Seorang pengguna platform beli-belah dalam talian, Shopee, hampir ditipu RM1499.17 selepas memesan sebuah televisyen yang disangkanya dijual pada harga promosi. Mujurlah sikap berhati-hati telah menyelamatkannya.
Shopee benarkan anda log masuk gunakan nombor telefon sahaja
Ceritanya bermula dengan satu iklan TV 65″. Harga yang ditawarkannya amatlah lumayan yang tentunya orang yang waras tak mahu terlepas peluang mendapatkannya. Jadi, si mangsa letaklah pesanan.
Tawaran yang amat lumayan
Keesokkan harinya, dia menerima teks Whatsapp daripada pihak penjual kononnya untuk mengesahkan pembelian. Dalam mesej itu, dia ada meminta nombor kod Shopee yang diterima si mangsa di SMS.
Kenapa si mangsa hampir tertipu?
Dihubungi pejual Shopee meminta nombor pengesahan
Yang pertama adalah sudah tentu penjual miliki maklumat nombor telefon mangsa untuk dihubungi. Tapi mengapa perlukan kod Shopee? Hal ini kerana, platform Shopee ada sediakan kemudahan untuk melog masuk menggunakan hanya nombor telefon.
Jika penipu berjaya memasuki akaun si mangsa, dia dengan mudahnya boleh melakukan pengesahan bagi pihak mangsa yang di dah terima TV yang dipesannya, walhal TV-nya tak wujud sama sekali.
Nombor verfikasi dihantar Shopee untuk tujuan log masuk
Akhirnya, Shopee sebagai orang tengah akan melepaskan wang pembelian mangsa kepada pemangsa. Licik bukan? Jadi, anda perlu tingkatkan tahap waspada anda terhadap taktik penipuan yang semakin bijak dari hari ke hari. Contohnya terang-terangan dalam SMS itu, anda diberitahu untuk tidak berkongsi nombor pengesahan walau apa keadaan sekalipun.
[Sumber: Faiz Zarizi di Facebook]