PRISM+ kini memperluaskan barisan produk peralatan rumah mereka dengan melancarkan siri peti sejuk baharu, siri PureFresh TMF. Berbeza dengan siri PureFresh dua pintu yang dilancarkan tahun lalu, siri baharu ini menggunakan rekaan satu pintu dan hadir dalam tiga mdoel TMF 250, TMF 310, dan TMF 430 dengan bermula RM929.
Harga & Ketersediaan

Siri peti sejuk PureFresh TMF akan mula dijual pada 24 April 2026 pukul 8 malam di laman web rasmi PRISM+, Shopee, serta kedai fizikal PRISM+. Berikut adalah senarai model dan harga:
- TMF 250 (250L) — Inox RM929 / Black Inox RM989
- TMF 310 (310L) — Inox RM1,099 / Black Inox RM1,159
- TMF 430 (430L) — Inox RM1,499 — disertakan hadiah percuma penghawa udara Russel Taylor Popular Z7 Visible Window Digital Air Fryer XL 6.5L bernilai RM539
Ketiga-tiga model hadir dalam dua pilihan warna Inox dan Black Inox, dengan kemasan anti-cap jari.
Dari segi waranti, semua model disertakan waranti am 2 tahun dan waranti kompressor selama 12 tahun.
Spesifikasi & Ciri-ciri siri PureFresh TMF

Perbezaan utama antara ketiga-tiga model ini hanyalah dari segi kapasiti — TMF 250 pada 250L sesuai untuk individu atau pasangan, TMF 310 pada 310L lebih sesuai untuk keluarga kecil, manakala TMF 430 pada 430L direka untuk keluarga yang lebih besar. Selain kapasiti, kesemua model berkongsi ciri-ciri dan teknologi yang sama.
Ketiga-tiganya menggunakan Inverter Compressor untuk penyejukan yang lebih cekap tenaga dan lebih senyap, serta mendapat penarafan Tenaga 5 Bintang. Siri ini turut menggunakan penyejuk mesra alam R600a.

No Frost Technology turut disertakan bagi mengelakkan pembentukan ais, bermakna pengguna tidak perlu lagi membuang ais beku secara manual. Sistem Multi-Zone Cooling pula memastikan suhu yang konsisten di setiap ruang, membantu pelbagai jenis bahan makanan kekal segar lebih lama.
Dari segi kebersihan, peti sejeuk ini turut hadir dengan Anti-Odour System untuk mengurangkan bau makanan yang tertinggal di dalam peti sejuk. Peti sejuk ini juga dilengkapi pencahayaan LED dalaman yang terang dan cekap tenaga, memudahkan pengguna mencari barang di dalam.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi PRISM+.






