• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Watch Fit 5 dilancar, ada ECG dan boleh kesan risiko diabetes

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:02 pm
  • 19/05/2026
  • Komen
Siri Huawei Watch Fit 5 dilancar, ada ECG dan boleh kesan risiko diabetes
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis pelancaran Huawei hari ini memperkenalkan beberapa peranti boleh pakai terbaharu, dengan siri Huawei Watch Fit 5 menjadi tumpuan utama. Hadir dalam dua model Watch Fit 5 dan Watch Fit 5 Pro, siri jam pintar ini menawarkan ciri kecergasan yang lengkap pada harga bawah RM1,000.

Yang lebih menarik, siri ini turut menjadi peranti boleh pakai pertama di Malaysia dengan ciri analisis risiko diabetes.



Harga dan ketersediaan Huawei Watch Fit 5 di Malaysia

Siri Huawei Watch Fit 5 kini dibuka untuk tempahan awal di Malaysia dengan harga seperti berikut:

  • Watch Fit 5 – RM799 (promo RM649)
  • Watch Fit 5 Pro – RM1,099 (promo RM999)

Sempena pelancarannya, Huawei Malaysia turut menawarkan baucar diskaun sehingga RM150 untuk tempoh tempahan awal. Selain tu, pembeli juga layak dapat hadiah percuma bernilai sehingga RM585, yang termasuk:



  • Langganan Huawei Watch Face Membership selama 1 bulan
  • Fon putik Huawei FreeBuds SE 2
  • Waranti APAC 1 Tahun
  • Langganan Huawei Health+ selama 3 bulan

Jam ini boleh dibeli melalui Huawei Experience Store, laman web rasmi Huawei, serta platform e-dagang Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Spesifikasi siri Huawei Watch Fit 5

Huawei Watch Fit 5 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 1.82″ dengan kecerahan puncak 2,500 nits, manakala versi Pro memiliki skrin lebih besar pada 1.92″ dengan bezel nipis dan kecerahan puncak mencecah 3,000 nits. Dari segi binaan, model standard menggunakan badan aluminium aloi, sementara model Pro dinaik taraf dengan badan titanium aloi gred aeroangkasa dan kaca sapphire 2.5D.

Terdapat juga Edisi Putih yang hadir dengan kemasan besi nanoceramic gred aeroangkasa yang menampilkan salutan khas yang menghasilkan lapisan keras menyerupai seramik pada permukaan aluminium aloi.

Bahagian yang paling menonjol pada Watch Fit 5 Pro ialah ciri-ciri kesihatannya. Huawei mendakwa ini merupakan kajian risiko diabetes pertama pada peranti boleh pakai di Malaysia, menggunakan analisis isyarat vaskular berasaskan PPG secara bukan invasif bagi mengesan corak risiko diabetes dari semasa ke semasa.

Selain itu, versi Pro turut dilengkapi dengan ECG dan analisis aritmia yang disahkan CE dan MDA. Fungsi kesihatan lain yang turut disokong termasuk pemantauan tidur TruSleep 5.0, analisis HRV (kadar variasi degupan jantung), pemantauan emosi dan pengurusan kesihatan wanita.

Untuk pengguna yang aktif bersukan, Huawei perkenalkan tiga mod sukan raket yang baharu untuk siri Watch Fit 5 termasuk Goodshot untuk badminton, PickleX untuk pickleball dan Tennix untuk tenis lengkap dengan analisis prestasi yang lebih terperinci. Versi Pro pula pergi lebih jauh dengan sokongan aktiviti luar seperti larian denai, golf dengan peta lebih 17,000 padang di seluruh dunia, serta penyelaman bebas sehingga kedalaman 40 meter. Bagi penjejakan yang tepat, kam ini turut dilengkapi GPS yang dikuasakan sistem Sunflower Positioning.

Huawei turut memperkenalkan ciri mini workout dengan lebih 30 jenis pergerakan yang menyasarkan 10 bahagian badan, bagi membantu pengguna kekal aktif sepanjang hari. Jam ini juga lengkap dengan storan terbina 64GB, ada hayat bateri sehingga 10 hari, sokong pembayaran QR Touch ‘n Go. dan serasi dengan iOS dan Android.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Huawei Watch Fit 5 dan Watch Fit 5 Pro.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei watch fitHuawei Watch Fit 5Huawei Watch Fit 5 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Siri Huawei Watch Fit 5 dilancar, ada ECG dan boleh kesan risiko diabetes

Siri Huawei Watch Fit 5 dilancar, ada ECG dan boleh kesan risiko diabetes

19 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN