• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Suunto Run 2, guna sistem GNSS dwijalur & sensor denyutan jantung baharu, dari RM1,549

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:47 pm
  • 30/09/2026
  • Komen
Suunto Run 2, guna sistem GNSS dwijalur & sensor denyutan jantung baharu, dari RM1,549
Share on FacebookShare on Twitter

Suunto secara rasminya melancarkan jam tangan larian generasi terbaharu mereka, iaitu Suunto Run 2. Dibina khas untuk peminat larian jalan raya dan mereka yang sedang berlatih untuk acara maraton, jam pintar ini membawakan beberapa peningkatan penting berbanding model generasi pertama yang dilancarkan Jun tahun lalu.

Peningkatan tersebut merangkumi binaan yang lebih ringan, skrin yang jauh lebih cerah, hayat bateri lebih panjang, serta sistem sensor denyutan jantung baharu yang lebih tepat.



Bersama-sama pelancaran ini, Suunto turut memperkenalkan Suunto Smart Heart Rate Belt 2, sebuah tali dada pemantau denyutan jantung yang direka untuk pelari dan atlet yang mahukan data latihan yang lebih mendalam dan tepat.

Harga dan ketersediaan Suunto Run 2

Suunto Run 2 akan mula dijual di Malaysia pada 1 Oktober 2026 melalui kedai rasmi dan pengedar sah.



Berikut ialah harga yang diumumkan:

  • Suunto Run 2 4GB – RM1,549
  • Suunto Run 2 64GB – RM1,699

Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan hijau.

Selain itu, Suunto Smart Heart Rate Belt 2 turut akan dijual di Malaysia mulai 1 Oktober 2026 pada harga RM599.

Spesifikasi Suunto Run 2

Walaupun rekaan Suunto Run 2 masih kekal sama seperti generasi terdahulu, ia kini tampil lebih ringan dengan berat hanya 35 gram dan ketebalan 11.7 mm. Ini menjadikannya selesa untuk dipakai sepanjang hari sama ada ketika berlatih, bekerja, mahupun semasa tidur untuk pemantauan pemulihan badan.

Meskipun ringan, binaannya kekal tahan lasak dengan bezel keluli tahan karat, kaca Gorilla Glass, serta rintangan air 5 ATM.

Di bahagian paparan, ia masih menggunakan skrin LTPS AMOLED berukuran 1.32 inci, namun tahap kecerahan puncaknya kini ditingkatkan sehingga 2,000 nits. Ini adalah tiga kali lebih cerah berbanding model terdahulu (600 nits), sekali gus memudahkan anda membaca data larian secara jelas di bawah sinar matahari terik.

Kapasiti bateri Suunto Run 2 turut menerima peningkatan, dengan ia kini 29% lebih besar menawarkan sehingga 10 hari untuk penggunaan harian berserta latihan, atau sehingga 24 jam apabila GPS diaktifkan secara berterusan, di mana 4 jam lebih panjang berbanding generasi sebelum ini.

Untuk penjejakan laluan yang lebih tepat, Suunto Run 2 turut menggunakan GNSS dwi-jalur generasi baharu yang boleh menjejak isyarat L1 dan L5, dengan sokongan untuk lima sistem satelit utama iaitu GPS, GLONASS, Galileo, BeiDou dan QZSS.

Dari segi sensor, Suunto Run 2 dibekalkan dengan sensor denyutan jantung 12-saluran baharu yang direka semula di sebalik kaca melengkung 2.5D untuk pemantauan kadar degupan jantung 24 jam yang lebih tepat. Ia turut menyokong pemantauan kualiti tidur serta paras oksigen dalam darah (SpO2), di samping dilengkapkan dengan sensor barometer, akselerometer, dan kompas.

Jam pintar ini turut menyokong penjejakan sehingga 32 aktiviti sukan termasuk berlari, berenang, dan berbasikal bersama beberapa ciri larian masa nyata baharu, termasuk:

  • EnergySense: Memaparkan baki tahap tenaga anda untuk membantu menguruskan daya larian sebelum kehabisan tenaga.
  • Ramalan Penamat Langsung (Live Finish Prediction): Menganggarkan masa penamat anda berdasarkan kelajuan larian semasa.
  • Pelan Latihan (Training Plan): Membantu menyusun dan mencadangkan sesi latihan harian mengikut sasaran peribadi.
  • Zon Latihan (Training Zone): Menggabungkan data beban latihan, HRV, pemantauan tidur, dan pemulihan dalam satu paparan ringkas.
  • Mod Maraton & pelari Maya Ghost Runner: Mod Maraton kini dilengkapi fungsi Pelari Maya, membantu anda mengekalkan pace sasaran sehingga ke garisan penamat.

Selain itu, model baharu ini turut menyokong peta luar talian (offline maps) untuk memudahkan navigasi laluan terus dari pergelangan tangan. Storan dalamannya kini ditawarkan sehingga 64GB, membolehkan anda menyimpan fail muzik dan dengarnya terus menerusi jam tanpa perlu membawa telefon pintar bersama.

Suunto Smart Heart Rate Belt 2: Pemantau denyutan jantung berasaskan ECG

Bersama Run 2, Suunto turut melancarkan Smart Heart Rate Belt 2, tali dada yang direka untuk atlet ketahanan dan pengguna yang menjalani latihan berintensiti tinggi.

Menggunakan pengesanan berasaskan ECG, ia mampu merekodkan data denyutan jantung degupan-ke-degupan (beat-to-beat) beresolusi tinggi secara konsisten, terutamanya ketika aktiviti seperti larian jalan raya, larian denai, berbasikal, triatlon, mahupun sukan musim sejuk di mana sensor pergelangan tangan pada jam sukar mengekalkan sentuhan berterusan dengan kulit

Antara kelebihan utama tali dada Heart Rate Belt 2 ini termasuk:

  • Pengukuran ZoneSense & HRV: Menggunakan kebolehubahan denyutan jantung (HRV) untuk menunjukkan tahap intensiti latihan sebenar badan anda secara peribadi (aerobik, anaerobik, atau usaha maksimum).
  • Analisis Bentuk Larian: dipadankan dengan jam Suunto yang serasiilengkapi sensor IMU 6-paksi untuk mengukur kadens, masa sentuhan tanah (ground contact time), ayunan menegak, serta keseimbangan kaki kiri dan kanan.
  • Sambungan & Bateri: Boleh disambungkan ke 3 peranti serentak melalui Bluetooth, mempunyai memori simpanan sehingga 20 jam, dan ketahanan bateri anggaran sehingga 460 jam.

Perlu utnuk dinyatakan bahawa ciri pengukuran bentuk larian dan ciri ZoneSense memerlukan pemadanan bersama jam tangan Suunto yang serasi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Suunto Run 2 dan Smart Heart Rate Belt 2.

Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Suunto Run 2, guna sistem GNSS dwijalur & sensor denyutan jantung baharu, dari RM1,549

Suunto Run 2, guna sistem GNSS dwijalur & sensor denyutan jantung baharu, dari RM1,549

30 September 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN