• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Anker

Anker lancar Powerbank MagGo 2 Pro, Nano Charger & Soundcore AeroClip 2 di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:14 pm
  • 15/10/2026
  • Komen
Anker lancar Powerbank MagGo 2 Pro, Nano Charger & Soundcore AeroClip 2 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Anker, jenama aksesori terkemuka hari ini memperkenalkan tiga produk baharu di pasaran Malaysia, iaitu powerbank pintar MagGo Power Bank 2 Pro, pengecas Nano Charger dan fon telinga terbuka Soundcore AeroClip 2, kemas kini kepada AeroClip generasi pertama.

Sebenarnya, harga jualan AeroClip 2 sudah pun diumumkan di Malaysia tempoh hari. Ia diumumkan semula bersempena pembukaan Anker Brand Store terbaharu di pusat beli-belah Sunway Pyramid, yang mana produk baharu tersebut dipamerkan di sana.



Harga Soundcore AeroClip 2, MagGo Power Bank 2 Pro dan Nano Charger di Malaysia

Ketiga-tiga produk ini sudah boleh dibeli di Malaysia sekarang. Berikut adalah harga jualan ramsinya:

  • MagGo Power Bank 2 Pro – RM449
  • Nano Charger – RM149
  • Soundcore AeroClip 2 – RM729

Kalau anda berminat untuk membeli mana-mana produk baharu ini, anda boleh dapatkannya menerusi stor rasmi Anker di Lazada dan Shopee.



Bagi yang ingin mencuba produk terbaharu Anker, anda boleh berkunjung ke pameran mereka di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid, dari 13 hingga 18 Oktober 2026. Di sana, pengunjung berpeluang mencuba pelbagai produk Anker serta menyertai aktiviti yang disediakan.

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi Anker Selected Store di lot F1.41, tingkat F, Sunway Pyramid.

Spesifikasi Soundcore Aeroclip 2

Soundcore AeroClip 2 ialah fon telinga terbuka yang cara pakainya diklip pada telinga. Ia menggunakan rekaan titanium Golden-Fit dengan jambatan berbentuk C daripada silikon fleksibel. Reka bentuknya dibangunkan berdasarkan lebih 2,000 imbasan telinga 3D supaya selesa dipakai dan kekal stabil. Ia juga diiktiraf kalis percikan air dan debu IP57.

Keunikan AeroClip 2 terletak pada sistem enam sensor yang terdiri daripada empat mikrofon MEMS dan dua unit pengambilan suara (VPU). Berbeza daripada mikrofon biasa yang menangkap suara melalui udara, VPU mengesan getaran pita suara melalui tubuh pengguna. Teknologi ini membantu AI mengasingkan suara pengguna daripada bunyi persekitaran, lalu menghasilkan panggilan yang lebih jelas.

Fon telinga ini turut dikuasakan cip AI Anker Thus yang memproses audio terus pada fon telinga. Cip ini didakwa menawarkan kuasa pengkomputeran AI sehingga 150 kali ganda berbanding generasi sebelumnya, dan turut digunakan pada siri Soundcore Liberty 5 Pro.

Untuk mendengar lagu, audio AeroClip 2 dikelkuarkan oleh pemandu dwimagnet 12mm jenis high-excursion dengan diafragma bergred aeroangkasa. Menurut Soundcore, ia mampu menghasilkan tekanan bunyi frekuensi rendah atau bass dua kali ganda berbanding AeroClip generasi pertama. Ia menyokong codec LDAC, pensijilan Hi-Res Audio Wireless dan HearID 5.0 yang menghasilkan profil EQ tersuai berdasarkan ujian pendengaran dalam aplikasi.

Selain itu, terdapat Whisper Mode untuk mengekalkan kejelasan suara dalam bunyi latar melebihi 80dB, serta sokongan terjemahan berbantukan AI secara masa nyata. Storan terbina dalam pula membolehkan pengguna mendengar muzik tanpa perlu menyambungkan fon telinga kepada telefon pintar.

Layari laman produk Soundcore AeroClip 2 untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut.

Spesifikasi Anker MagGo Power Bank 2 Pro

MagGo Power Bank 2 Pro ialah bank kuasa yang direka untuk iPhone dan serasi dengan teknologi MagSafe. Ini bermakna ia boleh dilekatkan pada belakang kebanyakan iPhone untuk pengecasan wayarles. Berdasarkan laman produk, ia bukan sahaja serasi dengan iPhone yang menyokong MagSafe, tetapi juga AirPods yang mempunyai bekas menyokong pengecasan wayarles.

Bank kuasa ini mempunyai kapasiti 10,000mAh dan dilengkapi kipas terbina dalam. Kipas ini menggunakan algoritma pintar yang melaraskan kelajuannya untuk penyejukan yang berkesan. Terdapat juga skrin terbina yang memaparkan aktiviti power bank, serta kaki pendiri terbina.

Untuk mengecas peranti lain, ia menyokong Qi2.2 dengan output maksimum 25W untuk iPhone 18 Pro, 17 dan 16, manakala 15W untuk iPhone 15, 14, 13 dan 12. Terdapat juga satu port USB-C padanya, dan power bank ini sendiri boleh dicas semula pada kuasa 45W, dan menurut Anker, ia boleh dicas sehingga 80% dalam masa 52 minit.

Layari laman produk Anker MagGo Powerbank 2 Pro untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut.

Spesifikasi Anker Nano Charger

Nano Charger pula ialah kepala pengecas kompak yang mempunyai skrin terbina dalam. Skrin ini memaparkan 20 antara muka untuk maklumat masa nyata, termasuk kuasa, suhu dan mod pengecasan.

Terdapat satu port USB-C dengan sokongan PD 3.0 dan PPS, dan iamenawarkan output pengecasan 45W dan dilengkapi kawalan sentuh di bahagian atas untuk berinteraksi, menukar mod atau membalikkan paparan skrin. Di Malaysia, ia tersedia dalam versi plug UK 3 pin.

Layari laman produk Anker Nano Charger untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut.

Tags: ankerAnker MagGo Power Bank 2 ProAnker MalaysiaAnker Nano Charger
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Anker lancar Powerbank MagGo 2 Pro, Nano Charger & Soundcore AeroClip 2 di Malaysia

Anker lancar Powerbank MagGo 2 Pro, Nano Charger & Soundcore AeroClip 2 di Malaysia

15 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN