• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch ‘n Go perkenal lorong Enhanced RFID di AKLEH, sasar 10 lorong sebelum hujung tahun

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:07 pm
  • 21/07/2026
  • Komen
Touch ‘n Go perkenal lorong Enhanced RFID di AKLEH, sasar 10 lorong sebelum hujung tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Touch ‘n Go secara rasmi memperkenalkan lorong Enhanced RFID pertama mereka di Plaza Tol AKLEH Dato Keramat. Lorong baharu ini direka untuk menjadikan proses pembayaran tol lebih pantas dan lancar, selain menjadi sebahagian daripada persediaan ke arah pelaksanaan sistem Multi-Lane Fast Flow (MLFF) pada masa akan datang.

Lorong Enhanced RFID ini boleh dikenal pasti menerusi logo bintang berwarna emas pada papan tanda RFID. Menariknya, ia masih menyokong semua tag RFID Touch ‘n Go sedia ada, jadi pengguna tidak perlu menukar tag untuk menggunakannya.



Touch ‘n Go mempamerkan teknologi ini Enhanced RFID kepada pihak media,yang menggunakan Titan Flow Technology, iaitu sistem yang dibangunkan di Malaysia.

Malah, syarikat itu turut mengumumkan rancangan untuk memperluaskan pelaksanaan teknologi ini dengan memasang 10 lorong Enhanced RFID di beberapa lebuh raya terpilih menjelang hujung tahun ini.



Titan Flow gabungkan RFID, ANPR, AI dan LiDAR

Lorong Enhanced RFID ini dikuasakan oleh Titan Flow Technology, yang menggabungkan beberapa teknologi untuk meningkatkan ketepatan pengesanan kenderaan.

Antaranya ialah RFID dwi-antena, Automatic Number Plate Recognition (ANPR), Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin (ML) dan LiDAR. Gabungan teknologi ini membolehkan sistem mengesahkan identiti kenderaan menggunakan beberapa lapisan pengesanan, sekali gus mengurangkan risiko kegagalan membaca tag.

Menurut Touch ‘n Go, sistem ini mampu mencapai ketepatan pengesanan sehingga 99.98% dalam keadaan pemanduan dan cuaca sebenar. Berbanding lorong RFID biasa, Enhanced RFID juga boleh mengesan kenderaan yang bergerak pada kelajuan melebihi 50km/j. Teknologi ini dibangunkan berdasarkan demonstrasi konsep Titan Flow yang pernah dipertontonkan sebelum ini di Lebuhraya LKSA.

Peralatan Titan Flow yang dipasang di lorong ini juga direka untuk menyokong pelaksanaan MLFF pada masa hadapan, sebaik sahaja rangka kerja undang-undang berkaitan diluluskan.

RFID kekal kaedah utama untuk mengenal pasti kenderaan

Walaupun Titan Flow menggabungkan pelbagai teknologi, Touch ‘n Go menjelaskan bahawa RFID masih menjadi kaedah utama untuk identifikasi kenderaan.

Menurut syarikat tersebut, RFID menggunakan gelombang radio dan kurang terjejas oleh hujan lebat, silauan cahaya serta jarak penglihatan yang terhad, berbanding sistem berasaskan kamera semata-mata. Sementara itu, teknologi ANPR digunakan sebagai lapisan pengesahan kedua, manakala AI dan Pembelajaran Mesin membantu meningkatkan ketepatan pengecaman kenderaan.

Touch ‘n Go turut memaklumkan bahawa sistem ANPR secara bersendirian lazimnya mempunyai ketepatan sekitar 94.5%, namun gabungan semua teknologi dalam Titan Flow berjaya meningkatkan ketepatan keseluruhan kepada 99.98%.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Praba Sangarajoo, berkata Titan Flow dibangunkan khusus untuk keadaan jalan raya di Malaysia dan memanfaatkan hampir tiga dekad pengalaman syarikat dalam ekosistem pembayaran tol negara.

Laluan Enhanced RFID serasi dengan tag RFID sedia ada

Satu lagi kelebihan Enhanced RFID ialah pengguna tidak perlu menukar tag RFID sedia ada untuk menggunakan lorong baharu ini.

Menurut Touch ‘n Go, semua tag RFID mereka, termasuk tag generasi pertama yang diperkenalkan pada 2018, serasi dengan lorong Enhanced RFID.

Touch ‘n Go turut memaklumkan bahawa Titan Flow dibina berasaskan ekosistem sedia ada yang kini mempunyai lebih 4.7 juta pengguna RFID berdaftar serta lebih 27 juta pengguna Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.

Selain itu, syarikat itu berkata ciri SOS Balance telah membantu membolehkan kira-kira 36 juta perjalanan diteruskan tanpa gangguan. Melalui ciri ini, pengguna yang tidak mempunyai baki eWallet mencukupi masih boleh melepasi plaza tol dan membuat tambah nilai kemudian.

Tags: aklehEnhanced RFIDMLFFrfidtngtng ewallettng rftng rfidTouch n Go
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Touch ‘n Go perkenal lorong Enhanced RFID di AKLEH, sasar 10 lorong sebelum hujung tahun

Touch ‘n Go perkenal lorong Enhanced RFID di AKLEH, sasar 10 lorong sebelum hujung tahun

21 July 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN