• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

  • OLEH Mas Idayu
  • 2:37 pm
  • 03/09/2026
  • Komen
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!
Share on FacebookShare on Twitter

Ada siapa-siapa nak balik Ipoh hujung minggu ini?

Berita baik untuk anda yang merancang percutian atau mungkin nak balik kampung halaman di Ipoh, anda kini boleh membeli tiket ETS dengan menaiki EMUPlus bermula dari 4 hingga 6 September! Kini tren EMUPlus berada di hentian baharu di stesen Bandar Tasik Selatan dan tiket perjalanan boleh di beli melalui kios tiket ETS, aplikasi KITS atau melalui pembelian terus di laman sesawang KTMB.



Untuk yang nak ke Ipoh anda boleh transit ke stesen Bandar Tasik Selatan melalui laluan tren LRT Sri Petaling, KLIA Transit atau Terminal Bersepadu Selatan sebelum meneruskan perjalanan bersama EMUPlus.

Semak jadual perjalanan ETS EMUPlus

Sempena cuti sekolah yang berjalan bakal berakhir pada 6 September ini, KTMB menawarkan perjalanan ke Ipoh selama tiga hari dengan menaiki EMUPlus menerusi dua laluan tren perjalanan yang ditetapkan iaitu dari stesen Bandar Tasik Selatan ke Ipoh dan dari stesen Ipoh ke Klang. Berikut perincian jadual perjalanan EMUPlus yang boleh anda semak:



Tren EMUPlus dari stesen Bandar Tasik Selatan ke Ipoh

  • Tarikh perjalanan : 4 dan 6 September 2026
  • Nombor tren : EMUPlus 2514
  • Waktu berlepas : 1.40 petang

Tren EMUPlus dari stesen Ipoh ke Klang

  • Tarikh perjalanan : 4 dan 6 September
  • Nombor tren : EMUPlus 2509
  • Waktu berlepas : 6.15 petang

Tren EMUPlus dari stesen Klang ke Ipoh

  • Tarikh perjalanan : 5 dan 6 September 2026
  • Nombor tren : EMUPlus 2508
  • Waktu berlepas : 7.45 pagi

Tren EMUPlus dari stesen Ipoh ke Bandar Tasik Selatan

  • Tarikh perjalanan : 5 dan 6 September
  • Nombor tren : EMUPlus 2513
  • Waktu berlepas : 1.00 petang

8 perkara penting perlu tahu

Untuk makluman perkhidmatan tren EMUPlus merupakan tambahan tren ETS yang menggunakan konsep tempat duduk bebas (free seating) dan ianya terhad untuk 306 tempat duduk untuk setiap perjalanan. Disamping itu, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum menaiki EMUPlus dan ini perinciannya:

Apa yang perlu anda tahu tentang tren EMUPlus ini adalah:

  • Kaedah pembelian sama seperti perkhidmatan tren ETS
  • Koc wanita tidak berkuat kuasa bagi perkhidmatan ini
  • Basikal tidak dibenarkan untuk perkhidmatan ini
  • Tempat duduk hanya untuk penumpang sahaja dan bagasi tidak dibenarkan diletak di atas tempat duduk
  • Tempat duduk tidak boleh dilaraskan
  • Tiada tandas dalam tren namun tren akan berhenti stesen Slim River untuk toilet break
  • Hanya makanan ringan akan dijual di dalam tren
  • Soket kuasa terhad, penumpang disarankan membawa power bank bagi memudahkan perjalanan

Jangan lupa semak tarikh perjalanan yang dinyatakan KTMB dan beli tiket sebelum habis. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang KTMB.

Tags: EMUPlusKTMB
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN