• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:29 pm
  • 31/07/2026
  • Komen
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6
Share on FacebookShare on Twitter

Google dijangka akan memperkenalkan siri telefon pintar terbaharunya, Google Pixel 11, pada acara Made by Google yang dijadual berlangsung pada 12 Ogos 2026.

Menjelang pelancarannya, Google mula mengacah kehadiran Pixel 11 Pro menerusi media sosial, sekali gus memberi gambaran awal tentang reka bentuk baharu modul kameranya yang hadir dengan ciri pencahayaan pintar dikenali sebagai Pixel Glow.



Selain Pixel 11 Pro, siri kali ini dijangka merangkumi empat model secara keseluruhan iaitu Pixel 11, Pixel 11 Pro, Pixel 11 Pro XL, dan telefon lipat Pixel 11 Pro Fold.

Pixel 11 Pro dijangka hadir dengan ciri baharu Pixel Glow

Berdasarkan teaser yang dimuat naik oleh akaun Made by Google di X, Pixel 11 Pro masih mengekalkan reka bentuk modul kamera berbentuk bar seperti Pixel 10. Namun, terdapat satu elemen baharu yang menarik perhatian, iaitu lampu LED yang diletakkan di bahagian kanan modul kamera.



Lampu ini dipercayai dikenali sebagai Pixel Glow, berdasarkan penemuan dalam Android 17 Beta 4.

The next obvious move. Google #Pixel11 Pro.

Ask more of your phone. August 12.

Learn more and sign up for #MadeByGoogle updates: https://t.co/2L9DcqJ0yq pic.twitter.com/ImFuMdtXs5

— Made by Google (@madebygoogle) July 29, 2026

Dari segi fungsi, Pixel Glow dikatakan berfungsi sebagai sistem notifikasi visual apabila telefon diletakkan secara terbalik. Ia akan menghasilkan kesan pencahayaan untuk pelbagai situasi seperti panggilan masuk, memberikan maklum balas visual ketika menggunakan mod bebas tangan, serta memaparkan animasi apabila pengguna berinteraksi dengan Gemini.

Difahamkan juga lampu ini juga menggunakan perkakasan khusus pencahayaan pada peranti, dan tidak boleh kelihatan apabila lampu flash notifikasi dihidupkan.

Pixel 11 Pro Fold turut menerima Pixel Glow

Sumber: Evan Blass

Selain Pixel 11 Pro, pembocor terkenal Evan Blass turut berkongsi imej yang dipercayai merupakan bahan pemasaran rasmi Pixel 11 Pro Fold.

Berdasarkan imej tersebut, Pixel 11 Pro Fold masih mengekalkan susunan kamera mendatar seperti model terdahulu. Namun, pulau kameranya kini dilihat lebih kecil, dengan Pixel Glow disepadukan ke dalam modul kamera. Menariknya, lampu flash tidak lagi kelihatan pada bahagian luar modul tersebut.

Imej itu juga menunjukkan Pixel 11 Pro Fold hadir dalam pilihan warna baharu Pine.

Selain itu, Evan Blass turut mendedahkan pilihan warna bagi keseluruhan siri Pixel 11.

Pixel 11 pic.twitter.com/If3jUNCmgG

— Evan Blass (@_evanblass_) July 30, 2026

Model Pixel 11 dijangka ditawarkan dalam warna ungu, merah jambu terang, hitam dan hijau.

Pixel 11 Pro XL pic.twitter.com/VfovbndUDa

— Evan Blass (@_evanblass_) July 30, 2026

Sementara itu, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro XL dijangka hadir dalam warna pic, biru, hitam dan hijau, manakala Pixel 11 Pro Fold hanya akan ditawarkan dalam warna hitam dan hijau Pine.

Dijangka dikuasakan cip Tensor G6

Google masih belum mendedahkan spesifikasi rasmi siri Pixel 11. Namun, ia dijangka menggunakan cip pemproses terbaharu Tensor G6.

Menurut laporan GSMArena, model Pixel 11 turut dijangka menerima peningkatan dari segi kapasiti bateri, dengan Pixel 11 dikatakan akan hadir dengan bateri 4,985mAh (sebelum ini 4,870mAh). Manakala untuk Pixel 11 Pro dan Pro XL, bateri sedikut diturun taraf 4,850mAh (sebelum ini 4,870mAh), Pixel 11 Pro XL 5,115mAh (sebelum ini 5,200mAh).

Selain itu, Pixel 11 dan Pixel 11 Pro juga dilaporkan tidak lagi ditawarkan dengan storan asas 128GB. Sebaliknya, kedua-duanya dijangka bermula dengan storan 256GB. Dari segi harga di Eropah, Pixel 11 dikatakan bermula daripada EUR 487 (~RM2,450) untuk Pixel 11, EUR 1,097 (~RM5,520) untuk Pixel 11 Pro, dan EUR 1,279 (~RM6,440) untuk Pixel 11 Pro XL.

Seperti biasa, semua maklumat ini masih berdasarkan khabar angin dan kebocoran awal. Jadi, kita sama-sama nantikan pengumuman rasmi Google pada 12 Ogos nanti untuk mengetahui spesifikasi dan harga sebenar siri Pixel 11.

Tags: Googlegoogle pixelGoogle Pixel 11Pixel 11Pixel 11 ProPixel 11 Pro Fold
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN