• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:32 pm
  • 08/04/2026
  • Komen
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile kini memperkenalkan pelan prabayar baharu dikenali sebagai ULTRA Prepaid, yang hadir dengan “kelajuan tanpa had”.

Menariknya, ini merupakan satu perubahan besar berbanding sebelum ini. Walaupun pelan lama turut dilabel sebagai tanpa had, kelajuan internet sebenarnya dihadkan antara 6Mbps hingga 24Mbps.. Kali ini, had kelajuan tersebut telah dibuang sepenuhnya. Selain tu, sekatan 5G harian dan hujung minggu yang ada dulu pun dah dimansuhkan.



Pelan baharu ini dah boleh dilanggan sekarang, dengan pelan mingguan bermula RM12 untuk 7 hari dan pelan bulanan dari RM28 untuk 30 hari.

Senarai Pelan U Mobile ULTRA Prepaid 2026

Pelan Mingguan:



ULTRA Prepaid Weekly 10GB — RM12/7 hari

  • 10GB pada kelajuan tanpa had
  • Hotspot bergantung kepada kuota

ULTRA Prepaid Weekly 20GB — RM15/7 hari

  • 20GB pada kelajuan tanpa had
  • Hotspot bergantung kepada kuota

Pelan Bulanan:

ULTRA Prepaid 28 — RM28/bulan

  • 50GB pada kelajuan tanpa had
  • 5GB kuota hotspot
  • Panggilan tanpa had

ULTRA Prepaid 38 — RM38/bulan

  • 250GB pada kelajuan tanpa had
  • Hotspot bergantung kepada kuota
  • Panggilan tanpa had

ULTRA Prepaid 50 — RM50/bulan

  • 500GB pada kelajuan tanpa had
  • Hotspot bergantung kepada kuota
  • Panggilan tanpa had 2x ULTRA5G Priority Pass percuma (akses 5G Network Slicing selama 3 jam)

ULTRA5G Priority

Seiring dengan rangkaian ULTRA5G baharu mereka, U Mobile turut memperkenalkan ULTRA5G Priority Pass. Ia merupakan pas akses “network slicing” 5G yang memberikan laluan keutamaan untuk sambungan telefon anda, terutama di kawasan sesak seperti pusat komersial atau lokasi yang ramai orang untuk sambungan yang lebih stabil.

ULTRA5G Priority Pass ditawarkan dalam dua pilihan:

  • Pas 3 jam – RM5
  • Pas 1 jam – RM2

U Mobile turut menawarkan Priority Pass percuma kepada pengguna pelan prepaid, postpaid dan pelan keluarga tertentu. Bila diaktifkan, nama rangkaian pada telefon kan bertukar kepada “UM ULTRA5G PRIORITY”.

Satu perkara penting yang perlu diambil tahu — ciri ini hanya berfungsi pada peranti yang serasi dengan 5G SA dan dalam liputan rangkaian ULTRA5G U Mobile sahaja.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan ini, boleh layari laman produk ULTRA Prepaid U Mobile.

Tags: 5gprabayarPrabayar U Mobileu mobileU Mobile Ultra5GUltra5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN