[Artikel ini dibawakan oleh Toyota]
Dalam dunia teknologi, menjadi yang pertama sering dianggap sebagai satu pencapaian. Namun, sesuatu teknologi tidak semestinya bernilai hanya kerana ia diperkenalkan lebih awal daripada yang lain.
Apa yang lebih penting ialah sejauh mana teknologi tersebut boleh terus memberikan manfaat kepada pengguna, serta bagaimana ia boleh diperbaiki dan berkembang mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Ini menjadi antara pendekatan yang diterapkan Toyota dalam perjalanan inovasinya. Bagi Toyota, inovasi bukan sekadar mengejar teknologi atau trend baharu, tetapi membina sesuatu yang boleh memberikan nilai, kebolehpercayaan dan keyakinan kepada pengguna untuk tempoh yang panjang.
Inovasi Toyota bermula jauh sebelum era elektrifikasi

Perjalanan inovasi Toyota sebenarnya bermula jauh sebelum elektrifikasi menjadi fokus utama industri automotif. Akar kejuruteraan syarikat ini berasal daripada bidang mesin tekstil automatik. Pengalaman menghasilkan mesin yang memerlukan ketepatan dan kebolehpercayaan tinggi ini menjadi asas kepada pendekatan Toyota dalam membangunkan teknologi sehingga kini.

Prinsip yang sama kemudiannya dibawa masuk ke industri automotif apabila Toyota mula meneroka pelbagai teknologi baharu, termasuk elektrifikasi, bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah. Antara contoh awal usaha ini ialah Toyota Commuter dan EX-II dua kenderaan konsep yang menunjukkan penerokaan Toyota terhadap teknologi elektrifikasi sejak beberapa dekad lalu sekitar tahun 1970-an, ketika teknologi ini masih jauh daripada menjadi pilihan arus perdana seperti hari ini.

Penerokaan awal ini membuktikan Toyota melihat inovasi sebagai sesuatu yang perlu dibangunkan untuk masa depan, bukan sekadar mengikut trend semasa.
Prius bawa teknologi hibrid kepada pengguna biasa

Contoh paling jelas tentang pendekatan ini ialah Toyota Prius. Diperkenalkan pada 1997, Prius menjadi kereta hibrid pengeluaran besar-besaran pertama di dunia, pada ketika teknologi hibrid masih dianggap sesuatu yang baharu dalam industri automotif.
Namun begitu, Toyota tidak sekadar memperkenalkan teknologi ini sebagai satu eksperimen sekali sahaja. Teknologi hibrid terus diperbaiki dari satu generasi ke generasi seterusnya, sehingga akhirnya menjadi salah satu pilihan biasa untuk kegunaan harian.

Di sinilah perbezaan antara sekadar mencipta teknologi baharu dengan membina teknologi untuk jangka panjang dapat dilihat dengan jelas. Sesuatu inovasi mungkin menarik apabila mula-mula diperkenalkan, tetapi ia perlu terus diperhalusi supaya kekal relevan kepada pengguna.

Pendekatan ini juga semakin dekat dengan pengguna di Malaysia apabila teknologi dan model Toyota terus menjadi sebahagian daripada pilihan kenderaan untuk kegunaan harian. Bagi pengguna tempatan, nilai sesuatu teknologi bukan hanya terletak pada ciri yang ditawarkan ketika membeli kereta, tetapi juga pada sejauh mana ia boleh memberikan pengalaman pemilikan yang yakin dan konsisten untuk bertahun-tahun.
Falsafah Kaizen: Penambahbaikan Berterusan
Selain itu, pendekatan ini selari dengan falsafah Kaizen Toyota, yang menekankan penambahbaikan berterusan.

Berbeza dengan pendekatan yang terburu-buru mengejar trend teknologi sementara, fokus utama kejuruteraan Toyota adalah untuk mematangkan teknologi sedia ada supaya ia dapat memberikan nilai jangka panjang, kestabilan prestasi serta kos penyelenggaraan yang munasabah, memastikan setiap komponen yang dibina bukan sahaja canggih, tetapi juga benar-benar tahan lasak untuk kegunaan harian dalam jangka masa panjang.

Falsafah inilah yang turut membentuk cara Toyota membangunkan model-modelnya hari ini. Antara model yang membawa kesinambungan falsafah ini ialah Toyota Yaris baharu, di mana teknologi bukan sekadar diukur daripada jumlah ciri yang ditawarkan, tetapi bagaimana ciri tersebut menjadikan pengalaman pemanduan lebih mudah, selesa dan meyakinkan.

Dalam konteks Malaysia, pendekatan seperti ini menjadi semakin relevan kerana kenderaan merupakan sebahagian penting daripada kehidupan seharian. Daripada perjalanan dalam kesesakan bandar hingga perjalanan lebih jauh, pengguna memerlukan teknologi yang bukan sahaja menarik ketika diperkenalkan, tetapi boleh dipercayai dalam penggunaan harian.
Inovasi sebagai perjalanan, bukan destinasi

Perjalanan Toyota menunjukkan bahawa inovasi tidak semestinya tentang menjadi yang pertama memperkenalkan sesuatu teknologi.
Daripada akar kejuruteraan mesin tekstil automatik, penerokaan Toyota Commuter dan EX-II, sehinggalah kepada Prius dan model-model Toyota hari ini, setiap peringkat menunjukkan kepentingan membangunkan teknologi yang boleh terus diperbaiki dan memberikan manfaat kepada pengguna.

Akhirnya, teknologi yang benar-benar bernilai ialah teknologi yang mampu bertahan lebih lama daripada trend yang mengiringinya. Bagi Toyota, inovasi adalah satu perjalanan yang berterusan, daripada mencipta sesuatu yang baharu, kepada terus memperbaikinya sehingga ia menjadi teknologi yang boleh dipercayai dan memberikan keyakinan sepanjang tempoh pemilikan.

Kerana inovasi sebenar bukan hanya tentang apa yang boleh dilakukan oleh teknologi hari ini, tetapi bagaimana ia terus memberikan nilai kepada pengguna bertahun-tahun kemudian.
Rasai sendiri pengalaman memandu Toyota sekarang. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai rangkaian kenderaan Toyota atau menempah sesi pandu uji, anda boleh layari laman web rasmi Toyota Malaysia atau kunjungi ke bilik pameran UMW Toyota Malaysia.






