• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Razer buka ibupejabat di Malaysia untuk bangunkan fintek dan esport

  • OLEH Najib
  • 5:44 pm
  • 28/02/2019
  • Komen
Razer buka ibupejabat di Malaysia untuk bangunkan fintek dan esport
Share on FacebookShare on Twitter

Razer, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia komputer dan permainan, hari ini mengumumkan pembukaan ibupejabat baru mereka di Malaysia. Majlis pembukaan ini turut dihadiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Pembukaan ibupejabat baru ini dirasmikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Razer, Min Liang Tan. Ibupejabat Razer ini terletak di The Vertical, UOA Corporate Towers, di Bangsar South. Ia akan menempatkan 280 pekerja Razer di Malaysia.



Dari kiri: Min Liang Tan, Lim Guan Eng, Syed Saddiq

Menurut Min Liang Tan, Razer melabur banyak di Malaysia untuk menjadikannya pusat fintek di Asia Tenggara. Malaysia ialah negara pertama yang menggunakan sistem Razer Pay dan ibupejabat ini akan bertindak sebagai pemangkin kepada usaha Razer di rantau ini.



Razer Pay ialah sebuah dompet elektronik (e-wallet) yang dilancarkan di Malaysia tahun lepas, dan menerima lebih 500,000 pendaftaran baru dalam masa kurang seminggu. Baru-baru ini Razer Pay telah dikemaskini dengan fungsi baru seperti kupon di dalam aplikasi, permesejan, dan banyak lagi.

Razer Pay telah bekerjasama dengan beberapa rakan niaga seperti 7-Eleven dan Kenny Rogers Roasters, yang kini menawarkan kupon percuma untuk pengguna Razer Pay. Manakala di U Mobile, mereka sedang mengadakan pertandingan mingguan yang menawarkan hadiah berupa telefon pintar Razer Phone 2.

Dalam segmen lain, Razer kini sedang mengadakan usahasama dengan UOA untuk menjadikan sistem pembayaran letak kereta kepada digital melalui Razer Pay. Pekedai-pekedai di Bangsar South juga akan mula menerima pembayaran melalui Razer Pay. Program ganjaran, kupon dan jualan kilat akan diadakan dari semasa ke semasa untuk membantu pengguna menjimatkan masa dan wang.

Razer juga tidak ketinggalan dalam dunia sukan elektronik. Mereka ialah rakan esport rasmi untuk Sukan SEA 2019. Razer juga komited untuk membangunkan esport di Malaysia menerusi ibupejabat baru ini.

Tags: razerrazer pay
Najib

Najib

POPULAR

Razer buka ibupejabat di Malaysia untuk bangunkan fintek dan esport

Razer buka ibupejabat di Malaysia untuk bangunkan fintek dan esport

28 February 2019
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN