• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Tablet

Nexal Pad, tablet mampu milik dengan LTE dan bateri 10,000mAh dilancar di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:22 pm
  • 14/10/2026
  • Komen
Nexal Pad, tablet mampu milik dengan LTE dan bateri 10,000mAh dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah dengar tentang Nexal? Ia adalah jenama teknologi yang menghasilkan pelbagai peranti untuk kegunaan harian. Kini, Nexal secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan membawa masuk beberapa produk baharu, termasuk tablet Nexal Pad fon putik Nexal Earbuds dan jam pintar Nexal Watch.

Nexal Pad merupakan tablet mampu milik berharga sekitar RM1,000, dengan ciri menarik seperti bateri berkapasiti 10,000mAh dan sokongan sambungan LTE. Menariknya, pembelian tablet ini turut disertakan dengan papan kekunci percuma.



Dalam artikel ini, kami akan memfokuskan kepada tablet Nexal Pad. Untuk Nexal Earbuds dan siri Nexal Watch anda boleh baca lebih lanjut di sini.

Harga dan ketersediaan Nexal Pad di Malaysia

Tablet Nexal Pad boleh didapati di Malaysia sekarang. Ia ditawarkan dalam satu varian, pada harga seperti berikut:



  • Nexal Pad (RAM 6GB dan storan 256GB) – RM1,099

Bagi setiap pembelian, pengguna turut menerima manfaat bernilai sehingga RM359, merangkumi papan kekunci bernilai RM299 dan akses percuma selama enam bulan kepada alat produktiviti AI bernilai RM60.

Kalau berminat, anda boleh dapatkan Nexal Pad melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Jualan luar talian turut disediakan di pengedar sah terpilih.

Spesifikasi Nexal Pad

Nexal Pad adalah sebuah tablet bajet bersaiz 11″. Ia menggunakan panel IPS LCD beresolusi 2.5K (1600 X 2560) yang menyokong kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Ia turut dilengkapi dengan mod membaca untuk memberikan pengalaman membaca lebih selesa.

Dari segi audio, tablet ini dilengkapi dengan empat speaker. Badan tablet juga cukup nipis berukuran 7.8mm dan berat 500 gram.

Di dalam, tablet ini dikuasakan cip MediaTek Helio G200, dipadankan dengan RAM 6GB dan storan dalaman 256GB. Seperkara lagi, tablet ini turut menyokong sambungan WiFi dan LTE, bermakna ia memiliki slot kad SIM dan pengguna boleh

Untuk mengambil gambar, terdapat dua kamera pada tablet iaitu kamera belakang 13MP dan kamera depan 8MP. Tenaga tablet pula disalurkan oleh bateri 10,000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Selain didatangkan bersama papan kekunci secara percuma, tablet ini turut menyokong pembukaan dua aplikasi secara bersebelahan pada skrin. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi Android 16 dan dilengkapi dengan alat produktiviti AI seperti Meeting summary, AI Mind Maps, AI Sppech-to-Text serta AI Translation.

Tablet ini tersedia dalam dua warna iaitu kelabu dan hijau.

Maklumat lanjut boleh anda dapatkan di laman produk Nexal Pad.

Tags: NexalNexal Pad
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nexal Pad, tablet mampu milik dengan LTE dan bateri 10,000mAh dilancar di Malaysia

Nexal Pad, tablet mampu milik dengan LTE dan bateri 10,000mAh dilancar di Malaysia

14 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN