Tengah mencari tablet baharu? Samsung Malaysia kini sedang menjalankan promosi 9.9 Syok Deals, yang menawarkan pelbagai diskaun dan rebat untuk peranti Galaxy terpilih.
Promosi ini berlangsung dari 6 hingga 9 September 2026, dengan rebat sehingga RM900 untuk tablet Galaxy terpilih, termasuk Galaxy Tab S11. Samsung turut menawarkan rebat RM400 untuk Galaxy Watch 8 Classic dan RM200 untuk Galaxy Buds 4.
Paling menarik, Galaxy Tab S10+ ditawarkan dengan diskaun sebanyak 30% menerusi tawaran khas yang hanya tersedia dalam beberapa sesi jualan kilat pada 8 dan 9 September.
Galaxy Tab S10+ diskaun 30%, hanya 10 unit setiap sesi

Diskaun paling menarik dalam promosi 9.9 Syok Deals kali ini adalah Galaxy Tab S10+ WiFi 128GB, yang ditawarkan dengan diskaun 30%. Harga biasa tablet ini RM4,699, tetapi semasa tiga sesi jualan kilat, tablet ini boleh dibeli pada harga RM3,289.30 sahaja, penjimatan sebanyak RM1,409.70.
Cuma, stok untuk jualan kilat ini sangat terhad. Menurut terma dan syarat rasmi Samsung, hanya 10 unit Galaxy Tab S10+ disediakan untuk setiap sesi. Dengan tiga sesi yang dijadualkan, jumlah keseluruhan yang ditawarkan pada harga ini adalah sehingga 30 unit sahaja sepanjang kempen.

Berikut jadual sesi jualan kilat untuk Galaxy Galaxy Tab S10+:
- 8 September 2026, 8 malam – 12 tengah malam
- 9 September 2026, 12 tengah hari – 2 petang
- 9 September 2026, 8 malam – 12 tengah malam
Tawaran ini hanya boleh didapati melalui Samsung Online Store dan aplikasi Samsung Shop. Ia diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan selagi stok masih ada.
Samsung turut menetapkan bahawa tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan promosi, baucar atau diskaun lain yang sedang berlangsung. Selepas pembayaran dibuat, pesanan juga tidak boleh dibatalkan dan pembeli tidak boleh menukar warna atau model peranti yang dipilih.
Rebat Sehingga RM900 untuk Tablet Galaxy Lain

Selain jualan kilat Galaxy Tab S10+, Samsung turut menawarkan rebat sehingga RM900 untuk beberapa model tablet Galaxy yang lain. Rebat terbesar adalah sebanyak RM900 untuk Galaxy Tab S11 Ultra, manakala Galaxy Tab S11 menerima rebat sehingga RM700.
Berikut senarai penuh rebat tablet yang ditawarkan:
- Galaxy Tab S11 Ultra 5G – Rebat RM900
- Galaxy Tab S11 Ultra WiFi – Rebat RM900
- Galaxy Tab S11 5G – Rebat RM700
- Galaxy Tab S11 WiFi – Rebat RM700
- Galaxy Tab S10 FE+ 5G – Rebat RM200
- Galaxy Tab S10 FE+ WiFi – Rebat RM200
- Galaxy Tab S10 FE – Rebat RM200
- Galaxy Tab S10 FE WiFi – Rebat RM200
- Galaxy Tab S10 Lite 5G 128GB – Rebat RM200
- Galaxy Tab S10 Lite WiFi 128GB – Rebat RM200
Sama seperti tawaran lain, unit promosi adalah terhad dan diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat, selagi stok masih ada.
Diskaun untuk Galaxy Watch8 Classic dan Galaxy Buds4

Bukan tablet sahaja, promosi 9.9 Syok Deals kali ini turut merangkumi beberapa peranti boleh pakai Galaxy.
Untuk Galaxy Watch8 Classic, kedua-dua versi LTE dan Bluetooth menerima rebat RM400. Sementara itu, Galaxy Buds4 pula ditawarkan dengan rebat RM200.
Berikut ialah tawaran untuk peranti boleh pakai:
- Galaxy Watch8 Classic LTE – Rebat RM400
- Galaxy Watch8 Classic Bluetooth – Rebat RM400
- Galaxy Buds4 – Rebat RM200
Semua tawaran adalah tertakluk kepada stok yang masih tersedia sepanjang tempoh promosi.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, anda boleh menyemak laman rasmi Samsung 9.9 Syok Deals serta Terma & Syarat rasmi untuk butiran penuh.






