• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wiko View 3 Pro Miliki Binaan Premium Seakan iPhone

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:57 am
  • 26/02/2019
  • Komen
Wiko View 3 Pro Miliki Binaan Premium Seakan iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Wiko hari ini mengemas kini siri Wiko View mereka dengan dua buah telefon, View3 Pro dan View3 di MWC 2019. Binaan kedua-dua telefon ini memang premium jika dibandingkan dengan generasi yang terdahulu. Lebih menarik, rekaannya seperti sebuah iPhone XS dan warna pun lebih kurang sama.

Wiko View3 Pro

Ini adalah telefon dengan spesifikasi tertinggi berbanding View3. Pada bahagian muka, ada paparan sebesar 6.3″ dengan resolusi HD Penuh.



Wiko View3 Pro (depan)

Ia diberikan CPU Helios P60 dengan RAM sehingga 6GB bersama-sama storan sehingga 128GB, paling tinggi dalam mana-mana produk Wiko setakat ini. Juga yang pertama dalam penawaran Wiko adalah kehadiran trikamera belakang dengan spesifikasi seperti berikut:



  • 12MP
  • 13MP (lebar)
  • 5MP (simulasi bokeh)

Kamera selfie telefon ini ada sensor 16MP.

Wiko View3 Pro (belakang)

Lagi berita baik daripada kem Wiko. Telefon ini ada bateri yang besar, sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas melalui port mikro-USB di bawahnya.

Wiko View3

Telefon miliki rupa fizikal yang sama seperti seperti View3 dan perbezaan antara keduanya adalah daripada segi spesifikasi teknikal.

Kedua-dua Wiko View3 Pro dan View 3 ada tiga kamera belakang

Yang pertama adalah paparan View3 sedikit lebih kecil, 6.26″ HD Penuh. Pada papan utama, ia dikuasakan CPU Helio P22 dengan RAM 3GB serta storan 64GB. Ia tetap hadir dengan trikamera belakang dengan spesifikasi berikut:

  • 12MP
  • 13MP (lebar)
  • 2MP (simulasi bokeh)

Kamera selfie telefon ini adalah 8MP.

Notch berbentuk bulat yang kecil 

Kapasiti bateri yang dimilikinya adalah sama seperti saudara besarnya. Jadi ia ada tenaga 4,000mAh dan masih ada teknologi pengecasan pantas untuk mengisisnya.

Harga

Tiada maklumat tentang kehadiran telefon ini di Malaysia. Tapi harganya di Eropah adalah seperti berikut:

  • Wiko View3 – RAM 3GB + storan 64GB – EUR 179 (RM 827)
  • Wiko View3 Pro – RAM 4GB + storan 64GB – EUR 249 (RM 1,150)
  • Wiko VIew3 Pro – RAM 6GB + storan 128GB – EUR 299 (RM 1,381)
Tags: WikoWiko Viewwiko view3wiko view3 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Wiko View 3 Pro Miliki Binaan Premium Seakan iPhone

Wiko View 3 Pro Miliki Binaan Premium Seakan iPhone

26 February 2019
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN