• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unlimited Hero P99 internet tanpa had dengan kelajuan tanpa had sebenar

  • OLEH Najib
  • 10:46 am
  • 29/11/2017
  • Komen
Unlimited Hero P99 internet tanpa had dengan kelajuan tanpa had sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini U Mobile memang dah ada pelan internet tanpa had Hero P78, tetapi kelajuannya dihadkan ke 5Mbps. Hari ini, U Mobile melancarkan pelan Unlimited Hero P99 dengan kuota internet dan kelajuan tanpa had sebenar.

Pelan Hero P99 ini turut disertakan dengan Call-Onz, panggilan tanpa had ke semua talian. Tetapi SMS dicaj 10sen setiap satu ke semua rangkaian.



Walaupun kuota data tanpa had, perkongsian internet melalui hotspot pula dihadkan ke 30GB sebulan. Jika habis digunakan, ia masih boleh dikongsi tetapi kelajuan dihadkan ke 64kbps. Seperkara lagi, pelan ini direka khas untuk telefon pintar sahaja. Sim kadnya tidak boleh digunakan bersama modem MiFi.

Selain itu, Pelan P99 juga disertakan bersama data perayauan Roam-Onz, ke 12 negara secara percuma. Sebanyak 3GB data diberikan setiap bulan. Maklumat lanjut Roam-Onz boleh disemak di sini.



Sehingga 3 talian tambahan boleh disertakan bersama pelan Hero P99, menerusi Share 20 dengan bayaran RM20 sebulan. Tetapi talian tambahan ini berkongsi kuota dengan hotspot, bermakna maksima penggunaan 30GB sebulan.

Share 20 juga tidak memiliki panggilan tanpa had. Ia dikenakan caj 8 sen setiap 30 saat, tetapi percuma 30 minit setiap hari ke talian U Mobile. SMS pula 3 sen ke talian U Mobile dan 8 sen ke talian lain.

Dengan internet tanpa had, sudah pasti tidak perlu lagi risaukan tawaran lain U Mobile seperti Video-Onz, Music-Onz serta App-Onz, kerana semuanya tanpa had.

Segera ke pusat servis U Mobile atau wakil sah mereka, atau layari laman web U Mobile Unlimited Hero P99 untuk maklumat pendaftaran, pertukaran talian, dan lain-lain. U Mobile turut membuat perbandingan pascabayar bernilai ~RM100 dari telco lain, seperti di bawah ini.

Tags: u mobileU Mobile P99
Najib

Najib

POPULAR

Unlimited Hero P99 internet tanpa had dengan kelajuan tanpa had sebenar

Unlimited Hero P99 internet tanpa had dengan kelajuan tanpa had sebenar

29 November 2017
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN