• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo X300 & X300 FE dilancar di Malaysia dengan kamera ZEISS 200MP, harga dari RM3,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:00 pm
  • 18/05/2026
  • Komen
Vivo X300 & X300 FE dilancar di Malaysia dengan kamera ZEISS 200MP, harga dari RM3,299
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas membuka tempahan awal beberapa minggu lalu, kini Vivo melancarkan dua model flagship baru, Vivo X300 Ultra dan X300 FE. X300 Ultra merupakan varian flagship tertinggi dalam barisan, manakala X300 FE pula menjadi pilihan lebih kompak dan paling mampu milik dalam keluarga X300.

Harga & ketersediaan Vivo X300 Ultra dan X300 FE di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, tempahan awal bagi vivo X300 Ultra dibuka sehingga 22 Mei 2026. Ia ditawarkan dalam beberapa varian dengan harga seperti berikut:



  • 16GB + 512GB – RM5,899 (RRP RM6,799)
  • 16GB + 1TB – RM6,899 (RRP RM7,799)
  • 16GB + 1TB + Photographer Kit – RM9,099 (RRP RM9,999)

Pembeli awal turut akan menerima rebat RM900 bersama beberapa hadiah seperti tripod Coman, waranti lanjutan 1+1 tahun dan perlindungan skrin retak selama 180 hari. Terdapat juga diskaun pembelian tambahan untuk aksesori ZEISS Telephoto Extender.

Sementara itu, vivo X300 FE juga dibuka untuk tempahan awal sehingga tarikh sama dengan harga:



  • 12GB+256GB – RM3,299
  • 12GB+512GB – RM3,899

Terdapat juga pilihan bundle Photographer Kit dengan harga diskaun. Pembeli awal akan menerima hadiah seperti pembesar suara JBL, fon putik Vivo Buds Pro serta perlindungan tambahan melalui Vivo Care.

Berminat untuk membuat pembelian? Kedua-dua model boleh didapati melalui stor online Vivo, dengan Vivo X300 Ultra boleh dibeli menerusi Lazada, Shopee dan TikTok Shop, dan X300 FE juga boleh dibeli melalui Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Vivo X300 Ultra

Sebagai model paling premium, vivo X300 Ultra tampil dengan reka bentuk berinspirasikan kamera dan dilengkapi penarafan kalis air dan debu IP68/IP69. Ia menggunakan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.82″ dengan kadar segar semula 144Hz dan resolusi tinggi, memberikan paparan yang tajam dan lancar.

Atas papan utama, ia dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM 16GB dan storan dalaman seluas 1TB.

Fokus utama peranti ini adalah pada sistem kamera, dengan tetapan tiga kamera belakang terdiri daripada sensor utama 200MP, kamera telefoto 200MP dengan zum optikal 3.7x, serta kamera ultralebar 50MP. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 50MP.

Tenaga telefon disalurkan oleh bateri berkapasiti 6,600mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W berwayar dan 40W tanpa wayar. X300 Ultra menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16, dengan vivo menjanjikan 5 tahun kemas kini OS dan 7 tahun kemas kini keselamatan.

Sambungannya merangkumi WiFi 7, Bluetooth 6.0, dan NFC. Ia ditawarkan dalam dua warna, hijau dan hitam.

Spesifikasi Vivo X300 FE

Bagi vivo X300 FE pula, ia hadir dalam badan yang lebih kompak dengan reka bentuk kamera belakang berbentuk pil, sedikit berbeza berbanding siri X300 yang lain. Seperti model Ultra, model kompak ini turut dilengkapi kalis air dan debu IP68/IP69.

Di hadapan, ia menggunakan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.31″ dengan kadar segar semula sedikit lebih rendah berbanding model Ultra, pada 120Hz. Dari segi prestasi, ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 5 dengan kombinasi RAM 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Untuk kamera, X300 FE menggunakan sistem tetapan tiga kamera belakang, mernagkumi kamera utama 50MP f/1.57, kamera telefoto 50MP f/2.65 dengan zum optik 3x, dan kamera ultra-wide 8MP f/2.2. Kamera hadapannya menggunakan sensor 50MP f/2.0.

Baterinya 6,500mAh dengan sokongan pengecasan 90W berwayar dan 40W wayarles. Ia juga menjalankan OriginOS 6 berasaskan Android 16 dengan jaminan 5 tahun kemas kini OS dan 7 tahun kemas kini keselamatan. Sambungannya turut merangkumi WiFi 7, Bluetooth 6.0, dan NFC, dan ia ditawarkan dalam pilihan warna ungu, putih dan hitam.




Tags: vivovivo MalaysiaVivo X300 Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Vivo X300 & X300 FE dilancar di Malaysia dengan kamera ZEISS 200MP, harga dari RM3,299

Vivo X300 & X300 FE dilancar di Malaysia dengan kamera ZEISS 200MP, harga dari RM3,299

18 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN