• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Oppo Reno 16 bakal dilancar 8 Julai, tempahan dibuka bersama hadiah eksklusif BABYMONSTER

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:44 pm
  • 18/06/2026
  • Komen
Siri Oppo Reno 16 bakal dilancar 8 Julai, tempahan dibuka bersama hadiah eksklusif BABYMONSTER
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran untuk barisan telefon pintar pertengahan akan datang, siri Oppo Reno 16. Majlis pelancaran siri telefon tersebut dijadualkan berlangsung pada 8 Julai 2026, hampir 6 bulan selepas siri Reno 15 dilancar.

Siri ini akan hadir dalam tiga model serupa, iaitu Oppo Reno 16 5G, Reno 16 Pro 5G dan Reno 16F 5G.



Seiring dengan pengumuman tersebut,Oppo turut membuka tirai tempahan awal dengan menawarkan pelbagai promosi menarik. Lebih menarik, Oppo mendedahkan bahawa mereka telah melantik kumpulan gadis terkemuka, BABYMONSTER, sebagai duta rasmi bagi siri Reno terbaharu ini.

Promosi tempahan awal siri Oppo Reno 16

Bagi anda yang berminat, sesi tempahan awal untuk siri Reno 16 kini sudah pun dibuka dari sekarang sehingga 17 Julai. Pelanggan yang membuat pembelian sepanjang tempoh awal ini bakal menikmati ganjaran dan tawaran eksklusif bernilai sehingga RM1,198.



Menariknya, pembeli boleh memilih salah satu daripada dua pilihan hadiah percuma premium yang disediakan:

  • Hadiah Edisi Terhad Oppo Reno 16 Series x BABYMONSTER (Khas untuk para peminat kumpulan K-pop tersebut)
  • Kotak Hadiah Siri Reno 16 (Reno 16 Series Gift Box)

Tempahan boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Oppo Malaysia dengan bayaran deposit sebanyak RM50. Melalui tempahan ini, OPPO menawarkan rebat sehingga RM400, pelan perlindungan skrin PWP pada harga diskaun RM79 (harga asal RM139), serta sebuah power bank magnetik OPPO 22.5W (terhad kepada 150 pelanggan pertama yang memilih penghantaran secara dalam talian).

Selain itu, Oppo dijangka akan memperkenalkan beberapa lagi produk termasuk fon putik Enco Air5, Air5s dan Oppo Bubble, yang mana kesemuanya turut sudah dibuka untuk tempahan awal.

Buat masa ini, OPPO Malaysia masih belum mendedahkan harga rasmi serta spesifikasi penuh model yang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan. Namun begitu, syarikat itu telah berkongsi beberapa ciri utama yang bakal diperkenalkan pada siri baharu ini.

Ciri-ciri siri Oppo Reno 16

Oppo Reno 16

Antara pembaharuan utama yang diketengahkan pada siri Reno 16 ialah pengenalan rekaan baharu yang dipanggil 3D Pop Planet Design. Menurut Oppo, rekaan ini diinspirasikan daripada elemen kosmik dan alam semesta, dengan konsep setiap individu mempunyai identiti tersendiri seperti sebuah “planet kecil” yang unik.

Bagaimanapun, rekaan khas 3D Pop Planet ini adalah eksklusif untuk varian warna Pop White sahaja, manakala pilihan warna lain akan menerima kemasan reka bentuk yang berbeza. Selain itu, Oppo turut memberi bayangan bahawa siri Reno 16 akan hadir dengan pelbagai ciri pengimejan dan pengalaman kreatif yang dipacu AI.

Sebagai rujukan anda, kedua-dua Reno 16 dan Reno 16 Pro telah membuat debut di pasaran China. Kedua-duanya hadir dengan sistem kamera sama, kamera utama 200MP dengan OIS, kamera periskop telefoto 50MP dan kamera ultralebar 50MP.

Oppo Reno 16F

Untuk model Reno 16 Pro, ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9500s dan dipadankan dengan skrin AMOLED 6.78 inci 120Hz yang menawarkan kecerahan puncak sehingga 3,600 nits. Ia juga dilengkapi bateri 7,000mAh bersama sokongan pengecasan berwayar 80W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Oppo Reno 16

Sementara itu, Reno 16 menggunakan cip MediaTek Dimensity 8850 Super dengan skrin AMOLED 6.32 inci 120Hz. Ia dibekalkan dengan bateri 6,700mAh dan menyokong pengecasan berwayar 80W.

Kedua-duanya turut memiliki kalis air IP69K, dan menyokong sambunan Bluetooth 5.4, NFC, pemancar inframerah dan sehingga WiFi 7.

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada pasaran Malaysia akan menerima spesifikasi yang sama seperti model di China. Untuk maklumat lanjut, nantikan pelancaran rasmi siri Oppo Reno 16 yang akan berlangsung pada 8 Julai 2026.

Tags: oppoOPPO MalaysiaOppo Reno 16Oppo Reno 16Fsiri Oppo Reno 16
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Oppo Reno 16 bakal dilancar 8 Julai, tempahan dibuka bersama hadiah eksklusif BABYMONSTER

Siri Oppo Reno 16 bakal dilancar 8 Julai, tempahan dibuka bersama hadiah eksklusif BABYMONSTER

18 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN