• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift Spin 14 AI & Swift Air 14 diumumkan dengan pemproses Snapdragon X2 & Intel Core Siri 3

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:19 am
  • 31/05/2026
  • Komen
Acer Swift Spin 14 AI & Swift Air 14 diumumkan dengan pemproses Snapdragon X2 & Intel Core Siri 3
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Computex 2026 bakal berlangsung tidak lama lagi, dan bersempena dengan itu, Acer kini mengumumkan keluarga Swift terbaharu. Ia adalah Acer Swift Spin 14 AI dan Swift Air 14. Kedua-duanya memfokuskan laptop premium yang memfokuskan kepada prestasi AI dan reka bentuk mudah alih, seperti biasa dalam barisan laptop Swift Acer.

Walaupun kedua-dua model ini berkongsi beberapa ciri yang hampir serupa, ia menggunakan platform yang berbeza. Swift Air 14 hadir dengan pemproses Intel Core Siri 3, manakala Swift Spin 14 AI pula tersedia dalam dua platform, Intel Core Siri 3 dan Snapdragon X2.



Acer Swift Spin 14 AI

Bermula dengan Acer Swift Spin 14 AI, tanpa mengira platform pemproses, laptop ini hadir dengan skrin berukuran 14″ WUXGA (1920×1200) jenis IPS dengan nisbah 16:10, kadar segar semula 120Hz, cakupan warna 100% sRGB, dan kecerahan 300 nits. Skrin ini turut peka sentuhan, dan engselnya boleh dilipat sepenuhnya 360 darjah, membolehkan pengguna beralih antara mod laptop, tablet, dan mod pembentangan mengikut kesesuaian.

Selain ia peka sentuhan, skrin laptop turut dilengkapi Acer Active Stylus 420 yang menggunakan teknologi Wacom AES 2.0, menyokong 4,096 tahap tekanan dan tilt detection untuk pengalaman menulis atau melukis yang lebih natural. Perlu dinyatakan juga bahawa stylus ini datang standard bersama model Snapdragon dengan ia boleh disimpan pada slot khas di laptop, manakala untuk model Intel ia adalah pilihan.



Swift Spin 14 AI tersedia dalam dua pilihan platform:

Model Snapdragon dikuasakan cip Snapdragon X2 Elite atau Snapdragon X2 Plus dengan NPU 80 TOPS, menggunakan GPU Qualcomm Adreno dengan sokongan DirectX 12.2 dan ray tracing.

Model Intel pula hadir dengan pilihan sehingga Intel Core Ultra 9 386H dengan NPU 50 TOPS (platform 100 TOPS), menggunakan Intel Graphics.

Kedua-dua model hadir dengan RAM sehingga 32GB dan storan SSD PCIe Gen 4 sehingga 1TB. Laptop ini juga menyokong sambungan sehingga tiga monitor 4K luaran serentak.

Model Snapdragon hadir dengan bateri 65Wh yang mampu bertahan sehingga 23 jam semasa main video, manakala model Intel menggunakan bateri lebih besar 71Wh dengan jangka hayat dikatakan boleh bertahan sehingga 26 jam. Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 100W melalui USB-C.

Sambungan pada Swift Spin 14 AI merangkumi 2x USB-C (USB4 dengan DisplayPort), 2x USB-A 3.2, 1x HDMI 2.1, jek audio, serta menyokong WiFi 7 dan Bluetooth 6.0.

Swift Spin 14 AI cukup mudah alih untuk dibawa ke mana-mana, nipis antara 15.9 hingga 16.5mm dan ringan pada 1.34kg (Snapdragon) atau 1.40kg (Intel). Casis aluminium hadir dalam dua warna mengikut platform, cobalt blue untuk model Snapdragon dan platinum silver untuk model Intel. Kedua-duanya turut disahkan tahan lasak dengan pensijilan MIL-STD-810H.

Acer Swift Air 14

Swift Air 14 pula disasar kepada pengguna yang mahukan laptop harian dengan binaan yang lebih ringan dan mudah dibawa, tapi masih tanpa mengorbankan prestasi. Ia dikuasakan cip sehingga Intel Core 7 350 dengan NPU 17 TOPS dan platform mencecah 40 TOPS. Ia boleh dikonfigurasikan dengan RAM LPDDR5 sehingga 16GB dan storan dalaman SSD M.2 sehingga 512GB.

Skrinnya berukuran 14″ WUXGA (1920×1200), nisbah 16:10, kadar segar semula 120Hz, liputan warna 100% sRGB, dan kecerahan 350 nits, sedikit lebih cerah berbanding Swift Spin. Engselnya pula boleh dibuka rata hingga 180 darjah. Speaker laptop pula dikeluarkan oleh sistem kuadspeaker dengan sokongan DTS X:Ultra.

Untuk bateri, Swift Air 14 dibekalkan dengan tangki berkapasiti 70Whr, yang menawarkan masa tonton video sehingga 19 jam lamanya. Pengecasan juga pantas, dengan Acer dakwa ia mampu mengecas ke 50% dalam masa 30 minit.

Selain itu, laptop ini menggunakan kamera 1080p IR, dan menyokong sambungan seperti WiFi 6E, dan Bluetooth 5.3. Pilihan port I/O pula termasuk 2x USB-C sokong Thunderbolt 4, USB-A 3.2 dan jek audio.Dari segi binaan, ia menggunakan casis aluminium penuh dalam empat pilihan warna menarik, sage green, frost blue, blossom pink dan lilac purple. Beratnya hanya 1.25kg dan nipis hanya 12.9mm. I

Ketersediaan Swift Spin 14 AI, Swift Air 14

Buat masa ini, Acer masih belum mengumumkan harga rasmi untuk kedua-dua model ini.

Namun dari segi ketersediaan, Swift Spin 14 AI dan Swift Air 14 dijadualkan mula ditawarkan di beberapa pasaran terpilih:

Acer Swift Spin 14 AI:

  • EMEA: Julai 2026
  • Amerika Utara: Ogos 2026
  • Australia: Suku ketiga 2026 (model Snapdragon sahaja)

Acer Swift Air 14:

  • EMEA: Julai 2026
  • Amerika Utara: Ogos 2026
  • Australia: Suku ketiga 2026

Buat masa ini, tiada maklumat sama ada kedua-dua laptop ini akan ditawarkan di Malaysia. Namun, berdasarkan pelancaran model sebelum ini di Computex, ada kemungkinan ia turut akan memasuki pasaran tempatan.

Tags: Aceracer swiftAcer Swift Air 14Acer Swift Spin 14 AI
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Swift Spin 14 AI & Swift Air 14 diumumkan dengan pemproses Snapdragon X2 & Intel Core Siri 3

Acer Swift Spin 14 AI & Swift Air 14 diumumkan dengan pemproses Snapdragon X2 & Intel Core Siri 3

31 May 2026
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

Siri Xiaomi 17T akan dilancar 28 Mei, hadir dengan zum optikal 5x

25 May 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN