• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

HONOR 10 Lite Miliki Kamera Selfie Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

  • OLEH Penaja
  • 10:34 am
  • 14/02/2019
  • Komen
HONOR 10 Lite Miliki Kamera Selfie Paling Berkuasa Dalam Kelasnya
Share on FacebookShare on Twitter

Pesanan ikhlas dari HONOR Malaysia

Selfie dan telefon pintar tak boleh dipisahkan lagi. Kepentingan kamera selfie amatlah tinggi sehinggakan HONOR sanggup menebuk paparan View20 mereka semata-mata untuk meletakkan sebuah kamera menghadap depan khas untuk menangkap gambar wajah anda. Walau bagaimanapun, tidak semua yang mampu untuk melabur dalam segmen flagship tempat View20 berada.



Tapi anda usah khuatir kerana Honor tetap ada alternatif untuk setiap keperluan anda. Dalam kes swafoto, HONOR 10 Lite pastinya sesuai dengan tugasan itu.

Pada bahagian notch kerdil yang dikenali HONOR sebagai dewdrop notch, tersemat kamera 24MP dengan bukaan apertur F2.0. Pada harga kurang daripada RM800, tidak sukar untuk menyatakan yang ini adalah telefon termurah yang miliki kemampuan kamera setinggi itu di Malaysia setakat ini.



Untuk memastikan kualiti selfie yang anda terima pada tahap tertinggi setiap masa, kamera ini dibantu oleh teknologi AI yang boleh mengecam sehingga 8 jenis persekitaran selfie dan mengubah tetapan kamera secara automatik.

Contohnya, sekiranya AI mengesan anda berada dalam keadaan malap, empat piksel pada sensor pengimejan akan dilakurkan menjadi satu agar kemampuan kamera ini menangkap foton cahaya dipertingkat ke tahap yang lebih tinggi. Nak dipendekkan cerita, HONOR 10 Lite miliki kamera selfie berkeupayaan tinggi, tidak kira dalam keadaan cerah ataupun malap.

Untuk kamera belakang, HONOR 10 Lite dilengkapi kamera 12MP F1.8 dan juga 2MP F2.4.

Secantik manapun selfie yang anda tangkap, ia tetap sebuah telefon dan ia tidak melupakan tugas utamanya. Menyelaputi lebih 90% daripada bahagian mukanya adalah paparan 6.21″ beresolusi HD Penuh yang menjanjikan pengalaman bermultimedia terbaik.

Jek audio tetap hadir di bahagian bawah telefon bersama-sama port pengecas mikro-USB. Melalui port USB ini, ia mengecas bateri berkapasiti 3,400mAh.

Bateri besar ini membekalkan tenaga kepada CPU Kirin 710, RAM 3GB, dan juga storan 64GB. Secara keseluruhannya, HONOR 10 Lite adalah sebuah produk yang lengkap serba serbi dan jika anda perlukan sebuah mesin selfie, inilah jawapannya.

Jika anda berminat untuk memiliki sebuah Honor 10 Lite, ia dijual pada bermula RM749. Ia hadir dalam empat varian warna dan dua varian specs iaitu:

  • Sky Blue & Midnight Black – RAM 3GB + Storan 32GB berharga RM749
  • Sapphire Blue & Shiny Red – RAM 3GB + Storan 64GB berharga RM799

Tapi, untuk lebih penjimatan jangan lepaskan tawaran Hari Kekasih daripada HONOR kerana sehingga 14 Februari 2019, anda boleh dapatkan 2 HONOR 10 Lite dan 2 HONOR Band 4 pada harga RM1,437 sahaja.

Anda boleh berkunjung ke laman HiHONOR Malaysia untuk maklumat lanjut ataupun ke Facebook HONOR Malaysia agar tidak terlepas berita terkini tentang jenama HONOR.

Tags: honorHonor 10 Lite
Penaja

Penaja

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
HONOR 10 Lite Miliki Kamera Selfie Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

HONOR 10 Lite Miliki Kamera Selfie Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

14 February 2019
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER