• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tune Talk tawar e-Roaming percuma di Arab Saudi untuk jemaah Haji dan Umrah

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:27 pm
  • 04/08/2026
  • Komen
Tune Talk tawar e-Roaming percuma di Arab Saudi untuk jemaah Haji dan Umrah
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi anda yang merancang untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah di Arab Saudi, Tune Talk kini menawarkan ciri e-Roaming percuma bagi pelan prabayar terpilih. Menerusi ciri ini, pelanggan boleh terus menggunakan kuota data domestik sedia ada semasa berada di tanah suci tanpa perlu membeli pas perayauan (roaming pass) atau eSIM perjalanan berasingan.

Menurut Tune Talk, sambungan ini akan diaktifkan secara automatik ke rangkaian rakan kongsi sebaik sahaja anda tiba di Arab Saudi, sekali gus menawarkan pengalaman “Roam as Home” tanpa sebarang caj tambahan.



Tune Talk berkata jemaah Malaysia biasanya membelanjakan sekitar RM89 hingga RM180 sebulan untuk perkhidmatan data roaming ketika mengerjakan Haji atau Umrah. Justeru, kemudahan ini diperkenalkan bagi menawarkan pilihan sambungan internet yang lebih mudah dan menjimatkan ketika berada di luar negara.

Senarai pelan Tune Talk yang layak untuk e-Roaming di Arab Saudi

Ciri e-Roaming percuma di Arab Saudi ini ditawarkan kepada pelanggan pelan prabayar berikut:



  • Epik+ 50
  • Epik+ Family
  • Epik+ Family Safe
  • Epik+ 35 (telah melanggan melebihi 6 bulan)
  • Epik+ 28 (telah melanggan melebihi 6 bulan)

Setiap pelanggan yang layak dengan MyKad akan menerima e-Roaming percuma selama satu bulan di Arab Saudi. Bagi pelanggan pelan Family dan Family Safe, kelebihan e-Roaming ini turut diberikan kepada talian sampingan (supplementary lines), sekali gus memudahkan urusan keluarga yang menunaikan ibadah bersama-sama.

Berbeza dengan pas roaming biasa, pelanggan yang layak boleh terus menggunakan kuota data domestik daripada pelan mereka ketika berada di Arab Saudi, tanpa dikenakan caj roaming tambahan. Malah, tiada pengaktifan secara manual diperlukan. Pelanggan hanya perlu memastikan fungsi Data Roaming diaktifkan pada telefon, dan peranti akan bersambung secara automatik kepada rangkaian yang disokong apabila tiba di destinasi.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Gurtaj Singh Padda, berkata sebagai jenama tempatan, syarikat memahami kepentingan ibadah Haji dan Umrah kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, akses kepada internet yang lancar ketika berada di luar negara sepatutnya menjadi satu kemudahan dan bukannya beban tambahan. Inisiatif ini juga bertujuan mengurangkan kebimbangan mengenai kos roaming, supaya pelanggan boleh memberi lebih tumpuan kepada ibadah mereka.

Tune Talk e-Roaming tersedia di 13 negara

Sebenarnya, Arab Saudi bukan satu-satunya negara yang menyokong e-Roaming Tune Talk. Ciri ini pertama kali diperkenalkan pada Julai sebagai kemudahan “Roam as Home” untuk pelanggan prabayar terpilih seperti Epik+ 50, Epik+ Family dan Epik+ Family Safe. Buat masa ini, Tune Talk e-Roaming tersedia di 13 negara, iaitu:

  • Australia
  • Brunei
  • Kemboja
  • India
  • Indonesia
  • Jepun
  • New Zealand
  • Filipina
  • Arab Saudi
  • Singapura
  • Korea Selatan
  • Thailand
  • Vietnam

Bagi pelanggan yang layak, ciri ini disertakan tanpa caj tambahan dan membolehkan mereka terus menggunakan kuota data sedia ada ketika melancong, tanpa perlu membeli pas roaming atau travel eSIM berasingan.

Walaupun Tune Talk membenarkan anda menggunakan kuota data domestik di luar negara, perkhidmatan ini masih tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama (FUP) harian mengikut negara yang dilawati. Sebagai contoh, di Korea Selatan, penggunaan e-Roaming akan digantung sementara selepas mencapai had 2GB sehari dan akan dipulihkan semula pada kitaran harian seterusnya.

Tags: e-Roaming Tune TalkhajiPerayauanPerayauan Internetprabayartune talkTune Talk Epik+umrah
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk tawar e-Roaming percuma di Arab Saudi untuk jemaah Haji dan Umrah

Tune Talk tawar e-Roaming percuma di Arab Saudi untuk jemaah Haji dan Umrah

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN