• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:48 am
  • 22/08/2026
  • Komen
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya makin banyak pengeluar telefon pintar berlumba-lumba mahu melancarkan peranti yang memfokuskan bateri besar. Selepas Xiaomi mengumumkan siri Redmi Note 17, kini Vivo pula mengesahkan kehadiran telefon kelas pertengahan Vivo V80 Lite 5G di pasaran Malaysia.

Tarikan utama telefon ini ialah bateri 10,000mAh, dengan Vivo mendakwa kapasiti sebesar ini dapat mengurangkan kebergantungan pengguna kepada power bank ketika berada di luar untuk bekerja, melancong atau menjalani aktiviti seharian.



Majlis pelancaran rasmi Vivo V80 Llite 5G akan berlangsung pada di Malaysia 3 September 2026 jam 7 malam waktu Malaysia.

Bateri BlueVolt 10,000mAh, terbesar setakat ini untuk vivo

Perkara utama yang diketengahkan pada vivo V80 Lite 5G ialah baterinya. Ia menggunakan bateri BlueVolt 10,000mAh, yang menurut Vivo merupakan bateri berkapasiti paling besar pernah digunakan pada telefon pintar mereka setakat ini.



Bateri ini menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat serta Magic Cube Battery Packaging. Walaupun hadir dengan kapasiti yang besar, vivo mendakwa telefon ini masih mengekalkan reka bentuk yang nipis dan selesa untuk dipegang. Telefon ini turut menyokong pengecasan terbalik, membolehkan pengguna berkongsi kuasa bateri dengan peranti lain apabila diperlukan.

Satu lagi aspek yang ditekankan pada Vivo V80 lite 5G ini adalah keupayaan penggunaan dalam cuaca panas. Menurut Vivo, telefon ini mampu memberikan kuasa yang stabil pada suhu sehingga 45°C. Untuk membantu mengawal haba, telefon ini turut dilengkapi Sistem Penyejukan 3.8K Ultra Large VC. Selain itu, terdapat juga ciri Battery Life Extender, yang direka untuk memastikan fungsi-fungsi penting masih boleh digunakan walaupun tahap bateri sudah rendah.

Untuk paparan, Vivo V80 Lite 5G dilengkapi panel OLED 6.83″ beresolusi 1.5K dengan bucu bulat dan bezel ultra nipis. Telefon ini bakal ditawarkan dalam tiga pilihan warna Afterglow Pink, Emerald Green, dan Dawn Black.

Tempahan Vivo V80 Lite 5G awal dibuka

Vivo V70 FE

Buat masa ini, maklumat seperti harga, cip pemproses dan kamera masih belum didedahkan Vivo Malaysia. Namun, Vivo telah membuka tempahan awal deposit sebanyak RM5, dan menawarkan pelbagai baucar, serta peluang untuk memenangi sebuah unit Vivo V80 Lite berkonfigurasi 6GB+128GB.

Sekiranya dilancar kelak, Vivo V80 Lite pastinya menjadi pesaing dekat untuk siri Redmi Note 17 yang turut tampil dengan bateri berkapasiti 10,000mAh.

Tags: vivovivo MalaysiaVivo V80 Lite 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN