• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google turunkan harga AI Ultra di Malaysia, kini bermula RM429.99/bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:13 pm
  • 20/05/2026
  • Komen
Google turunkan harga AI Ultra di Malaysia, kini bermula RM429.99/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Google baru sahaja mengemas kini harga langganan Google AI Ultra di Malaysia. Kini terdapat pilihan baharu bermula dari RM429.99/bulan dengan storan 20TB, menjadikan pelan Ultra lebih berpatutan berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, pelan AI Ultra tertinggi Google dengan storan 30TB dijual pada harga RM1,229.90/bulan di Malaysia. Kini, Google telah menyusun semula tawaran Ultra kepada dua pilihan pelan, sambil turut menurunkan harga pelan tertinggi.



Berikut adalah senarai harga terkini:

  • Google AI Plus — RM23.99/bulan (storan 200GB)
  • Google AI Pro — RM97.99/bulan (storan 5TB)
  • Google AI Ultra 5x — RM429.99/bulan (storan 20TB)
  • Google AI Ultra 20x — RM979.90/bulan (storan 30TB)

Untuk pelan Ultra 20x dengan storan 30TB, ia berharga RM979.90/bulan turun sebanyak RM250 atau lebih kurang 20% berbanding harga pelan Ultra yang lama.



Menurut Google, pelan AI Ultra direka untuk pengguna yang mahukan “akses AI tertinggi” merentas perkhidmatan seperti Gemini, Flow, Whisk, NotebookLM dan lain-lain. Selain storan yang lebih besar, pelan Ultra juga buka had penggunaan yang jauh lebih tinggi berbanding pelan bawah.

Antara yang diberikan termasuk kredit Google Flow yang lebih tinggi untuk penghasilan video dan filem menggunakan AI, had NotebookLM yang lebih luas, had tugasan lebih tinggi untuk Jules iaitu pembantu pengekodan AI, serta akses yang lebih luas ke Google AI Studio dan Android Studio Gemini.

Kalau nak tahu perbezaan antara dua pelan Ultra, begini perbandingannya:

  • Ultra 20x – sehingga 25,000 kredit Google Flow sebulan, dengan had penggunaan AI 20 kali ganda lebih tinggi berbanding pelan Pro
  • Ultra 5x – 10,000 kredit Google Flow sebulan, dengan had penggunaan AI 5 kali ganda lebih tinggi berbanding Pro

[Sumber: Google]

Tags: aigeminiGoogleGoogle AI UltraGoogle I/O 2026
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Google turunkan harga AI Ultra di Malaysia, kini bermula RM429.99/bulan

Google turunkan harga AI Ultra di Malaysia, kini bermula RM429.99/bulan

20 May 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN