• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Pandangan ringkas Vivo V15 Pro dari mata kasar

  • OLEH Najib
  • 11:47 am
  • 15/02/2019
  • Komen
Pandangan ringkas Vivo V15 Pro dari mata kasar
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia sudah mula memberikan petunjuk ketibaan telefon pintar Vivo V15 Pro di Malaysia. Ia telah diumumkan akan dilancarkan di India pada 20 Februari 2019, tetapi masih belum ada berita bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia.

Kami telah berpeluang untuk mencuba sendiri Vivo V15 Pro, tetapi tidak dibenarkan memberi maklumat selain yang telah diumumkan. Jadi, kita akan bercerita apa yang dapat dilihat pada gambar yang diambil.



Vivo V15 Pro memiliki banyak persamaan dengan Vivo NEX yang diperkenalkan tahun lepas. Ia memiliki skrin nirbingkai tanpa kelihatan kamera hadapan padanya. Bingkai di tepi kelihatan sangat nipis, tetapi dapat dilihat perbezaan bingkai di bawah lebih tebal dari bingkai di atas.

Pengimbas capjari tidak kelihatan di belakang. Ini kerana ia juga memiliki pengimbas capjari di dalam skrin.



Unit yang kami terima ini berwarna biru yang dipanggil Topaz Blue. Boleh kelihatan di belakangnya, terdapat garisan sebagai efek pantulan cahaya tetapi ia bukanlah kemasan luar, sebaliknya diselaputi kaca. Jadi lapisan paling luarnya adalah licin.

Fungsi unik yang dikongsi oleh V15 Pro dan NEX, sudah pasti ialah kamera hadapannya yang boleh disembunyikan. Modul kamera ini menggunakan motor, dan boleh keluar dalam masa kurang dari 1 saat. Kali ini, kamera hadapan ini menggunakan sensor 32MP, dikatakan resolusi paling tinggi untuk kamera hadapan di telefon pintar.

Vivo V15 Pro dilengkapi tiga lensa kamera belakang, yang disusun menegak. Ia juga disusun selari dengan kamera hadapan apabila dikeluarkan. LED Flash pula terletak di antara kamera, bukan di bawah atau di tepi.

Walaupun ia model terbaru dan dijangka menggunakan kuasa pemproses kelas pertengahan, V15 Pro masih menggunakan sambungan mikroUSB untuk mengecas berbanding USB-C. Nasib baik, ia masih memiliki jek audio 3.5mm, jadi boleh pakai fon kepala berwayar.

Tarikh pelancaran Vivo V15 dan V15 Pro di India telah ditetapkan pada 20 Februari 2019. Sudah pasti, ia akan tiba tidak lama lagi di Malaysia, melihatkan ia telah dihebohkan oleh Vivo Malaysia. Apatah lagi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri telah mula mempromosikannya.

Berapakah pula harganya? Kami jangka ia akan diletakkan di bawah RM2,000. Untuk perbandingan, sewaktu pelancarannya tahun lepas, Vivo V11 dijual pada harga RM1,699 manakala Vivo V11i pula RM1,299. Pasti ia tidak jauh dari harga ini memandangkan V15 diposisikan sebagai pengganti V11.

Tags: vivoVivo V15Vivo V15 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Pandangan ringkas Vivo V15 Pro dari mata kasar

Pandangan ringkas Vivo V15 Pro dari mata kasar

15 February 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER