa sama, vivo turut mengumumkan kerjasama dengan kumpulan wanita tempatan, DOLLA sebagai rakan rasmi untuk V70 FE.

Selain daripada itu, spesifikasi lain bagi Vivo V70 FE masih belum didedahkan buat masa ini. Tarikh pelancaran rasmi dan harga turut belum diumumkan buat masa ini.

Untuk maklumat lanjut, nantikan penugumuman rasmi oleh Vivo Malaysia.

Tags: vivovivo MalaysiaVivo V70 FE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN