• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi umum naik taraf sistem, bayaran bil dan akses akaun mungkin terjejas sementara

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:13 pm
  • 18/05/2026
  • Komen
Unifi umum naik taraf sistem, bayaran bil dan akses akaun mungkin terjejas sementara
Share on FacebookShare on Twitter

Unifi memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan satu naik taraf sistem yang akan memberi kesan sementara kepada beberapa perkhidmatan berkaitan akaun pengguna. Gangguan ini melibatkan bukan sahaja Unifi Fibre, tetapi juga Unifi Mobile dan Unifi TV.

Menurut pengumuman rasmi Telekom Malaysia, kerja penyelenggaraan ini akan berlangsung dari 22 Mei hingga 25 Mei 2026. Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan utama dijangka tidak boleh diakses pengguna.



Perkhidmatan apa yang akan terjejas dari 22-25 Mei?

Antara fungsi yang akan terjejas termasuk akses ke aplikasi MyUnifi dan portal Unifi Selfcare. Selain itu, pengguna juga mungkin tidak dapat membuat pembayaran bil, mengurus akaun, melakukan pendaftaran atau perubahan servis, serta berurusan dengan sokongan pelanggan berkaitan bil.

TM turut memaklumkan bahawa kemaskini pembayaran dan maklumat akaun mungkin mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk dipaparkan sepanjang tempoh ini.



Bagi pengguna Unifi Mobile, walaupun tiada gangguan rangkaian diumumkan, beberapa fungsi seperti semakan akaun, tambah nilai, pengaktifan add-on dan perubahan pelan mungkin terhad buat sementara waktu.

Apa yang perlu anda lakukan

Sekiranya bil Unifi atau TM anda perlu dibayar tidak lama lagi, anda disarankan untuk membuat pembayaran sebelum 22 Mei bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sekiranya anda perlu membuat bayaran semasa tempoh gangguan, anda masih boleh menggunakan JomPay sebagai alternatif. TM juga menyarankan pengguna untuk memuat turun bil terkini lebih awal sebagai rujukan offline.

Bagi yang akan ke luar negara dalam tempoh tersebut, anda digalakkan untuk membeli dan menetapkan pengaktifan pas roaming Unifi Mobile lebih awal sebelum 22 Mei.

Jika perlu membuat urusan sepanjang tempoh ini, pengguna boleh menghubungi TM di talian 100 atau +603-2106 3001 (untuk panggilan dari luar negara), atau menggunakan Maya Chatbox yang tersedia 24 jam.

Apa yang berubah selepas naik taraf

Selepas proses naik taraf selesai, pengguna akan dapat melihat semua akaun Unifi mereka dalam satu aplikasi MyUnifi, termasuk perkhidmatan jalur lebar, mudah alih, voice dan Unifi TV. Sejarah bil sebelum naik taraf juga masih boleh diakses dalam sistem baharu.

Selain itu, pengguna boleh terus log masuk menggunakan usernam dan kata laluan akaun sedia ada. Namun, pengesahan melalui emel atau nombor telefon mungkin diperlukan pada log masuk pertama selepas naik taraf.

Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi MyUnifi selepas kemas kini, TM mencadangkan untuk memadam dan memasang semula aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat laman FAQ rasmi untuk naik taraf sistem TM ini.

Tags: TMtm unifiUnifiunifi TV
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Unifi umum naik taraf sistem, bayaran bil dan akses akaun mungkin terjejas sementara

Unifi umum naik taraf sistem, bayaran bil dan akses akaun mungkin terjejas sementara

18 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN