[Artikel ini dibawakan oleh MSI]
Mencari laptop gaming di pasaran hari ini sebenarnya tidak susah. Dengan pelbagai pilihan yang ada, anda boleh memilih peranti dengan spesifikasi dan julat harga mengikut bajet masing-masing. Namun, untuk mencari sebuah laptop gaming yang menawarkan keseimbangan antara prestasi padu, harga berbaloi, serta reka bentuk yang premium dan tidak terlalu “garang”, ia bukanlah satu tugas yang mudah.
Di sinilah MSI Cyborg Series hadir sebagai salah satu pilihan yang boleh korang pertimbangkan. Bukan sahaja direka untuk bermain game, siri ini turut menawarkan penampilan yang lebih kemas dan profesional, sesuai digunakan untuk kerja harian atau tugasan kreatif.
Kami berpeluang mencuba sendiri MSI Cyborg 15 Max yang dikuasakan cip Intel Core 7 240H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 5070 Laptop. Persoalannya, bagaimana keupayaannya apabila mengendalikan kerja harian dan gaming? Ini pengalaman lengkap kami menggunakannya.
Reka bentuk gaming yang masih nampak profesional

Perkara pertama yang menarik perhatian kami ialah reka bentuknya. MSI Cyborg 15 Max hadir dalam warna Platinum Gray yang memberikan penampilan sleek, kemas dan tidak terlalu sarat dengan elemen gaming.
Bagi kami, ini satu kelebihan kerana bukan semua orang mahukan laptop gaming yang nampak terlalu garang. Dengan penampilan seperti ini, anda masih boleh bawa Cyborg 15 Max ke pejabat, mesyuarat atau kelas tanpa rasa seperti sedang membawa laptop yang terlalu menyerlah rekaannya.

Bahagian penutupnya memberikan sentuhan yang terasa cukup premium. Paling kami suka, permukaannya tidak mudah mengutip kesan cap jari. Bahagian tempat meletakkan tangan (palm rest) pula mempunyai permukaan bertekstur yang memberikan grip kemas, sekali gus memastikan ia tidak licin dan kekal bersih sepanjang hari.

Dari segi saiz, Cyborg 15 Max menggunakan skrin 15.6 inci dan mempunyai berat sekitar 2kg. Ia bukanlah laptop paling ringan, tetapi masih munasabah untuk dibawa ke mana-mana, terutamanya bagi anda yang mahukan satu laptop untuk kerja dan gaming.
Skrin lancar 144Hz bukan sekadar untuk gaming?

Bagi sebuah laptop gaming, paparan merupakan antara aspek penting yang boleh mempengaruhi pengalaman penggunaan, bukan sahaja ketika bermain game, tetapi juga untuk kegunaan harian.
MSI Cyborg 15 Max hadir dengan panel IPS-Level berukuran 15.6 inci yang menawarkan resolusi Full HD (1920 x 1080), kadar segar semula 144Hz dan liputan warna 100% sRGB. Walaupun ia bukan paparan beresolusi tinggi, gabungan spesifikasi ini pada kami cukup sesuai untuk sebuah laptop gaming dalam kelasnya.

Apa yang paling kami hargai ialah kadar segar semula 144Hz yang menjadikan pergerakan pada skrin terasa lebih lancar, terutamanya ketika bermain game yang memerlukan tindak balas pantas. Pergerakan dalam permainan terasa lebih responsif berbanding paparan dengan kadar segar semula standard, sekali gus memberikan pengalaman gaming yang lebih menyeronokkan.
Namun, paparan Cyborg 15 Max bukan sekadar menarik untuk gaming. Dengan liputan warna 100% sRGB, panel ini turut menghasilkan warna yang kelihatan cantik dan memuaskan untuk kerja kreatif. Bagi anda yang sesekali menggunakan laptop untuk menyunting gambar atau video, kualiti paparan yang ditawarkan cukup baik untuk tugasan tersebut.

Malah, untuk kegunaan santai seperti menonton video di YouTube atau Netflix, paparan ini juga memberikan pengalaman tontonan yang memuaskan. Satu lagi perkara yang kami suka ialah permukaan skrin yang tidak silau, menjadikannya lebih selesa digunakan di kawasan bercahaya terang atau di luar rumah.
Prestasi gaming padu

Sudah tentu, perkara paling penting bagi sebuah laptop gaming ialah prestasinya. Unit yang kami terima hadir dengan cip Intel Core 7 240H, RAM 16GB DDR5, storan SSD NVMe PCIe Gen 4 512GB.
Kalau memerlukan kapasiti lebih besar pada masa akan datang, laptop ini turut menyediakan dua slot RAM DDR5 yang menyokong kapasiti maksimum sehingga 96GB, di samping dua slot SSD M.2 yang membolehkan korang menambah storan mengikut keperluan.
Untuk pemprosesan grafik, ia dibekalkan dengan NVIDIA GeForce RTX 5070. Gabungan ini memberikan keupayaan yang lebih daripada mencukupi untuk mengendalikan pelbagai tajuk game moden dan tugasan pemprosesan berat.
Tak lengkap rasanya kalau bercakap tentang laptop gaming tanpa mengujinya dalam game sebenar.

Dalam game Apex Legends, laptop ini mampu menjalankan permainan dengan lancar, dalam resolusi 1080p dengan tetapan grafik rata-ratanya disetkan kepada tinggi. Sepanjang ujian kami, kadar bingkai berada sekitar 130fps dengan G-SYNC dimatikan, dan apabila G-SYNC diaktifkan dalam mod Adaptive, kadar bingkai mencecah lebih tinggi sekitar 200fps, memberikan pengalaman gaming yang lebih lancar dan responsif.

Bagaimanapun, seperti kebanyakan laptop gaming, untuk mendapatkan prestasi sebegini, laptop perlu disambungkan kepada sumber kuasa. Jadi, kalau korang merancang untuk bermain game dalam sesi yang panjang, lebih baik gunakan pengecas yang disediakan.


Kami turut perasan semasa sesi gaming yang lebih berat, bunyi kipas akan menjadi lebih kuat. Bagi kami ini bukanlah isu besar, memandangkan kebanyakan gamer biasanya akan menggunakan fon kepala semasa bermain untuk mengesan arah audio dengan lebih tepat.

Bercakap tentang kipas, laptop ini juga tiada masalah menjalankan sesi gaming dalam tempoh panjang, terima kasih kepada teknologi Cooler Boost. Ia hadir dengan gabungan 2 kipas serta 3 saluran udara, menembak keluar haba ke bahagian belakang, kiri, dan kanan, sambil menyedut udara segar dari bahagian bawah casis.
Bateri dan pengecasan – Berapa lama bateri MSI Cyborg 15 Max?

Laptop ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 60Whr. Untuk penggunaan asas harian, bateri ini mampu bertahan dengan baik. Namun seperti lazimnya bagi laptop gaming, baterinya akan cepat berkurangan apabila menjalankan tugasan berat atau permainan game.
Mujurlah MSI menyertakan adapter AC 180W di dalam kotak yang mampu mengisi semula bateri dengan agak pantas.


Untuk pemantauan dan kawalan dalaman, MSI menyediakan perisian MSI Center yang membolehkan anda melaras mod laptop mengikut keperluan. Sistem ini turut disokong oleh MSI AI Engine yang mengoptimumkan tetapan peranti secara automatik berasaskan corak penggunaan anda, di samping sokongan Copilot untuk memenuhi pelbagai keperluan tugasan harian dan membantu produktiviti berasaskan AI dengan lebih pantas.
Port lengkap, meja gaming pun lebih kemas

Satu lagi sentuhan reka bentuk yang sangat kami puji ialah susunan port sambungannya. MSI menyertakan pilihan sambungan yang lengkap seperti USB-A, USB-C (dengan sokongan DisplayPort & Power Delivery), HDMI 2.1, port Ethernet (RJ45), dan bicu audio 3.5mm.

Kebanyakan port utama ini diletakkan di bahagian belakang laptop. Susunan ini menjadikan ruang meja kerja kelihatan jauh lebih kemas tanpa wayar berselirat atau sambungan di sebelah kiri atau kanan. Paling penting, kawasan di sebelah kanan menjadi lapang, jadi tiada lagi masalah pergerakan tetikus anda terganggu akibat bertembung dengan kabel sambungan.
Dari segi ketersambungan nirwayar, sokongan Wi-Fi 6E memastikan sambungan internet sentiasa pantas dan stabil untuk sesi permainan dalam talian mahupun tugasan harian.

MSI Cyborg 15 Max hadir dengan papan kekunci bersaiz penuh yang dilengkapi pad nombor serta lampu latar berwarna putih. Pencahayaan putih ini kelihatan kemas dan sangat membantu apabila bekerja dalam keadaan kurang cahaya.

Maklum balas sentuhan pada kekuncinya berasa selesa untuk sesi menaip dokumen yang panjang tanpa memerlukan tempoh penyesuaian diri yang lama. Pengalaman ini dilengkapkan lagi dengan sistem dwi pembesar suara 2W yang menghasilkan bunyi cukup lantang dan jernih, terima kasih kepada sokongan DTS Audio dan Hi-Res Audio untuk kualiti pendengaran yang lebih imersif.
Adakah MSI Cyborg 15 Max sesuai untuk kerja dan gaming?

Selepas beberapa hari mengujinya, kami merasakan MSI Cyborg 15 Max menawarkan pakej yang sangat seimbang antara binaan yang kemas, skrin yang berkualiti, serta prestasi gaming yang padu.
Bagi pasaran Malaysia, siri ini ditawarkan dalam beberapa pilihan spesifikasi dan julat harga berikut:
Berapa harga MSI Cyborg 15 Max di Malaysia?
- MSI Cyborg 15 Max C2WG-249MY (Intel Core 7 240H / RTX 5070 / 16GB RAM / 512GB SSD) – RM7,799 (Model yang diuji)
- MSI Cyborg 15 Max C13WG-096MY (Intel Core i7-13620H / RTX 5070 / 16GB RAM / 1TB SSD) – RM8,299
Jika anda mempunyai bajet yang lebih fleksibel atau mahukan pemproses berasaskan AMD, siri Cyborg A15 Max turut ditawarkan pada harga lebih mesra poket:
- MSI Cyborg A15 Max C1WG-067MY (AMD Ryzen 7 170 / RTX 5070 / 16GB RAM / 512GB SSD) – RM7,499
- MSI Cyborg A15 Max C1WF-050MYNN (AMD Ryzen 7 170 / RTX 5060 / 16GB RAM / 512GB SSD) – RM6,199
Tidak kira apa keutamaan anda, siri MSI Cyborg kali ini menyediakan fleksibiliti yang luas mengikut bajet dan keperluan peribadi.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian rasmi, anda boleh melawat Laman Web Rasmi MSI Malaysia Store atau singgah ke stor konsep dan pengedar sah MSI di seluruh negara, termasuk:
- MSI Concept Store, Plaza Low Yat
- MSI Concept Kiosk, Digital Mall
- MSI Concept Store IOI City Mall Putrajaya
- MSI Concept Store, Vivacity Megamall
- MSI Concept Store, Karamunsing Complex
- GLOO/ Brightstar/ PC Image/ ThunderMatch






