• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix lancar XPAD 30E, tablet mampu milik dengan ciri pembelajaran berkuasa AI

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:20 pm
  • 23/04/2026
  • Komen
Infinix lancar XPAD 30E, tablet mampu milik dengan ciri pembelajaran berkuasa AI
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia hari ini melancarkan sebuah lagi tablet di pasaran kita, iaitu XPAD 30E. Berbeza dengan tablet Infinix lain, tablet ini direka khas sebagai teman pembelajaran digital untuk pelajar Malaysia, hadir dengan lebih 120,000 sumber pembelajaran percuma dan AI Tutor terbina.

Ini sekali gus menjadikannya pilihan menarik untuk ibu bapa yang mencari peranti pembelajaran yang lengkap pada harga berpatutan untuk anak mereka.



Harga dan ketersediaan Infinix XPAD 30E

Infinix XPAD 30E ditawarkan dalam dua varian:

  • 8GB + 128GB — RM699
  • 16GB + 256GB — RM999

Tablet ini sudah boleh dibeli mulai hari ini, 23 April 2026, melalui stor rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok Shop, serta di pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia. Ia hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Dream Purple, Forest Green dan Deep Blue.



Spesifikasi Infinix XPAD 30E

XPAD 30E merupakan tablet kelas permulaan dengan spesifikasi yang mencukupi untuk kegunaan harian dan pembelajaran. Ia dipacu cip Helio G80, digandingkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Dari segi ketersambungan, tablet ini menyokong SIM kad 4G LTE dan WiFi, membolehkan pelajar mengakses kelas dalam talian dari mana-mana sahaja.

Skrinnya berukuran 11″ beresolusi FHD+ (1920 x 1200) dengan kecerahan puncak 440 nits. Panel ini turut mendapat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light yang mampu menapis sehingga 70% cahaya biru berbahaya, sesuai untuk anak-anak yang kerap menggunakan peranti dalam tempoh lama. Tablet ini juga menyokong fungsi split-screen, perkongsian fail dan drag-and-drop untuk produktiviti yang lebih baik.

Untuk bateri, kapasiti 7,200mAh dimuatkan dalam tablet ini dengan sokongan pengecasan 18W. Infinix mendakwa bateri ini mampu bertahan sepanjang hari dengan teknologi penjimatan kuasa pintarnya. Bagi kamera pula, terdapat kamera belakang 5MP dan kamera hadapan 8MP.

Ciri pembelajaran digital

Ini bahagian yang paling menarik bagi ibu bapa dan pelajar. XPAD 30E dilengkapi ekosistem pembelajaran yang cukup lengkap melalui beberapa aplikasi terbina. Ini termasuk Infinix Learning Center yang menyediakan lebih 30,000 sumber pembelajaran merangkumi 30+ subjek untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 16 tahun.

View this post on Instagram

Terdapat juga Infinix Hi Tutor yang menawarkan lebih 100,000 latihan matematik yang selaras dengan kurikulum tempatan, dengan subjek lain akan diperluas. Infinix mengatakan AI Tutor dalam aplikasi ini tidak sekadar memberikan jawapan, sebaliknya membimbing pelajar langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah.

ibu bapa juga boleh mengaktifkan EduDesk, antara muka pembelajaran khas yang menggantikan desktop biasa dengan ruang lebih fokus dan bebas gangguan. Selain itu, XPAD 30E turut dilengkapi kawalan ibu bapa yang lengkap untuk memantau dan mengurus tabiat penggunaan peranti anak dengan lebih berkesan.

Seperti peranti Infinxi yang lain, tablet ini turut hadir dengan ciri AI Folax dan ia menyokong ciri AI seperti AI Photo to Solution untuk selesaikan soalan dengan imbasan kamera, Smart Search untuk analisis skrin secara automatik, AI Enlightenment untuk carian mendalam dengan hanya membulatkan kandungan pada skrin, AI Creation untuk jana imej visual daripada penerangan teks, serta AI Tools untuk ekstrak teks dan carta dari skrin semasa menonton kelas dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Infinix XPAD 30E.

Tags: InfinixInfinix Malaysiainfinix XPAD 30Etablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix lancar XPAD 30E, tablet mampu milik dengan ciri pembelajaran berkuasa AI

Infinix lancar XPAD 30E, tablet mampu milik dengan ciri pembelajaran berkuasa AI

23 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN