[Artikel ini dibawakan oleh HONOR]
Bateri 11,000mAh dalam telefon pintar? Dengar macam mustahil tetapi itulah yang ditawarkan oleh HONOR X9e Pro, telefon pintar kelas pertengahan terbaru daripada HONOR.
Namun, bateri besar bukan satu-satunya perkara yang menjadi fokus HONOR pada model ini. HONOR turut membawa aspek ketahanan yang memang sinonim dengan siri X9 ke tahap yang lebih ekstrem, dengan X9e Pro direka untuk menghadapi pelbagai keadaan lasak, termasuk penarafan ketahanan terhadap air dan debu IP68, IP69 dan IP69K.

Dengan kapasiti 11,000mAh, HONOR dakwa X9e Pro boleh menawarkan masa main video sehingga 66.8 jam berterusan. Ia turut menyokong pengecasan 80W dan pengecasan terbalik 27W membolehkan telefon ini digunakan untuk mengecas peranti lain.
Satu lagi ciri yang menarik ialah paparan dengan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits, memberikan keterlihatan lebih baik ketika digunakan di luar.
Tonton video kami untuk melihat sendiri sejauh mana ketahanan dan ciri-ciri HONOR X9e Pro ini diuji.
Perlindungan dan harga HONOR X9e Pro di Malaysia
Untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna, HONOR turut menawarkan HONOR Rakyat Care+ yang merangkumi perlindungan kerosakan cecair selama 730 hari, perlindungan retak untuk bahagian hadapan dan belakang selama 730 hari, serta lanjutan waranti satu tahun.
HONOR X9e Pro ditawarkan di Malaysia dalam dua pilihan storan pada harga seperti berikut.
- 256GB – RM1,899
- 512GB – RM2,399
Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan HONOR X9e Pro melalui Lazada dan Shopee.






