• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pandu kereta tak jaga jarak, denda RM1,000 dikenakan pada pembuli jalan raya!

  • OLEH Mas Idayu
  • 4:16 pm
  • 28/09/2026
  • Komen
Pandu kereta tak jaga jarak, denda RM1,000 dikenakan pada pembuli jalan raya!

Sumber laman X PROLINTAS

Share on FacebookShare on Twitter

Isu kenderaan mengekori terlalu rapat, sering berlaku di jalan raya sehingga berlaku tragedi nahas angkara perbuatan seperti itu. Namun malangnya masih ada segelintir pemandu tidak bertanggungjawab yang memilih untuk memandu dengan cara tidak cermat sebegini.

Menjengah ke laman X, hantaran dari PROLINTAS memberi peringatan kepada orang awam khususnya pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah dan tidak mengekori rapat kenderaan sehingga menyebabkan rasa ketidakselesaan pengguna lebuhraya yang lain.



Denda RM1,000 atau penjara 3 bulan

Menerusi hantaran berkenaan, mana-mana pengguna lebuhraya yang memandu di belakang kenderaan hadapan mereka, dengan jarak yang rapat sehingga menimbulkan rasa tidak selamat atau tidak selesa boleh dikenakan denda sebanyak RM1000 atau dipenjara maksimum selama tiga bulan.

Sikap pemanduan sebegini ditafsirkan sebagai pembuli jalan raya dan ia boleh membahayakan keselamatan pengguna lain.



“Sikap pemandu yang sengaja mengekor rapat di belakang kenderaan menyebabkan ketidakselesaaan pengguna lebuh raya lain. Pembuli sebegini boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum tiga bulan!” tulis hantaran PROLINTAS LKSA

Sikap pemandu yang sengaja mengekor rapat di belakang kenderaan menyebabkan ketidakselesaaan pengguna lebuh raya lain. Pembuli sebegini boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum tiga bulan! #InfoTrafikLKSA #PROLINTASprihatin #PROLINTASHighways pic.twitter.com/YGn12wuaBw

— PROLINTAS LKSA (@LKSAtrafik) September 28, 2026

Ambil sambil lewa, nyawa jadi taruhan

Telah terlalu banyak nasihat serta pesanan memandu secara berhemah dan cermat disebarkan di media sosial hatta ke platform penstriman, namun masih ada yang mengambil sambil lewa terhadap info dan maklumat yang dikongsikan. Banyak kesan buruk yang boleh berlaku jika pengguna lebuhraya tidak menjaga jarak semasa memandu, antaranya:

  • Berisiko berlaku pelanggaran jika kenderaan di depan membrek secara mendadak atau mengejut.
  • Membuatkan pemandu di depan berasa tertekan apabila melihat jarak kenderaan di belakang mengekori dengan terlalu rapat, sehingga membahayakan keselamatan pemandu lain.
  • Akibat mengekori kenderaan hadapan terlalu rapat juga boleh menyebabkan anda tidak dapat berhenti tepat pada waktunya dan berisiko berlakunya nahas jalanraya.

Jarak 2 saat dan 4 saat penyelamat nyawa

Untuk menjaga jarak dengan selamat, tips daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) boleh dijadikan panduan untuk pengguna. Penting untuk menjaga jarak antara kenderaan bagi mengelakkan pelanggaran dan juga memberi masa yang cukup untuk reaksi menyelamatkan nyawa.

Sumber Metrodriving contoh jarak mengekor yang selamat dan tidak selamat

Peraturan 2 saat

  • Peraturan 2 saat bagus dipraktikkan ketika cuaca baik dan jalan kering.
  • Untuk peraturan 2 saat ini anda perlu perhatikan apabila kenderaan di hadapan anda, sama ada ia melintasi sesuatu penanda seperti papan tanda, pokok atau tiang lampu.
  • Kemudian, apabila pemandu hadapan telah melintasi penanda tersebut anda mula mengira “satu ribu satu, satu ribu dua.”
  • Jika anda pula melintasi penanda tersebut dan sebelum anda habis mengira dua saat, kenderaan anda telah berada dekat di belakang kenderaan hadapan tadi. Dan itu bermakna kenderaan anda terlalu dekat.
  • Tetapi jika kenderaan anda pandu tiba sebelum penanda tadi maka jarak mengekori dianggap selamat.
Sumber Metrodriving contoh jarak mengekor dalam peraturan empat saat

Peraturan 4 saat

  • Peraturan 4 saat ini sesuai dipraktikkan semasa cuaca buruk, jalan licin, hujan lebat, berkabus atau pandangan mata anda terhad.
  • Selain itu, jika anda memandu di belakang lori treler atau mana-mana kenderaan berat pentingnya untuk anda menjaga jarak 4 saat ini
  • Tambahan lagi, jika memandu dalam keadaan cuaca buruk anda perlu menambah jarak untuk brek. Ini kerana brek memerlukan masa yang lebih lama untuk berhenti dalam cuaca sebegitu.

Amalkan pemanduan yang selamat untuk diri dan orang sekeliling juga. Apa pandangan anda tentang isu ini kongsikan komen anda bersama kami!

Sumber: X PROLINTAS, Facebook JPJ, Metrodriving

Tags: memandu cermatpemandu berhemahPembuli jalan rayapengguna lebuhrayaperaturan 2 saatperaturan 4 saat
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Pandu kereta tak jaga jarak, denda RM1,000 dikenakan pada pembuli jalan raya!

Pandu kereta tak jaga jarak, denda RM1,000 dikenakan pada pembuli jalan raya!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN