• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:15 pm
  • 04/08/2026
  • Komen
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Screenshot

Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mengumumkan telefon pintar flagship terbaharu, Xperia 1 VIII pada bulan Mei lalu. Kini seleas hampir tiga bulan, telefon flagship baharu tersebut tiba ke pasaran kita, menggantikan Xperia 1 VII tahun lalu.

Untuk generasi baharu ini, Sony membawakan beberapa peningkatan termasuk rekaan baharu, prestasi lebih berkuasa dengan cip Snapdragon terkini, serta kamera telefoto dengan sensor yang jauh lebih besar. Seperti biasa, Sony Malaysia turut menyediakan hadiah percuma untuk pembeli awal Xperia 1 VIII.



Harga dan ketersediaan Sony Xperia VIII di Malaysia

Bagi yang berminat, Sony Xperia 1 VIII kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM6,499 untuk satu-satunya konfigurasi RAM 12GB dan storan 256GB. Harga ini juga sama seperti Xperia 1 VII ketika ia dilancarkan tahun lalu.

Sempena pelancaran ini, Sony Malaysia turut menawarkan promosi pembelian awal dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,784. Bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2026, setiap pembelian Xperia 1 VIII akan disertakan secara percuma dengan fon telinga Sony WF-1000XM6 bernilai RM1,599, serta sarung telefon bernilai RM185.



Spesifikasi Sony Xperia 1 VIII

Xperia 1 VIII menerima perubahan rekaan yang agak ketara. Susunan tiga kamera kini tidak lagi menegak seperti sebelum ini, manakala bahagian belakang pula menggunakan kemasan ORE yang diinspirasikan daripada batu permata mentah memberikan cengkaman yang lebih selesa dan tidak licin.

Telefon ini tersedia dalam empat pilihan warna: Graphite Black, Iolite Silver, Garnet Red dan Native Gold.

Di bahagian hadapan, Xperia 1 VIII masih mengekalkan panel yang sama seperti generasi sebelumnya, skrin OLED 6.5 inci bernisbah tinggi 19.5:9, resolusi FHD+, dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Skrin dilindungi Corning Gorilla Glass Victus 2, manakala bahagian belakang pula menggunakan Gorilla Glass Victus. Telefon ini turut mendapat penarafan kalis air dan debu IP65/IP68.

Walaupun tampil dengan beberapa perubahan rekaan, Sony masih mengekalkan beberapa ciri yang sinonim dengan telefon Xperia. Antaranya ialah butang shutter kamera fizikal, bicu audio 3.5mm dan slot kad microSDXC yang menyokong kapasiti sehingga 2TB.

Dari segi pengimejan, Xperia 1 VIII masih dilengkapi sistem tiga kamera belakang, namun kini kesemuanya menggunakan sensor 48MP. Ini merangkumi kamera utama Exmor T 1/1.35″ dengan lensa 24mm f/1.9, serta kamera ultralebar Exmor RS 1/1.56″ 16mm f/2.0.

Kamera telefoto pula dinaik taraf daripada 12MP sebelum ini, kini menggunakan sensor Exmor RS for mobile 1/1.56″, yang menurut Sony kira-kira empat kali lebih besar berbanding sensor telefoto pada Xperia 1 VII. Sensor yang lebih besar ini membolehkan kamera menangkap lebih banyak cahaya, menghasilkan gambar yang lebih jelas dan terperinci, terutamanya ketika merakam subjek jauh atau dalam keadaan kurang cahaya.

Ketiga-tiga kamera turut menggunakan pemprosesan RAW multi-frame bagi meningkatkan julat dinamik dan mengurangkan hingar, membantu mengekalkan lebih banyak butiran pada kawasan terang dan gelap dalam keadaan pencahayaan yang mencabar. Untuk swafoto pula, Xperia 1 VIII dilengkapi kamera hadapan 12MP dengan lensa 24mm f/2.0.

Satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan ialah AI Camera Assistant, dikuasakan oleh Xperia Intelligence. Apabila kamera dihalakan kepada sesuatu subjek, sistem AI ini akan mengenal pasti keadaan rakaman berdasarkan beberapa faktor seperti subjek dan cuaca, lalu mencadangkan tetapan bersesuaian seperti tona warna, kesan lensa dan kesan bokeh. Cadangan ini berasaskan Creative Look, dibangunkan menggunakan kepakaran pengimejan daripada kamera Sony Alpha.

Prestasi Xperia 1 VIII dikuasakan cip flagship terbaharu, Snapdragon 8 Elite Gen 5, dipadankan dengan 12GB RAM dan storan 256GB. Sony mendakwa cip baharu ini menawarkan peningkatan prestasi pemprosesan sehingga 20% berbanding generasi sebelumnya. Telefon ini menjalankan Android 16 dan Sony menjanjikan sehingga empat kemas kini OS serta enam tahun kemas kini keselamatan.

Kapasiti bateri masih kekal sama pada 5,000mAh, yang dikatakan mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan. Ia menyokong pengecasan 30W secara berwayar dan 15W secara tanpa wayar.

Selain jek audio 3.5mm, Xperia 1 VIII turut dilengkapi speaker stereo Full-Stage, kini menggunakan unit pembesar suara kiri dan kanan yang sama, didakwa mampu menghasilkan bass lebih dalam, frekuensi tinggi lebih luas, serta pentas bunyi yang lebih lebar dan mendalam.

Dari segi sambungan, Xperia 1 VIII menyokong 5G SA/NSA, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0 dengan LE Audio, NFC, serta USB 3.2 Type-C.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Sony Xperia 1 VIII.

Tags: SonySony MalaysiaSony Xperia 1 VIIIXperia 1 VIII
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN