• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift Air 14, laptop ultra ringan berkuasa Intel Core 7 350 tiba di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:36 pm
  • 07/10/2026
  • Komen
Acer Swift Air 14, laptop ultra ringan berkuasa Intel Core 7 350 tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini secara rasmi membawakan model terbaharu dalam siri Swift, iaitu Acer Swift Air 14 untuk pasaran tempatan.

Asalnya diperkenal pada acara Computex 2026 pada Mei lalu, laptop ini tampil dengan binaan nipis dan ringan, hanya 12.99mm dan 1.19kg, serta dikuasakan sehingga Intel Core 7 350 daripada siri Intel Core Series 3.



Walaupun ringan dan mudah dibawa, Swift Air 14 tetap menawarkan ciri yang sesuai untuk kerja, pembelajaran dan hiburan harian, termasuk skrin 120Hz, bateri sehingga 19 jam serta ciri AI untuk panggilan video.

Harga dan ketersediaan Acer Swift Air 14 di Malaysia

Acer Swift Air 14 kini boleh didapati di Malaysia melalui pengedar sah Acer dan Acer eStore. Ia tersedia dalam tiga pilihan cip pemproses dan konfigurasi RAM berbeza pada harga seperti berikut:



  • Swift Air 14 (Intel Core 3 304, RAM 8GB) – RM2,999
  • Swift Air 14 (Intel Core 5 320, RAM 8GB) – RM3,599
  • Swift Air 14 (Intel Core 5 320, RAM 12GB) – RM3,999
  • Swift Air 14 (Intel Core 7 350, RAM 12GB) – RM4,599

Sebagai promosi pelancaran, pembeli 1,000 unit pertama akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM670, termasuk lanjutan waranti Acer SuperCare 2 Extended Warranty, tetikus Acer HyperScrolling Mouse dan tumbler edisi terhad Acer Swift Sip,

Acer Swift Air 14 didatangkan dengan waranti dua tahun, termasuk International Travelers Warranty untuk tahun pertama.

Spesifikasi Acer Swift Air 14

Acer Swift Air 14 menggunakan casis aluminium penuh dengan berat hanya 1.19kg dan berketebalan hanya 12.99mm. Ia turut mempunyai engsel yang boleh dibuka sehingga 180 darjah, membolehkan skrin diletakkan rata untuk memudahkan perkongsian paparan ketika berbincang atau bekerja bersama.

Dari segi bateri, laptop ini hadir dengan kapasiti 70Whr. Acer mendakwa laptop ini boleh digunakan sehingga 19 jam, manakala pengecasan pantas membolehkan bateri mencapai 50% dalam masa 30 minit.

Untuk prestasi, Swift Air 14 dikuasakan dengan pilihan cip pemproses sehingga Intel Core 7 350, dipadankan dengan RAM LPDDR5 12GB dan storan SSD sehingga 512GB.

Swift Air 14 hadir dengan skrin IPS LCD berukurkan 14″ WUXGA yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta liputan warna 100% sRGB. Ia turut dilengkapi sistem empat pembesar suara dengan DTS Ultra, direka untuk memberikan pengalaman audio spatial 3D ketika menonton kandungan, mendengar muzik atau menyertai mesyuarat dalam talian.

Untuk panggilan video, laptop ini mempunyai kamera 1080p IR bersama Acer PurifiedView bagi meningkatkan kualiti visual dan Acer PurifiedVoice untuk mengurangkan bunyi bising menggunakan AI.

Kamera ini juga menyokong Windows Hello untuk log masuk menggunakan pengecaman wajah, manakala penutup kamera fizikal disediakan untuk menambah perlindungan privasi apabila kamera tidak digunakan.

Walaupun reka bentuknya nipis, Swift Air 14 masih menyediakan beberapa sambungan penting, termasuk dua port Thunderbolt 4 USB-C dan satu port USB-A. Ia turut menyokong Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3.

Untuk pilihan warna, laptop ini ditawarkan dalam empat warna iaitu Sage Green, Frost Blue, Blossom Pink dan Lilac Purple.

Tags: AcerAcer MalaysiaAcer Swift Air 14laptop
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Acer Swift Air 14, laptop ultra ringan berkuasa Intel Core 7 350 tiba di Malaysia

Acer Swift Air 14, laptop ultra ringan berkuasa Intel Core 7 350 tiba di Malaysia

7 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN