Sempena ulang tahun ke-10 Acer Day dan ulang tahun ke-50 Acer, Acer Malaysia kembali mengadakan sambutan Acer Day 2026 dengan pelbagai aktiviti, promosi serta ganjaran untuk pelanggan.
Bertemakan #ShiftTheGame, sambutan tahun ini bukan sekadar tertumpu pada produk teknologi. Sebaliknya, Acer turut menggabungkan elemen gaya hidup aktif, aktiviti keluarga, kelestarian, pengalaman AI dan kecergasan dalam beberapa acara yang akan berlangsung sepanjang Julai hingga Ogos 2026.
Sambutan bermula dengan Acer Day 2026 Roadshow di Mid Valley Megamall dari 6 hingga 12 Julai, sebelum diteruskan dengan Acer Active Day pada 1 Ogos 2026.
Jelajah Acer Day 2026 di Mid Valley Megamall

Bagi anda yang ingin merasai sendiri kemeriahan ini, jelajah Acer Day 2026 akan berlangsung dari 6 hingga 12 Julai 2026 bertempat di Centre Court, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Acara ini terbuka kepada orang ramai dan pengunjung berpeluang mencuba pelbagai peranti terbaharu Acer, menyertai aktiviti interaktif, serta menikmati tawaran masa terhad.

Menariknya, anda tidak perlu melakukan sebarang pembelian pun untuk menyertai beberapa aktiviti terpilih. Pengunjung yang berjaya melengkapkan zon aktiviti berkonsepkan permainan (gamified journey) yang disediakan bakal membawa pulang hadiah peribadi secara percuma.

Promosi Acer Day kali ini melibatkan pelbagai kategori produk termasuklah barisan laptop nipis dan ringan, laptop harian, laptop gaming, sehinggalah desktop berprestasi tinggi. Sekiranya anda merancang untuk membeli laptop atau desktop sepanjang tempoh roadshow, berikut adalah antara model utama yang menerima potongan harga:


- Acer Aspire Lite 14 (RAM 16GB / SSD 512GB): RM2,799 (Diskaun RM200)
- Acer Nitro V 15 (NVIDIA RTX 4060): RM4,099 (Diskaun RM600)
- Predator Helios 18 (Intel Core Ultra 9 / RTX 5090): RM18,999 (Diskaun RM2,000)
Selain diskaun, pelanggan yang membeli peranti terpilih di roadshow juga berpeluang membuka Acer Mystery Box. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk baucar Adidas bernilai RM200 serta produk Acer dan Acerpure.

Bukan itu sahaja, pembeli laptop dan desktop terpilih juga boleh menebus kredit TNG eWallet bernilai sehingga RM200 atau aksesori tambahan bernilai sehingga RM299 melalui laman web a-redemption Acer, selagi stok masih ada.
Acer turut mengadakan pertandingan slogan yang meminta pelanggan melengkapkan ayat “With Acer, I can shift the game by…”. Penyertaan dengan slogan terbaik akan memenangi sepasang tiket ke Busan, Korea Selatan bernilai RM25,000.
Acer Day Active Hour tawar diskaun sehingga 85%

Salah satu tarikan utama pada roadshow ini adalah sesi Acer Day Active Hour. Ia akan berlangsung pada hujung minggu, iaitu pada 11 (Sabtu) dan 12 (Ahad) Julai 2026 bermula jam 11:00 pagi.
Sepanjang sesi terhad ini, Acer menawarkan promosi produk pada harga serendah RM19 atau dengan diskaun sehingga 85%. Antara produk yang tersenarai termasuklah:

- Acer Aspire 7: RM2,799 (Harga asal RM3,399)
- Acer Aspire Lite 16: RM2,399 (Harga asal RM3,199)
- Acer Aspire Lite 15: RM1,799 (Harga asal RM2,199)
- Acer XC Desktop: RM2,399 (Harga asal RM3,099)
- Predator Orion 3000: RM4,999 (Harga asal RM7,299)
- Acer PM161QJ2 Portable Monitor: RM199 (Harga asal RM299)
- Acerpure Vacuum Cleaner V2: RM399 (Harga asal RM1,299)
- Acerpure Water Purifier WP3: RM199 (Harga asal RM799)
- Acerpure Hand Fan HF1: RM49 (Harga asal RM199)
- Acer Nitro Gaming Chair LK-8103N: RM99 (Harga asal RM799)
Acer Active Day berlangsung pada 1 Ogos
Selain promosi dan jualan peranti, Acer turut mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup aktif menerusi Acer Active Day. Acara ini akan berlangsung pada 1 Ogos 2026 di The Campus, Ampang.
Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan termasuklah:
- Cabaran Kecergasan: Litar senaman yang diinsipirasikan daripada acara HYROX. Ada hadiah disediakan untuk mereka yang berjaya tamatkan cabaran, dan hadiah ekstra untuk peserta terpantas.
- Sesi Komuniti: Aktiviti santai seperti Yoga dan Zumba bersama rakan-rakan atau keluarga.
- Junior Active Zone: Bengkel khas untuk kanak-kanak melakukan aktiviti DIY mencipta barangan kayu yang boleh dibawa pulang.
Sebagai peringatan, pra-pendaftaran secara dalam talian diperlukan untuk menyertai semua aktiviti Acer Active Day. Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran menerusi laman Facebook dan Instagram Acer Malaysia.






