• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco X8 rasmi di Malaysia dengan bateri 8,340mAh dan Snapdragon 6s Gen 4

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:49 pm
  • 02/09/2026
  • Komen
Poco X8 rasmi di Malaysia dengan bateri 8,340mAh dan Snapdragon 6s Gen 4
Share on FacebookShare on Twitter

Selain melancarkan Poco F9 Pro dan F9 Ultra, Poco turut memperkenalkan model baharu Poco X8 di Malaysia.

Ia merupakan tawaran telefon kelas pertengahan terkini jenama ini, sekali gus menjadi ahli terbaru dalam barisan siri X8 susulan Poco X8 Pro dan Pro Max yang telah dilancarkan awal tahun ini.



Antara penambahbaikan ketara pada Poco X8 termasuklah skrin AMOLED 1.5K yang lebih besar iaitu 6.83 inci, tahap ketahanan yang lebih baik sehingga IP69K, serta peralihan kepada cip Qualcomm Snapdragon berbanding Dimensity 7300-Ultra pada model sebelum ini.

Harga dan ketersediaan Poco X8 di Malaysia

Poco X8 kini dijual secara rasmi di Malaysia dengan harga seperti berikut:



  • Poco X8 8GB + 256GB – RM1,499
  • Poco X8 12GB + 256GB – RM1,699

Seperti biasa, terdapat promosi jualan awal yang membolehkan anda mendapatkannya dengan harga lebih murah. Berikut harga promo Poco X8 bermula 9 September:

  • Poco X8 8GB + 256GB – RM1,299
  • Poco X8 12GB + 256GB – RM1,499

Poco X8 ditawarkan dalam warna Putih, Hitam dan Oren, dan boleh didapati melalui mi.com serta kedai rasmi Poco di Shopee dan Lazada.

Spesifikasi Poco X8

Di bahagian hadapan, Poco X8 mendapat skrin AMOLED berukuran 6.83″ yang mempunyai resolusi 2772×1280 piksel berserta kadar penyegaran 120Hz. Panel ini turut menyokong kecerahan puncak 3,500 nits, kedalaman warna 12-bit, gamut warna luas DCI-P3, DC dimming serta 3,840Hz PWM dimming. Terdapat juga kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 melapisi panel tersebut sebagai pelindung.

Atas papan utama, Poco X8 dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 6s Gen 4 4nm. Peranti ini juga ditawarkan dengan RAM LPDDR4X 8GB atau 12GB, dengan kedua-dua varian dilengkapi storan UFS 3.1 bersaiz 256GB.

Dari segi kamera, Poco X8 dilengkapi kamera utama 50MP f/1.8 dengan OIS, disertai kamera kedalaman 2MP f/2.4. Di bahagian hadapan pula terdapat kamera selfie 16MP.

Satu lagi kelebihan utama ialah ketahanannya. Poco X8 memiliki tahap ketahanan debu dan air IP66, IP68, IP69 serta IP69K, di samping peranti didakwa mempunyai ketahanan jatuh setinggi tiga meter berdasarkan ujian yang disahkan SGS. Selain itu, terdapat Underwater Mode baharu yang membolehkan Poco X8 digunakan untuk mengambil gambar dalam air pada kedalaman maksimum dua meter sehingga 30 minit.

Menguasakan Poco X8 ialah bateri silikon-karbon gergasi 8,340mAh dengan kandungan silikon 13%. Poco mendakwa X8 mampu bertahan lebih dua hari dalam sekali cas berdasarkan ujian dalaman syarikat. Ia turut mendakwa bateri ini boleh mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti asal selepas 1,600 kitaran cas penuh, anggaran bersamaan kira-kira enam tahun penggunaan biasa.

Dari segi pengecasan, Poco X8 menyokong 67W HyperCharge melalui USB-C. Ia juga menawarkan pengecasan terbalik berwayar sehingga 22.5W, membolehkan bateri gergasinya turut berfungsi sebagai power bank untuk peranti lain.

Ciri perkakasan lain pada telefon termasuk speaker stereo dengan sokongan Dolby Atmos, NFC dan pengesan cap jari dalam skrin. Telefon ini menjalankan Xiaomi HyperOS 3 dan turut dilengkapi Xiaomi HyperIsland, Google Gemini serta Circle to Search with Google.

Walaupun membawa bateri besar, Poco X8 kekal nipis 8.6mm dan seberat 223g.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Poco X8.

Tags: PocoPoco Malaysiaxiaomi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Poco X8 rasmi di Malaysia dengan bateri 8,340mAh dan Snapdragon 6s Gen 4

Poco X8 rasmi di Malaysia dengan bateri 8,340mAh dan Snapdragon 6s Gen 4

2 September 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN