Kalau anda pelajar di universiti, ada berita baik. Google kini menawarkan Google AI Plus secara percuma selama 12 bulan kepada pelajar universiti yang layak di lebih 140 negara, termasuk Malaysia.
Tawaran ini diperkenalkan sempena musim kembali ke sekolah, dengan Google mahu membantu pelajar menggunakan AI untuk memahami topik yang lebih kompleks, mengurus tugasan dan belajar dengan lebih berkesan. Ia juga selari dengan panggilan kerajaan untuk memperluas akses perisian berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta memperkasakan kemahiran digital dalam kalangan anak muda.
Promosi ini tersedia sehingga 31 Disember 2026. Pelajar boleh menyemak kelayakan dan mendaftar menerusi halaman tawaran rasmi Google.
Apa yang anda dapat dengan Google AI Plus percuma?

Menerusi tawaran percuma ini, pelajar mendapat akses kepada Gemini Omni, yang membolehkan mereka berinteraksi dengan AI menggunakan pelbagai jenis input, termasuk video.
Ia juga menawarkan had penggunaan Gemini yang lebih tinggi, sesuai untuk digunakan ketika tempoh peperiksaan atau apabila perlu menyiapkan banyak tugasan. Selain itu, pelajar mendapat storan 400GBuntuk menyimpan dan membuat sandaran fail akademik. Selain itu, langganan ini turut menyediakan storan 400GB untuk penyimpanan fail akademik.
Diskaun khas pelan AI dan YouTube Premium
Selain tawaran percuma selama 12 bulan, Google turut menyediakan pelan Google AI Plus pada harga RM23.99 sebulan untuk pelajar, berbanding harga biasa RM97.99. Pelan berbayar ini memberikan had penggunaan Gemini empat kali lebih tinggi, akses kepada lebih banyak ciri AI dalam Google Search serta integrasi Gemini ke dalam aplikasi seperti Gmail dan Google Docs.

Ia turut menyediakan storan 5TB dan akses kepada YouTube Premium Lite.
Bagi pelajar yang mahukan YouTube Premium pula, Google menawarkan Google AI Pro bersama YouTube Premium pada RM33.49 sebulan, berbanding harga biasa RM118.89.
Google tambah ciri AI untuk bantu belajar
Selain tawaran langganan, Google turut memperkenalkan beberapa ciri pembeljaran baharu merentasi Gemini dan Search untuk membantu pelajar membuat persediaan akademik dengan lebih efisien.
Antaranya adalah Study Notebooks, yang boleh menukarkan kuiz diagnostik kepada pelan pembelajaran yang mudah difahami. Google juga menyediakan visualisasi 3D interaktif untuk membantu pelajar memahami topik yang lebih kompleks.

Sementara itu, Gemini Live boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami sesuatu topik serta membuat persediaan bagi peperiksaan lisan atau temu duga.
Untuk pembelajaran secara aktif, Practice Quizzes membolehkan pelajar berlatih menjawab soalan, manakala fungsi Check My Work dalam Google Lens membimbing pengguna menyelesaikan masalah secara langkah demi langkah. Pendekatan ini membolehkan pelajar memahami proses mendapatkan jawapan, bukannya sekadar terus menerima jawapan akhir.

Google turut membawa ciri Guided Learning dan Study Notebooks ke Google Classroom. Ini memberikan guru lebih banyak cara untuk membantu pelajar belajar dan melihat perkembangan mereka.
Bagi pelajar universiti di Malaysia, anda boleh menyemak kelayakan dan mendapatkan tawaran Google AI Plus percuma selama 12 bulan menerusi halaman rasmi Google. Tawaran ini berlangsung sehingga 31 Disember 2026.






