• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

  • OLEH Mas Idayu
  • 7:16 pm
  • 30/09/2026
  • Komen
5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!
Share on FacebookShare on Twitter

Ekoran asap jerebu merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan di negara jiran, Malaysia berdepan dengan kualiti udara yang sangat teruk daripada hari ke hari. Dimana meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada golongan kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan individu yang mempunyai masalah pernafasan serta penyakit kulit sensitif.

Tapi jangan risau anda masih boleh lindungi diri dan keluarga dengan penggunaan penulen udara yang terdapat di pasaran tempatan, apatah lagi teknologi yang diguna pakai mampu menapis zarah halus berbahaya yang berada di udara.



Bila sebut pasal penulen udara pasti di kepala dah terbayang harga yang mahal bukan? Kali ini kami bawakan 5 terbaik penulen udara berteknologi tinggi dengan harga bawah RM400 untuk anda.

Xiaomi smart air purifier 4 compact

Sumber Xiaomi

Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact yang direka khusus untuk bilik bersaiz kecil hingga sederhana seperti bilik tidur, bilik anak, atau bilik kerja.



Saiz dia comel sangat, berat cuma 2.2 kg je. Boleh letak atas meja atau rak. Walaupun kecil, penapis 3 dalam 1 dia boleh tapis 99.97% habuk halus, bulu haiwan, dan asap! Ia juga ada CADR atau kadar penghantaran udara bersih yang tinggi sehingga 230 meter padu udara bersih dalam masa 1 jam.

Bukan itu saja, penulen udara ini juga siap ada sensor dengan lampu 4 warna untuk tunjuk kualiti udara secara real-time. Masa tidur pula, bila tekan mod tidur bunyi dia tersangat senyap serendah 20 dB je! 

Jom semak spesifikasi penulen udara ini dengan lebih terperinci:

  • Saiz ringkas dan fleksibel: Rekabentuk fizikalnya kecil dan ringan 2.2 kg, memudahkan ia diletakkan di atas meja, rak, atau terus di atas lantai tanpa mengambil ruang yang besar.
  • Penapisan efisien (penapis 3 dalam 1): Menapis sehingga 99.97% partikel sekecil 0.3 mikron, termasuk habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan, serta asap.
  • Sangat senyap: Menggunakan motor brushless DC yang beroperasi pada tahap kebisingan serendah 20 dB sahaja pada mod tidur, sesuai untuk diletakkan di sebelah katil tanpa mengganggu waktu tidur.
  • Sokongan pintar (kawalan pintar): Boleh dikawal dari jarak jauh menggunakan aplikasi Mi Home, Xiaomi Home serta menyokong kawalan suara via Google Assistant dan Amazon Alexa.
  • Pengesan kualiti udara masa sebenar: Dilengkapi sensor partikel dengan lampu indikator 4 warna pada paparan untuk menunjukkan tahap kebersihan udara secara langsung.
  • Penjimatan tenaga: Penggunaan kuasa maksimum hanya 27W, menjadikannya sangat jimat elektrik walaupun dipasang 24 jam sehari.

Bagi yang ingin mendapatkan penulen udara ini ia dijual pada harga sekitar RM372 di kedai dalam talian Shopee.

Gaabor air purifier AP-T01A

Sumber Gaabor

Jika anda sedang mencari penulen udara yang mampu milik, tidak memakan ruang, dan berkesan, Gaabor air purifier AP-T01A adalah antara pilihan yang kerap menjadi sebutan. Mari kita lihat apa yang membuatkan model ini berbaloi untuk dimiliki.

Reka bentuk dia memang moden dan minimalis. Memang cantik dan mudah digandingkan dengan apa-apa dekorasi bilik. Walaupun bersaiz comel, ia guna penapis (HEPA H13) 3 lapisan yang boleh tapis 99.97% habuk halus, bulu haiwan, dan bau busuk.

Sedutan 360 darjah dia pulak tarik udara kotor dari pelbagai arah secara serentak!  Ia juga ada CADR atau kadar penghantaran udara bersih yang tinggi sehingga 120 meter padu udara bersih dalam masa 1 jam.

Jom semak spesifikasi penulen udara ini dengan lebih terperinci:

  • Penapisan HEPA H13 (bersih 99.97%): Ia menggunakan penapis komposit 3 lapisan yang berkuasa menangkap habuk halus, debunga, bulu haiwan peliharaan, serta bau kurang menyenangkan.
  • Sedutan 360 darjah: Reka bentuk bulatan membolehkan ia menyedut udara kotor dari pelbagai arah secara serentak, menjadikan proses pembersihan lebih pantas.
  • Sangat senyap bila malam: Mod tidur memastikan operasi berjalan dengan paras bunyi yang sangat rendah, jadi tidur malam anda langsung tidak terganggu.
  • Pemasa automatik: Boleh ditetapkan untuk padam sendiri sehingga 9 jam sangat berguna untuk jimat tenaga elektrik.
  • Reka bentuk moden dan ringkas: Saiznya yang comel dan estetik mudah diletakkan di mana-mana sudut bilik tanpa mencacatkan dekorasi.

Bagi yang ingin mendapatkan penulen udara ini ia dijual pada harga sekitar RM124 di kedai dalam talian Shopee.

Perrysmith air purifier aurora series H10

Sumber Perrysmith

Penulen udara Perrysmith siri ini sangat sesuai untuk bilik tidur, bilik kerja, atau bilik sewa kecil. Jika anda mahukan udara lebih bersih tanpa belanja besar atau penggunaan tenaga elektrik yang tinggi, model ini pilihan yang sangat praktikal.

Berat cuma 1.2 kg je sangat ringan dan comel! Walaupun kecil, penapis Anti-H13 HEPA berkuasa tapis 99.7% habuk halus, kuman, bulu haiwan, dan asap jerebu. Ia juga ada CADR atau kadar penghantaran udara bersih yang tinggi sehingga 95.5 meter padu udara bersih dalam masa 1 jam.

Paling best, kuasa elektrik dia cuma 15W je sama macam guna mentol LED kecil. Boleh biarkan terpasang 24 jam tanpa risau bil elektrik melambung!

Jom semak spesifikasi penulen udara ini dengan lebih terperinci: 

  • Sistem penapisan 4 lapisan (Anti-H13 HEPA): Mampu menapis sehingga 99.7% zarah sekecil 0.3 mikron seperti habuk halus, debunga, bulu haiwan peliharaan, asap jerebu, dan bakteria di udara.
  • Operasi senyap dan mod tidur: Mod tidur mematikan lampu LED serta mematikan bunyi penulen supaya tidak mengganggu tidur anda di malam hari.
  • Kunci keselamatan kanak-kanak: Mengelakkan tetapan diubah secara tidak sengaja oleh kanak-kanak atau haiwan peliharaan
  • Reka bentuk kompak dan ringan: Dengan berat hanya 1.2 kg, ia sangat mudah dialihkan dari satu bilik ke bilik lain atau diletakkan di atas meja kerja/kabinet tanpa memakan ruang yang besar.
  • Sangat jimat tenaga: Hanya menggunakan kuantiti tenaga yang sangat rendah 15W sahaja, jadi anda tidak perlu bimbang tentang bil elektrik walaupun ia dipasang sepanjang hari.

Bagi yang ingin mendapatkan penulen udara ini ia dijual pada harga sekitar RM168 di kedai dalam talian Shopee.

Electrova air purifier iPure AirCare 900 series

Sumber Electrova

Electrova air purifier iPure AirCare 900 series ialah penulen udara bersaiz besar yang direka khusus untuk ruang yang lebih luas dengan prestasi penapisan gred tinggi.

Penulen udara ini memang direka khas untuk ruang besar, ia ada CADR atau kadar penghantaran udara bersih yang tinggi sehingga 468 meter padu udara bersih dalam masa 1 jam. Penapis HEPA H14 Gred Perubatan dia berkuasa menapis sehingga 99.995% habuk halus, hama, dan asap.

Ada penapis karbon teraktif dan zeolite untuk serap bau kurang menyenangkan dan gas berbahaya, plus fungsi Ionizer untuk neutralkan bakteria dan kuman dalam udara. Boleh kawal guna skrin sentuh atau aplikasi di telefon. Paling best, beli terus tak perlu pening kepala fikir nak sewa beli atau bayaran bulanan! 

Jom semak spesifikasi penulen udara ini dengan lebih terperinci: 

  • Penapisan gred perubatan H14: Menggunakan penapis HEPA H14 yang berkeupayaan menapis sehingga 99.995% zarah halus seperti habuk, hama, debunga, bulu haiwan, dan asap.
  • Kapasiti liputan luas: Mempunyai kadar penghantaran udara bersih (CADR) sehingga 468 m³/h, menjadikannya sangat sesuai untuk ruang tamu besar, pejabat, atau ruang terbuka.
  • Fungsi zeolite dan karbon aktif: Dilengkapi penapis karbon aktif dan zeolite untuk menyerap bau busuk, gas berbahaya, dan asap, serta fungsi Ionizer untuk meneutralkan bakteria/kuman dalam udara.
  • Kawalan pintar (App dan kawalan sentuh): Boleh disambungkan dan dikawal secara jarak jauh menerusi aplikasi telefon pintar serta skrin sentuh intuitif.

Bagi yang ingin mendapatkan penulen udara ini ia dijual pada harga sekitar RM222 di kedai dalam talian Shopee.

Hulmers home air purifier anti PM2.5

Sumber Hulmers

Penulen udara Hulmers home air purifier anti PM2.5 ialah pembersih udara mampu milik yang direka khas untuk menangani masalah jerebu, habuk halus, dan bau di rumah.

Walaupun mampu milik, ia ada penapisan multi-teras gabungan HEPA, karbon aktif, fotokatalis, dan ionizer. Boleh tapis 99% PM2.5, kuman, serta bau gas berbahaya untuk ruang luas sehingga 50 meter persegi. 

Ada sensor dwi-fungsi untuk kesan kualiti udara secara berterusan. Nak kawal pun mudah, boleh terus tengok skrin paparan LCD atau guna remote control dari jauh! Penggunaan kuasa pun rendah, sekitar 35W ke 40W sahaja. Operasi dia sangat senyap bawah 55dB, jadi memang selesa untuk pasang waktu tidur. 

Jom semak spesifikasi penulen udara ini dengan lebih terperinci: 

  • Sistem penapisan multi-teras: Menggabungkan Penapis HEPA, karbon aktif, fotokatalis serta fungsi ionizer. Gabungan ini berkesan menapis sehingga 99% zarah PM2.5, jerebu, asap, bakteria, dan menyerap bau atau gas berbahaya seperti formaldehid.
  • Keluasan liputan luas: Mampu membersihkan udara bagi ruang bersaiz sehingga 50 meter persegi sesuai untuk ruang tamu, bilik tidur utama, atau ruang pejabat.
  • Sensor pintar dwi-fungsi: Mengesan kualiti udara dan bahan pencemar di sekeliling secara berterusan.
  • Kemudahan pengoperasian: Dilengkapi skrin paparan LCD dan kawalan jauh.
  • Penjimatan tenaga dan senyap: Menggunakan kuasa elektrik yang rendah 35W ke 40W dan tahap bunyi yang minimum bawah 55dB untuk keselesaan waktu tidur.

Bagi yang ingin mendapatkan penulen udara ini ia dijual pada harga sekitar RM118 di kedai dalam talian Shopee.

Kalau anda ingin mencari penulen udara dengan harga yang mampu milik dan prestasi yang baik, anda boleh pertimbangkan senarai penulen udara di atas. Jadi macam mana, nak angkat penulen udara yang mana satu? Kongsikan pandangan anda diruangan komen kami.

Sumber: Xiaomi, Gaabor, Perrysmith, Electrova, Hulmers

Tags: 5 terbaikelectrovaGaaborhulmersjerebuPenapis Udarapenulen udaraPerrysmithxiaomi
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

5 Terbaik: Penulen udara bawah RM400, tapis jerebu berbahaya sekelip mata!

30 September 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN