• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Guru didakwa di mahkamah kerana sebar berita palsu di Whatsapp

  • OLEH Najib
  • 8:40 pm
  • 28/11/2017
  • Komen
Guru didakwa di mahkamah kerana sebar berita palsu di Whatsapp
Share on FacebookShare on Twitter

Dah pesan dulu, jangan sebar berita yang tak pasti dan tak tahu asal usul di media sosial. Hari ini, seorang guru di Semporna telah dihadapkan di mahkamah atas dakwaan penyebaran berita palsu di dalam WhatsApp Group.

Rafeah Buang, 36, seorang guru mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Tawau atas kesalahan tersebut. Dia didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, pada Disember 2014.



Dalam WhatsApp tersebut, dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu merupakan seorang perogol dan untuk tujuan keselamatan, sebar kepada keluarga dan rakan-rakan.

Pertuduhan ini didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama. Hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan jika didapati bersalah.



Hakim membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin yang beralamat di Semporna, dengan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 31 Januari tahun depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Sophian Zakaria. Menurut Mohd Sophian, kes berkenaan adalah yang pertama di negara ini membabitkan individu didakwa atas kesalahan menghantar komunikasi palsu menerusi kumpulan WhatsApp.

Selepas ini, sila berhati-hati dan periksa terlebih dahulu sebarang berita yang ingin disebarkan. Jangan cepat menekan share, retweet, forward dan yang sewaktu dengannya. Silap gaya, boleh menginap dalam penjara jadinya.

[Sumber: Bernama, Berita Harian]

Tags: Berita PalsuBerita Palsu WhatsappFake Newswhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Guru didakwa di mahkamah kerana sebar berita palsu di Whatsapp

Guru didakwa di mahkamah kerana sebar berita palsu di Whatsapp

28 November 2017
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

19 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN