• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:32 pm
  • 06/04/2026
  • Komen
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599
Share on FacebookShare on Twitter

Realme mengumumkan ketibaan telefon pintar terbaharu kelas pertengahan terbaru, siri Realme 16 Pro 5G. Siri ini hadir dalam dua model, Realme 16 Pro dan Realme 16 Pro+, yang disasarkan kepada pengguna muda serta pencipta kandungan, dengan fokus utama pada fotografi potret, prestasi dan rekaan.

Harga dan ketersediaan Realme 16 Pro

Peminat di Malaysia boleh mempratempah Realme 16 Pro dan Realme 16 Pro+ sehingga 10 April, manakala jualan pertama akan bermula selepas itu.



Berikut adalah harga pada harga seperti berikut:

Realme 16 Pro+ 5G



  • 12GB+512GB – RM2,299

Realme 16 Pro 5G

  • 12GB+256GB – RM1,599
  • 12GB+512GB – RM1,899

Sempena jualan pertama dari 11 April hingga 10 Mei, realme turut menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM979, termasuk diskaun untuk Realme Buds Air 8, Realme Smart Band, lanjutan waranti selama 1 tahun serta perlindungan keretakan skrin selama setahun.

Peranti ini boleh didapati melalui kedai jenama Realme, pengedar sah, serta platform dalam talian seperti Lazada, Shopee,dan TikTok Shop.

Spesifikasi Realme 16 Pro 5G dan Realme 16 Pro+ 5G

Realme 16 Pro+

Berkongsi rekaan hampir sama, siri Realme 16 Pro memperkenalkan reka bentuk Urban Wild Design hasil kolaborasi dengan Naoto Fukasawa, iaitu pereka terkenal Jepun dengan Inspirasi diambil daripada elemen alam seperti tekstur gandum dan batu kerikil.

Model realme 16 Pro+ menggunakan panel belakang silikon organik yang memberikan rasa lembut dan tahan lasak, dengan kemasan melengkung untuk genggaman lebih selesa. Ia ditawarkan dalam warna emas dan kelabu. Sementara itu, realme 16 Pro hadir dengan kemasan velvet matte dan pilihan warna emas, kelabu dan ungu.

Realme 16 Pro

Kedua-dua model turut menyokong penarafan IP69 untuk ketahanan air dan habuk.

Realme 16 Pro+

Dari segi skrin, Realme 16 Pro+ dilengkapi skrin 6.8″ melengkung HyperGlow 4D Curve+, manakala model Pro bersaiz sedikit lebih kecil 6.78″. Kedua-duanya menggunakan panel AMOLED beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak setinggi 6,500 nits.

Kuasa utama Realme 16 Pro+ 5G digerakkan oleh cip Snapdragon 7 Gen 4, yang mencapai skor Antutu 144 juta. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5X seluas 12GB dan storan UFS seluas 3.1 512GB. Bagi realme 16 Pro, ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 7300-Max, dengan skor AnTuTu sekitar 970,000,.

Realme 16 Pro

Kedua-dua model menjalankan Realme UI 7.0 dengan Flux Engine, dengan Realme menjanjikan prestasi lebih lancar dan respons sehingga 15% lebih pantas. Turut disertakan ciri NEXT AI seperti AI Framing Master, AI Recording, AI Translation, AI Gaming Coach dan Gemini Live.

Kapasiti bateri yang dimuatkan pada kedua-dua model cukup besar, 7,000mAh dan ia menyokong pengecasan 80W berwayar.

Berkenaan kamera, kedua-dua model menggunakan sensor utama 200MP LumaColor, yang memberi fokus kepada fotografi potret dengan hasil lebih natural dan tajam. Model realme 16 Pro+ turut dilengkapi kamera ultra-lebar 8MP, dan kamera periskop telefoto 50MP dengan zum optikal 3.5x dan zum digital sehingga 120x.

Realme 16 Pro

Sementara itu, realme 16 Pro mengekalkan kamera utama dan ultralebar yang sama, tetapi tanpa lensa telefoto periskop. Kedua-duanya turut hadir dengan kamera hadapan 50MP untuk swafoto.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman produk Realme 16 Pro dan Realme 16 Pro+.

Tags: RealmeRealme 16 ProRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN