• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy SmartTag 3 tampil lebih kecil, sokong iPhone & bateri sehingga 790 hari

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:14 pm
  • 02/10/2026
  • Komen
Samsung Galaxy SmartTag 3 tampil lebih kecil, sokong iPhone & bateri sehingga 790 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda sedang mencari peranti penjejak, Samsung kini memperkenalkan Galaxy SmartTag 3 sebagai pengganti kepada SmartTag 2 yang dilancarkan sekitar tiga tahun lalu. Model baharu ini tampil dengan reka bentuk serba baharu yang lebih kecil dan ringan.

Selain perubahan fizikal, Samsung turut memberikan beberapa naik taraf pada ciri penjejakan SmartTag 3, termasuk jarak carian yang lebih jauh serta kemas kini lokasi yang lebih pantas.



Menariknya, SmartTag 3 turut kini menyokong beberapa ciri pencarian baharu dan boleh digunakan dengan iPhone.

Samsung Galaxy SmartTag 3 lebih kecil dan ringan

Perubahan paling ketara pada Galaxy SmartTag3 ialah reka bentuknya. Ia menggunakan reka bentuk bulat baharu dengan butang berkemasan aluminium, berbeza daripada SmartTag2 yang berbentuk bujur dan mempunyai lubang di bahagian tengah. Reka bentuk baharunya juga kelihatan seakan Apple AirTag. Ia berukuran 31mm x 31mm dan kira-kira 35% lebih kecil mengikut isipadu berbanding generasi sebelumnya.



Beratnya pula hanya 9.15g, menjadikannya lebih ringan berbanding Galaxy SmartTag2. Ia ditawarkan dalam dua warna hitam dan putih.

Untuk melekatkannya pada barangan peribadi anda, Samsung turut menawarkan beberapa aksesori pilihan, termasuk Silicone Case dengan gelang kunci dan Loop Case.

Seperti model sebelumnya, Galaxy SmartTag3 turut mengekalkan penarafan IP67 untuk ketahanan debu dan air, serta masih dikuasakan bateri syiling CR2032.

Bateri boleh bertahan sehingga 790 hari

Walaupun hadir dengan badan yang lebih kecil, Galaxy SmartTag3 menawarkan hayat bateri sehingga 550 hari dalam penggunaan biasa. Jika menggunakan Power Saving Mode, hayat baterinya boleh mencapai sehingga 790 hari.

Sebagai perbandingan, model sebelum ini ada haat sehingga 500 hari dalam penggunaan biasa dan boleh pergi sehingga 700 hari dalam Power Saving Mode.

Dalam mod penjimatan kuasa ini, beberapa fungsi seperti Compass View, kawalan volume dan tetapan ringtone mungkin tidak tersedia. Fungsi asas untuk mencari tag masih boleh digunakan.

Compass View boleh digunakan dari jarak sehingga 60 meter

Salah satu naik taraf utama pada Galaxy SmartTag 3 ialah jarak carian Compass View yang kini dikatakan tiga kali lebih jauh berbanding generasi sebelumnya. SmartTag 3 menggunakan Bluetooth 6.0 Channel Sounding untuk memberikan panduan jarak dan arah sehingga 60 meter dalam keadaan tanpa halangan.

Apabila pengguna semakin hampir dengan SmartTag3, teknologi Ultra-Wideband (UWB) pula digunakan untuk memberikan panduan arah yang lebih tepat pada telefon Galaxy yang disokong.

Namun, terdapat sedikit batasan untuk fungsi ini. Bluetooth Channel Sounding pada masa ini hanya disokong pada peranti Samsung terpilih seperti Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8, Galaxy S26 Ultra dan Galaxy S26+. Samsung bagaimanapun berkata lebih banyak peranti mungkin akan disokong pada masa akan datang.

Compass View sendiri memerlukan peranti Galaxy yang menjalankan Android 12 atau lebih baharu serta mempunyai sokongan UWB atau Bluetooth Channel Sounding.

Untuk mencari barangan yang berada lebih jauh daripada jarak sambungan terus, SmartTag3 bergantung kepada Galaxy Find Network. Rangkaian ini menggunakan lebih daripada 900 juta peranti Galaxy yang mengambil bahagian di seluruh dunia untuk membantu mengesan lokasi tag.

Galaxy SmartTag 3 kini boleh digunakan dengan iPhone

Satu lagi perubahan besar ialah Galaxy SmartTag 3 kini mempunyai sokongan merentasi platform untuk peranti Galaxy dan iOS buat julung kalinya. Melalui SmartThings Find, menggunakan peranti yang disokong, pengguna boleh menyemak dan berkongsi lokasi SmartTag 3 serta menggunakan fungsi Search Nearby.

Sebagai contoh, jika anda meminjamkan bagasi yang dipasang SmartTag 3 kepada rakan atau ahli keluarga yang menggunakan iPhone, mereka boleh menyemak lokasi bagasi tersebut daripada peranti mereka sendiri.

Bagaimanapun, pengguna iPhone tidak akan mendapat pengalaman sepenuhnya kerana beberapa ciri akan terhad. Ciri seperti Compass View, Ring Phone dan Left Behind Alert buat masa ini tidak tersedia pada iOS.

SmartTag 3 boleh beri amaran apabila barang keluar dari kawasan tertentu

Selain itu, Samsung turut memperkenalkan beberapa fungsi penjejakan proaktif untuk membantu pengguna kekal dimaklumkan tanpa perlu sentiasa menyemak lokasi SmartTag3. Salah satunya ialah Place Notification, yang membolehkan pengguna menetapkan kawasan tertentu dan menerima notifikasi apabila SmartTag3 bergerak masuk atau keluar dari kawasan tersebut.

Selain itu, terdapat juga Location History yang membolehkan pengguna melihat lokasi SmartTag 3 sepanjang tempoh sehingga tujuh hari. Fungsi Movement Detection Alert pula boleh menghantar notifikasi apabila ia mengesan pergerakan semasa penjejak terputus sambungan dengan peranti anda.

Namun, fungsi-fungsi ini bergantung kepada peranti Galaxy yang mengambil bahagian dalam Galaxy Find Network serta keadaan rangkaian di kawasan berkenaan.

SmartTag 3 turut masih mempunyai NFC-powered Lost Mode. Jika tag yang hilang diimbas menggunakan peranti mudah alih yang serasi, pengguna yang mengimbas boleh melihat maklumat kenalan. Manakala, ciri Left Behind Alert boleh memberi amaran apabila telefon pengguna terputus terputus sambungan dengan barang yang dipasang SmartTag 3.

Butang terbina dalam pada SmartTag3 juga boleh digunakan untuk mengaktifkan rutin SmartThings tertentu bagi peranti rumah pintar yang serasi.

Samsung Galaxy SmartTag 3 belum ada harga Malaysia

Samsung Galaxy SmartTag 3 akan mula dijual di Korea Selatan pada 7 Oktober 2026, diikuti pasaran Amerika Syarikat sebelum diperluaskan ke pasaran lain pada 2027. Namun, harga jualannya masih lagi belum diumumkan.

Buat masa ini, Samsung juga masih belum mendedahkan harga dan tarikh ketersediaan Galaxy SmartTag 3 di Malaysia.

Sebagai rujukan, Galaxy SmartTag 2 ketika ini dijual pada harga RM149 untuk satu unit dan RM499 untuk pek empat unit di Malaysia.

Tags: Galaxy SmartTag 3samsungsamsung galaxySmartTag 3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy SmartTag 3 tampil lebih kecil, sokong iPhone & bateri sehingga 790 hari

Samsung Galaxy SmartTag 3 tampil lebih kecil, sokong iPhone & bateri sehingga 790 hari

2 October 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN